Pejam celik, pejam celik bukan Januari 2019 sudah pun hampir ke penghujungnya. Dan pada awal tahun ini pelbagai anugerah filem dan juga drama akan turut dilangsungkan untuk memberi pengiktirafan kepada pengkarya seni sama ada di dalam negeri dan luar negara.

Tahun lalu menyaksikan kutipan filem di pawagam telah berkembang dengan baik. Ternyata penonton masih hauskan filem-filem hebat yang mampu memberikan hiburan kepada mereka. Bermula pada bulan ini MASKULIN akan kongsikan filem-filem akan datang yang diramal akan menjadi cukup hit untuk setiap bulan mendatang.

Bagi bulan Februari, MASKULIN memilih sebanyak 5 buah filem yang terdiri daripada pelbagai genre seperti aksi, animasi, seram dan juga drama thriller.

Berikut merupakan 5 buah filem wajib tonton sepanjang bulan Februari 2019!

ALITA: BATTLE ANGEL

GENRE: AKSI, SAINS FIKSYEN
TARIKH MULA TAYANGAN: 5 FEBRUARI 2019

5 Filem Di Pawagam Sepanjang Bulan Februari Yang Wajib Tonton!

Apa yang menarik?
Ini merupakan filem futuristik yang menggabungan elemen live action, kesan khas CGI dan animasi yang hebat. Ia juga merupakan arahan pengarah terkenal, Robert Rodriguez (‘Machete’, ‘Sin City & ‘Spy Kids’.

Kisahnya
Alita, sebuah cyborg yang mendapati dirinya hilag memori diselamatkan oleh seorang doktor. Di sebalik kewujudannya terdapat misteri hebat yang mempu mengubah dunia sejagat.

IKLAN

THE LEGO MOVIE 2: THE SECOND PART

GENRE: AKSI, ANIMASI, KOMEDI
TARIKH MULA TAYANGAN: 7 FEBRUARI 2019

5 Filem Di Pawagam Sepanjang Bulan Februari Yang Wajib Tonton!

Apa yang menarik?
Filem sekuel yang telah mengejutkan ramai orang menerusi filem pertamanya yang sangat kelakar! Crossover pelbagai karakter superhero dan mainan LEGO juga pastinya dinanti ramai.

Kisahnya
Berlaku 5 tahun selepas kejadian Taco Tuesday. Duplo yang datang dari angkasa kini menjajah Bricksburg dan memusnahkan apa sahaja di depannya. Emmet kini terpaksa berdepan villain baru dikenali sebagai Sweet Mayhem.

HAPPY DEATH DAY 2U

GENRE: SERAM, MISTERI
TARIKH MULA TAYANGAN: 14 FEABRUARI 2019

IKLAN

5 Filem Di Pawagam Sepanjang Bulan Februari Yang Wajib Tonton!

Apa yang menarik?
Pada tahun 2017 filem pertamanya, ‘Happy Death Day’ telah menjadi antara salah sebuah filem seram dan thriller terbaik! Kini sekuelnya menampilkan tema yang sama; hidup berulang kali selepas dibunuh!

Kisahnya
Nampaknya misteri yang menyelebungi pembunuh misteri menghantui hidup Theresa Gelbman masih belum selesai. Dia terpaksa mati berulang kali dan mengulangi kehidupan sama setiap hari untuk mencari pembunuh tersebut.

THE PRODIGY

GENRE: SERAM
TARIKH MULA TAYANGAN: 21 FEBRUARI 2019

IKLAN

5 Filem Di Pawagam Sepanjang Bulan Februari Yang Wajib Tonton!

Apa yang menarik?
Sebuah filem seram yang menampilkan seorang kanak-kanak lelaki dirasuk dan mempunyai personaliti menakutkan.

Kisahnya
Seorang ibu yang memikirkan anaknya berdepan masalah personaliti telah menghantar berjumpa dengan pakar terapi. Namun tanpa disangka ia sebenarnya lebih daripada sekadar masalah personaliti tetapi campur tangan dari kuasa jahat.

COLD PURSUIT

GENRE: AKSI
TARIKH MULA TAYANGAN: 21 FEBRUARI 2019

5 Filem Di Pawagam Sepanjang Bulan Februari Yang Wajib Tonton!

Apa yang menarik?
Dibintangi pelakon aksi tersohor, Liam Neeson!

Kisahnya
Nels Coxman merupakan seorang pembersih salji yang hidup dengan aman di sebuah pekan kecil bersama isterinya. Namun segalanya berubah selepas anak lelakinya dibunuh sekumpulan gengster. Kini misinya adalah mencari pembunuh dan membalas dendam!

Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.

KLIK DI SEENI