Gaya Hidup

5 Jenis Buah & Sayur Yang Boleh Bantu Singkir Perut Boroi

Share

Perut bori bukanlah satu perkara asing kepada seorang lelaki apatah lagi bila sudah meningkat dewasa. Bila usia mula mencecah ‘3 series’ metabodilisme pun akan menjadi semakin perlahan.

Dan perlahan-lahan perut itu semakin maju ke depan.

Lemak di bahagian perut juga merupakan sejenis lemak yang boleh datangkan mudarat kepada tubuh dan agak sukar untuk dihilangkan tanpa usaha keras senamam dan amalan pemakanan yang sihat serta seimbang.

Terdapat beberapa jenis sayuran dan buah-buahan yang dipercayai mampu sedikit sebanyak membantu untuk korang menghilangkan lemak di bahagian perut. Ia juga sangat mudah untuk didapati. Nak tahu apa dia? Jom sama-sama kita tengok.

Tembikai

Buah tembikai dianggap antara buah yang sangat basic terutama buat kita rakyat Malaysia. Malah, di kenduri kahwin pun ia sering dihidangkan sebagai salah satu juadah pencuci mulut. Terdiri daripada 91% air, tembikai hanya ada 30 kalori dalam 100 gram buahnya. Oleh itu, ia menjadi buah yang sangat ideal untuk mengurangkan lemak di bahagian perut. Ia juga kaya dengan vitamin B1, B6 dan C, selain kandungan kalim dan magnesium.

Avokado

Ini antara buah yang sangat popular di kalangan pengamal makanan sihat di negara-negara barat terutama di kalangan selebriti Hollywood. Avokado mengandungi asid amino yang dapat membantu untuk mengawal berat badan. Ia juga padat dengan nutrisi dan boleh membakar lemak dengan mudah. Ia juga memiliki sifat anti penuaan dan antibakteria semulajadi.

BACA: 6 Kelebihan Vaseline Untuk Kulit Lelaki

Tomato

Tomato juga dianggap salah satu sayuran pelengkap di dalam pelbagai jenis juada. Sangat kaya dengan vitamin A dan C ia juga sarat dengan sumber zat besi dan potassium. Selain itu, ia juga kaya dengan lycopene yang baik untuk kulit. Kandungan-kandungan ini juga dipercayai boleh membantu untuk mengurangkan lemak di bahagian perut!

Timun

Juga mengandungi kandungan air yang tinggi, timun boleh membantu kita untuk tetap terhidrasi dan membersihkan tubuh daripada toksin. Timun biasanya menjadi makanan pelengkap di dalam pelbagai jenis juadah ini kaya dengan vitamin, mineral dan hanya memiliki 45 kalori. Tambahan lagi, ia juga kaya dengan vitamin B & C!

Epal

Buah yang selalu diperkatakan untuk fungsinya sebagai antioksida. Kaya dengan vitamin C, ia juga sarat dengan serat makanan yang boleh membantu mengawal berat badan dan lemak perut. Jika dimakan ia boleh membuatkan kita berasa kenyang dengan lebih cepat berbanding makanan lain.

 

IKLAN