Setiap orang mempunyai selera berbeza. Ada yag suka makan makanan manis, ada yang suka makanan pedas. Itu terpulang kepada pilihan masing-masing.
Kerana makan itu merupakan satu nimat yang patut kita hargai setiap hari. Ia merupakan satu kurniaan daripada Allah yang perlu kita hargai sepanjang masa.
Akan tetapi makanlah dengan cara sihat dan amalkan pemakanan yang seimbang agar kesihatan anda terjaga. Perasan tak, setiap orang pasti cara dan tabiat tersendri ketika makan. Semua orang mempunyai keunikan mereka masing-masing. Dan tahukah anda bahawa cara, tabiat dan kecenderungan memilih makanan ini sebenarnya banyak menceritakan tentang karakter anda?
Jadi apakah personaliti anda berdasarkan tabiat makan? Jom kita lihat perkongsian MASKULIN di bawah.
PERLAHAN
Ada setengah orang dia lebih selesa ambil masa untuk makan. Makan pun alahai sopan santun sangat. Orang yang suka makan dengan cara perlahan merupakan seseorang yang tak suka situasi terkejar-kejar atau kalut. Anda juga seorang yang hargai momen semasa. Jika bekerja anda lebih senang buat kerja dengan teliti walaupun ambil masa sedikit lama. Dalam hubungan cinta pula anda akan hargai pasangan seadanya. Namun di sebalik semua itu anda seorang yang sangat keras kepala dan tak suka orang yang ingin ubah rutin harian anda.
LAJU
Orang yang makan laju ini kadangkala dilihat sebagai pelahap. Tapi sebenarnya anda bukanlah pelahap sangat, cuma tempoh masa anda makan itu lebih cepat berbanding orang lain. Orang yang makan cepat ini seseorang yang ingin menyelesaikan sesuatu tugasan atau masalah dengan pantas. Malah anda juga seorang yang boleh melakukan banyak kerja dalam satu masa. Senang cerita seorang yang multi-tasking. Dalam hubungan pula anda selalu mendahulukan orang tersayang. Tapi kadangkala boleh memakan diri disebabkan terlalu banyak berkorban.
BACA: 7 Fakta Tak Benar Tentang Lelaki Berpersonaliti Introvert
SUKA MENCUBA
Bak kata orang, tolak batu dan kayu sahaja yang lain semua anda makan. Sifat berani mencuba ini menjadikan korang sentiasa terbuka untuk makan apa jenis masakan, juadah dan juga hidangan. Dalam hubungan juga anda tak suka komplen dan mengeluh kerana akan ada sahaja idea untuk jadikan situasi lebih fun. Dan dengan sikap terbuka inilah juga membuatkan ramai orang senang dengan anda!
JANGAN SENTUH
Setiap orang ada pantang larang tersendiri ketika makan. Mungkin sesetengah orang boleh berkongsi makan dalam satu bekas atau pinggan. Tapi tidak sesekali bagi anda. Amat pantang sekali jika orang sentuh makanan. Itu adalah perkara sensitif dan eksklusif milik anda sahaja. Sifat begini membuatkan anda lebih tertur dan suka dengan keadaan bersih. Di tempat kerja mungkin meja anda yang paling kemas . Namun keburukannya anda akan sentiasa stres dengan perkara yang tidak ikut dengan cara sendiri mahupun dalam hubungan cinta.
POTONG KECIL
Ini pula cara makan yang agak jarang kita jumpa. Anda yang suka makan begini biasanya suka asingkan lauk-pauk di tempat berbeza dan memotongnya menjadi keping-keping halus. Bagi anda cara begini ia akan membuatkan makanan lebih senang untuk dimakan. Personaliti anda adalah seorang yang tegas dan forward thinker. Di tempat kerja pula anda seorang yang sentiasa berkerja keras dengan cara tersendiri. Dalam hubungan romantis pula anda sentiasa mencari sebuah hubungan serius untuk jangka masa yang lama. Ynag pasti anda tak suka hubungan yang main-main kerana ia hanya buang masa sahaja.
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
KLIK DI SEENI