Bulan April ini menampilkan cukup banyak filem-filem hebat. Filem-filem aksi, adiwira, romantik, seram dan drama pelbagai bahasa akan ditayangkan pada bulan April ini.

Dan bulan April juga menyaksikan beberapa buah filem yang dijangka menjadi box-office dan diramal mampu memecahkan rekod tayangan sama ada di Malaysia dan di peringkat global?

BACA: Cara Menonton Filem Marvel Cinematic Universe Mengikut Turutan Kronologi Kejadian

Apakah filem tersebut? Ikuti seleksi lima buah filem pilihan MASKULIN yang anda wajib tonton sepanjang bulan April.

SHAZAM

GENRE: AKSI, SUPERHERO

TARIKH MULA TAYANGAN: 4 APRIL 2019

Apa yang menarik?

Di sebalik perancangan cacamarba DC Comics dan Warner Bros. mengendalikan filem-filem dalam universe DCEU, muncul sebuah filem baru yang dilihat mampu memberikan sedikit sinar kepada mereka. Watak Shazam sebelum ini bukanlah watak besar namun ia dilihat mampu menarik minat penonton untuk percaya semula kepada filem-filem DC.

Kisahnya

Seorang remaja berusia 14 tahun bernama Billy mendapat kuasa luar biasa selepas dia dipilih oleh ahli sihir purba. Lantas dengan mengucapkan nama ‘Shazam’ dia akan berubah menjadi adiwira yang gagah perkasa. Dengan kuasa baru tersebut Billy yang masih mentah cuba belajar tentang tanggungjawab dan bagaimana menggunakannya untuk kebaikan.

FLY BY NIGHT

GENRE: DRAMA, THRILLER

IKLAN

TARIKH MULA TAYANGAN: 11 PARIL 2019

Apa yang menarik?

‘Fly By Night’ merupakan sebuah filem tempatan yang cukup istimewa. Filem thriller arahan pengarah, Zahir Omar ini melakukan tayangan premier pertamanya di Santa Barbara International Film Festival 2019 dan juga pernah menyertau New York Asian Film Festival 2019. Ia mendapat review yang sangat positif! Menariknya ia turut menggunakan bahasa Melayu dan Mandarin.

Kisahnya

Sekumpulan pemandu teksi di Kuala Lumpur terlibat dalam aktiviti memeras ugut penumpang mereka yang mempunyai status dan kaya. Namun segalanya berubah apabila salah seorang daripada mereka berkomplot dengan salah seorang ‘mangsa’untuk memeras ugut kekasihnya yang curang.

HELLBOY

GENRE: AKSI, FANTASI

TARIKH MULA TAYANGAN: 11 APRIL 2019

IKLAN

Apa yang menarik?

Ini merupakan filem reboot daripada karakter yang dihasilkan oleh penulis komik berpengaruh, Mike Mignola. Menerusi filem reboot ini, karakter Hellboy dilakonkan oleh David Harbour. Ketika pertama trailernya diperkenalkan, ia telah menjadi bualan ramai warganet yang seakan tak yakin dengan mutu filem reboot ini. Adakah ia jauh berbeza dengan dua filem terdahulu? Sama-sama kita tunggu.

Kisahnya

Pada dasarnya filem ‘Hellboy’kali ini diinspirasikan daripada tiga buah komiknya iaitu ‘Darkness Calls’, ‘The Wild Hunt’ dan ‘The Storm and the Fury’. Dalam pengembaraan kali ini Hellboy dan sekutunya terpaksa berganding bahu menentang undead sorceress yang ingin menghancurkan bumi.

FIGHTING WITH MY FAMILY

GENRE: KOMEDI, AKSI, DRAMA

TARIKH MULA TAYANGAN: 18 APRIL 2019

IKLAN

Apa yang menarik?

Kepada peminat sukan gusti, ini merupakan filem WAJIB tonton. Mengapa? Kerana ia sebuah filem yang dihasilkan daripada dokumentari kisah benar ‘The Wrestlers: Fighting with My Family’. Ia membawakan kisah perjalanan kerjaya penggusti wanita terkenal, Paige bagaimana dia bermula dari bawah sehingga menjadi seorang bintang pujaan ramai.

Kisahnya

Ahli keluarga Bevis semuanya terlibat dengan sukan gusti bermula daripada ibu bapanya, Patrick dan Julia sehinggalah kepada dua beradik Raya dan Zak. Keluarga ini sering melakukan aktviti gusti di perlawanan dan venue kecil. Namun segalanya berubah apabila Paige dan Zak menyertai uji bakat untuk WWE. Di sana mereka belajar bahawa menjadi ahli gusti profesional bukanlah satu perkara yang senang.

AVENGERS: ENDGAME

GENRE: AKSI, SUPERHERO

TARIKH MULA TAYANGAN: 24 APRIL 2019

Apa yang menarik

Filem superhero yang dijangka bakal memecahkan pelbagai rekod kutipan box-office, ‘Avengers: Endgame”! Kita akhirnya akan dapat merungkai apakah kesudahan yang berlaku kepada ahli Avengers yang masih hidup. Bagaimana pula nasib mereka yang telah menjadi ‘debu’. Mampukah mereka menewaskan Thanos yang mengembalikan semula rakan-rakan yang telah pergi.

Kisahnya

Filem ke-22 Marvel Cinematic Universe ini juga bertindak sebagai sekuel kepada ‘Avnegers: Infinity War’. Tidak banyak yang kita ketahui selepas Thanos ‘memetik’ jarinya dan memusnahkan separuh daripada segala kehidupan alam semesta. Yang masih hidup kini terkial-kial mencari erti dan berdepan penyesalan. Namun muncul cahaya baru dan Avengers berikrar untuk bangkit dari kegelapan.