Rasanya agak sukar untuk kita jumpa orang lelaki yang tak mempunyai hatta seutas jam dlam hidupnya. Sama ada suka pakai atau tidak, pasti dalam koleksi mesti ada sekurang-kurangnya satu.
Jadi tak salah jika MASKULIN katakan bahawa jam tangan merupakan kawan paling baik pergelangan tangan anda.
Jika pada usia muda remaja jam yang trendy dengan warna terang pelbagai sentiasa menjadi buruan ramai. Antaranya jam dari jenama CASIO iaitu G-SHOCK. Namun sebagai lelaki yang ingin tampil macho dan bergaya janganlah hadkan kepada sesetengah jenis jam sahaja.
Tak semua jam sesuai untuk digunakan pada semua tempat dan ada di antaranya bergantung kepada ciri-ciri istimewa.
Buat anda yang ingin mencari jam tangan yang sofistikated, moden, stailo dan mengetengahkan sifat ‘jantan’, ini di antara jenis-jenis yang boleh anda beli di pasaran.
DRESS WATCH
Ads
Jam kategori dress watch ini adalah jenis jam yang paling klasik sekali. Reka bentuknya ringkas sahaja iaitu permukaan berwarna putih dan mempunyai strap/band berwarna hitam.
Ia biasanya diperbuat daripada kulit dengan jarum jam jelas dan hanya ada paparan jam, minit, saat dan tarikh sahaja. Dress watch adalah jam kategori formal maka amat sesuai dipakai dengan pakaian formal.
DIVER’S WATCH
Seperti namanya, jam jenis diver’s watch ini pada asalnya direka untuk penyelam laut dalam. Jam begini amat tahan lasak, mempunyai sifat kalis air dan tahan tekanan. Digit pada diver’s watch selalunya mempunyai sifat glow in the dark.
Ads
Sifat-sifat jam begini amat sesuai untuk suasana kerja seorang penyelam dasar laut. Diver’s watch juga sesuai dipakai dengan semua pakaian kecuali baju acara khusus seperti tuksedo.
Nama lain bagi chrono watch adalah sports watch. Jam ini mempunyai ciri-ciri eksklusif yang menjadikannya tampak canggih seperti kompas, odometer, altimeter dan fungsi lain mengikut pengeluar jam.
Ads
Jam begini kebiasaannya terasa berat apabila dipakai di tangan. Jam ini bersifat semi-formal. Maka lebih sesuai dipadankan dengan pakaian semi-formal, bukan pakaian formal.
FIELD WATCH
Field watch mempunyai kaitan sejarah dengan Perang Dunia Pertama. Jam ini kebiasaannya mempunyai latar gelap dengan warna digit yang cerah. Kontra tinggi bertujuan memudahkan bacaan walaupun dalam keadaan cahaya yang malap.
Tali jam ini diperbuat daripada kanvas atau kulit. Rekaan terawal memperkenalkan hanya warna hijau atau coklat pada tali jam begini. Jam ini ringan, bersaiz sederhana dan tahan lasak. Secara umumnya, field watch lebih sesuai dipakai dengan pakaian kasual.
PILOT WATCH
Pilot watch menggambarkan fungsinya yang dicipta untuk kegunaan juruterbang. Jam tangan ini kebiasaannya mempunyai saiz/diameter yang besar iaitu melebihi 50mm. Tujuan jam ini direka dengan saiz yang besar adalah untuk memudahkan bacaan dan memastikan ketepatan bacaan.
Ciri-ciri paling menonjol pada jam ini ialah punat yang besar bertujuan memudahkan juruterbang yang sedang memakai sarung tangan (glove) untuk memutar punat tersebut. Jam tangan ini bersifat semi-formal, lebih sesuai dipadankan dengan penampilan semi-formal.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Sejak berdekad lamanya Timberland telah membina reputasi mereka sebagai jenama yang terkenal menghasilkan pelbagai inovasi fesyen outdoor.
Rekaan pakaian dan terutamanya kasut daripada Timberland cukup dipercayai terutama buat penggemar aktviti luaran dengan aspirasi alam sekitar di sebaliks etiap rekaannya.
Bagi musim bunga dan musim panas tahun ini, Timberland memperkenalkan koleksi terbaru yang mengetegahkan elemen kesedaran terhadap pentingnya penjagaan alam sekitar.
KEMPEN GLOBAL
Ia juga selaras dengan kempen global mereka iaitu Nature Needs Heroes yang mempromosian komitmen tanggungjawab terhadap alam sekitar. Ia direalisasikan dengan mengaplikasikan kitar semula, penggunaan bahan organik dan juga material mesra alam.
Sekitar era tahun 80-an dan 90-an merupakan tempoh yang cukup signifikan buat rekaan fesyen outdoor kerana menampilkan penggunaan warna yang lebih terang, fabrik teknikal kalis angin dan semangat baru dibawa oleh kesedaran alam sekitar.
INSPIRASI RETRO
Koleksi terbaru Timberland Spring/Summer 2020 menampilkan rekaan daripada isnpirasi era tersebut dengan mengguabungkan elemen retro dan moden menjadi satu gaya yang lebih unik.
Padanan fabrik dan teknologi terkini oleh Timberland seperti ReBOTL dan TimberDry menjadikan koleksi ini memberikan lebih nilai kepada pengguna.
Antara koleksi yang paling menarik perhatian MASKULIN ialah Mount High WG Overhead Jacket dan kasut Brooklyn Leather & Fabric Super Oxford.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Kita kini sudah memasuki minggu akhir bulan puasa dan tidak lama lagi akan meraikan kedatangan Hari Raya Aidilfitri.
Selepas ramai di antara kita tidak dapat pulang beraya selama dua tahun berturut-turut keterujaan untuk beraya pada tahun ini memang luar biasa. Lihat sahajalah pusat membeli-belah yang sesak dengan orang ramai mencari pakaian raya.
Selain pakaian baru pastinya anda mahu kelihatan lebih kacak dan menarik di pagi Hari Raya. Salah satunya ialah dengan memotong rambut dan mendapatkan gaya potongan menarik.
Namun sebelum nak potong rambut tu ada perkara perlu anda berikan perhatian. Paling penting kena pastikan gaya dipilih itu sesuai dengan bentuk wajah!
Jadi buat anda yang mungkin buntu untuk memilih fesyen rambut sesuai, apa kata hadam panduan ini agar pilihan anda kena dengan gaya dan bentuk muka.
1. OBLONG: BENTUK MUKA LEBIH PANJANG DARIPADA LEBAR
Potongan rambut yang pendek sesuai dengan bentuk muka jenis oblong. Tetapi anda perlu berhati-hati jika mempunyai jambang kerana jambang yang terlalu tebal akan membuatkan muka anda nampak lebih lebar dan besar.
2. OVAL: BENTUK MUKA YANG RUNCING DAN TIDAK MENAMPAKKAN TULANG RAHANG
Bagi yang mempunyai bentuk muka oval, anda sangat bertuah kerana kebanyakan daripada jenis penggayaan rambut sesuai dengan bentuk muka anda. Tetapi, berhati-hati dengan pemilihan rambut hadapan atau apa jenis penggayaan rambut yang boleh menutupi dahi anda. Ini kerana pemilihan rambut tersebut boleh menampakkan muka anda lebih bulat.
3. DIAMOND: MEMPUNYAI ‘JAWLINE’ DAN TULANG PIPI YANG BERBENTUK
Ia berbeza dengan bentuk muka oval tadi. Untuk bentuk muka diamond, mereka lebih sesuai jika mempunyai rambut depan yang menutupi sedikit ruang dahi mereka. Untuk menampakkan anda lebih maskulin, lelaki dengan bentuk muka diamond lebih sesuai jika mempunyai jambang.
4. BULAT: SAIZ BENTUK MUKA SAMA PANJANG DAN LEBAR
Bagi lelaki yang mempunyai bentuk muka round/bulat, jenis penggayaan rambut yang mempunyai sedikit definisi dan berbentuk sangat sesuai. Potongan rambut yang sesuai dengan bentuk muka bulat anda adalah jenis potongan yang boleh menipiskan bahagian tepi rambut.
5. PETAK: LEBIH BERBENTUK DAN MASKULIN
Bentuk muka petak ini biasanya mempunyai tulang muka yang lebih jelas dan nampak lebih maskulin. Bentuk muka petak ini biasanya sama sahaja dengan gaya rambut yang sesuai untuk bentuk muka yang bulat. Mereka lebih sesuai memilih rambut yang lebih nipis di kiri dan kanan serta sedikit tebal di bahagian atas.
6. TRIANGLE: TULANG RAHANG LEBIH LEBAR DARIPADA TULANG PIPI
Bentuk muka triangle mempunyai tulang rahang yang agak lebar dan berbentuk berbanding tulang pipi mereka. Lelaki dengan bentuk muka triangle ini lebih sesuai mempunyai kepanjangan rambut yang medium, di mana tidak terlampau pendek dan tidak terlampau panjang.
Semoga gaya raya anda tahun ini mantap dan kacak! Selamat mencuba ya.
Jangan lupa subscribe YouTube dan juga follow Instagram MASKULIN untuk update menarik terkini.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Jika anda mengikuti perkembangan Menteri Belia dan Sukan ini, pasti anda akan gelak ketawa dengan telatahnya bersama si manja.
2. Shaheizy Sam
Mat Yip (si kecil) diajar memanggilnya ‘BAPAK’. Walaupun dikatakan tidak gemar kanak-kanak, Sam sangat manja dengan anaknya.
3. Nedim Nazri
Walaupun baru menerima cahaya mata yang kedua, namun, Nedim tidak boleh berenggang dengan si kecil.
4. Norman Hakim
Walaupun sibuk dengan dunia lakonan disamping menguruskan Gym, Hot Daddy ini masih bijak menguruskan keluarga. Tahniah buat Norman Hakim dan isteri yang bakal menerima cahaya mata tidak lama lagi.
5. Hael Husaini
Pasti ramai wanita diluar sana yang sudah dijampi, kecewa dengan status Hael yang sudah berkahwin. Lihat saja gambar ini, walaupun sibuk dengan muzik, masa dengan si kecil tidak pernah diabaikan.
6. Hairul Azreen
Bapa kepada ‘Nation Baby Boy’ ini, memang sejak si kecil lahir lagi sudah didedahkan dengan aksi lasak. Moga Yusof membesar seperti bapanya.
7. Datuk Dr. Sheikh Muszaphar Shukor
Siapa tak kenal dengan Angkasawan Pertama Malaysia. Beliau merupakan kebanggan negara, namun di rumah, anak-anak adalah kebanggannya. Walaupun terlalu sibuk, beliau pasti mencari masa untuk diluangkan bersama anak-anak.
8. Fadza Anuar
Ahli perniagaan mana tak sibuk kan? Jika lihat di laman Instagramnya dan Isteri (vivy Yusoff) pasti kita dapat melihat telatah Daniel dan Maryam. Fadza seorang bapa yang cool!
9. Aaron Aziz
Hero Malaya ini sangat akrab dengan ketiga-tiga anaknya. Kadang-kadang beliau akan bawa anak-anak ke set pengambaran bagi meluangkan masa bersama mereka.
10. David Mckienzie
Merupakan suami kepada pelakon Lana Nordin. ‘Ayam masak kunyit’ merupakan makanan melayu kegemarannya. Gia bernasib baik kerana mempunyai Daddy berjiwa melayu. .
Ini 10 HOT Daddy Malaysia sehingga Mac 2018. Korang setuju tak dengan list kami?
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Kemsite memperkenalkan konsep “Outdoor Inside” di The Gardens Mall, membawa gaya hidup outdoor ke ruang urban dengan jenama premium dan pengalaman eksklusif yang menggabungkan alam, rekaan dan keselesaan moden.