
Sebut sahaja jeli petroleum pasti ramai akan cukup familiar dengan produk ini. Dan jenama yang selalu popular di kalangan pengguna di negara kita ialah Vaseline.
Dikomersialkan sejak 150 tahun yang lalu, jeli petroelum sebenarnya antara produk ajaiab yang murah dan mempunyai banyak kelebihan.
Dan kelebihan itu bukan sahaja untuk golongan wanita tetapi lelaki. And ingin tahu apakah kelebihan menggunakan jeli petroleum untuk orang lelaki?
Melegakan kekeringan kulit kaki
Kaki merupakan antara anggota badan lelaki yang sering diperhatikan wanita. jadi pada musim panas seperti sekarang, kaki memang akan mudah menjadi kering. Apatah lagi bila memakai selipar atau sandal. Ratakan jeli petroleum di bahagian tumit kaki sebelum tidur dan melakukan aktiviti luaran.
Minyak wangi tahan lama
Nak minyak wnagi tahan lama? Sapukan di bahagian belakang telinga dan pergelangan tangan selepas semburan minyak wangi di kawasan tersebut.
Kening lebih rapi
Sapukan sedikit ke bahagian kening untuk efek galak dan nampak sihat. Petroleum jeli juga boleh melindungi mata apabila disapu di bahagian kening daripada kulit kering di sekitar mata.
Lindungi bibir
Antara kegunaan paling popular petroleum jeli ialah untuk bibir. Dan jika anda melancong ke luar negeri yang mempunyai cuaca sejuk dan kering, ia mampu melindungi bibir daripada merekah. Sapukan sahaja di sekeliling bibir, pasti ia dapat melindungi bibir anda.
Kaki dan tangan
Bagi lelaki yang aktif bersukan seperti berbasikal, anda boleh menyapu jeli petroleum di antara celahan jari dan sarung tangan bagi mengelakkan berlaku iritasi atau melecet. Selain itu ia juga dapat melicinkan kulit kaki dan mengekalkan kelembapan.
9 Petanda Seseorang Itu Sebenarnya Berdepan Stres Di Tempat Kerja

Apakah itu burnout? Ia sebenarnya satu istilah yang digunakan untuk menggembarkan keadaan seseorang yang alami kepenatan melampau dari segi mental dan fizikal. Dan burnout ini boleh membawa kepada stres yang juga boleh jadi punca serangan jantung dalam jangka masa yang panjang!
Dan burnout ini jika dibiarkan lama boleh menyebabkan pelbagai penyakit seperti darah tinggi, serangan jantung, masalah tekanan jiwa, kemurungan dan juga boleh pengsan akibat kepenatan melampau. Tapi bagaimanakah untuk kenal pasti sama ada anda sudah alami burnout atau tidak?
Jika salah satu daripada 9 gejala di bawah ini berlaku pada anda maka sah anda sedang alami burnout!
TAK SERONOK
Mula rasa tak seronok untuk datang kerja. Bangun sahaja pagi anda rasa cukup malas dan terbeban dengan tugasan kerja. Motivasi anda boleh dikatakan berada pada tahap paling rendah.
PENAT
Bila anda sudah alami burnout badan anda akan mudah jadi penat. Bukan itu sahaja mental anda juga berasa sangat berat dan terbeban dengan rasa kurang seronok.
MASALAH TIDUR
Selain itu anda juga berdepan dengan masalah untuk tidur. Setiap hari anda akan alami kesukaran untuk melelapkan mata. Jadi tidak hairanlah jika anda pukul 1 atau 2 pagi baru boleh lelapkan mata. Kemduian jam 6 pagi sudah kena bangun awal untuk pergi kerja pula.
TIADA MOTIVASI
Bila badan dan mental sudah burnout anda secara langsung tidak mempunyai motivsi untuk bekerja. Malah segala apa yang berlaku di pejabat sudah tidak anda hiraukan. Apa yang ada dalam minda anda ialah untuk segera pulang dan keluar dari pejabat.
BUAT-BUAT SIBUK
Salah satu sindrom burnout ialah anda akan cuba menyibukkan diri dengan pelbagai hal. Sedangkan ia bukanlah perkara penting pun. Perkara ini berlaku kerana minda anda cuba untuk lari daripada realiti bahawa anda sebenarnya kepenatan.
KUALITI KERJA MENURUN
Motivasi yang hilang akan secara tak langsung menurunka prestasi kerja anda. Dan bila ini berlaku ia boleh menjejaskan mutu pekerjaan serta boleh mengkibatkan anda kehilangan kerja!
SELALU MC
Perkara ini banyak berlaku di negara kita. Disebabkan anda burnout maka tumpuan anda berlaih kepada perkara yang tidak penting. Jadi perhatian anda terlaih kepada perkara luar pejabat. Lalu jumlah cuti mengejut dan cuti sakit (MC) akan meningkat dengan segera.
MUDAH NAIK ANGIN
Petanda paling jelas bahawa anda sebenarnya perlu cuti dan lari ketika daripada pelbagai tabggungjawab di pejabat. Jika dbiarkan masalah panas baran ini bukan sahaja boleh mengeruhkan hubungan anda dalam keluarga malah di pejabat juga.
SAKIT BADAN DAN SENDI
Perkara ini berlaku kerana fizikal anda berdepan dengan kepenatan yang melampau. Cuma dalam hal ini akan menyebabkan badan anda menerim kesannya. Sakit sendi dan lenguh badan merupakan antara kesan yang sering berlaku bila seseorang alami burnout.
Lelaki Boleh Hidup Tanpa Wanita Tapi Tidak Dengan Beberapa Perkara Ini

Lelaki dan perempuan adalah dua individu dan spesis yang berbeza dari sudut personaliti dan juga kehendak.
Lelaki selalunya akan berfikir betapa susahnya mereka untuk memahami perangai wanita dan begitu juga sebaliknya bagi wanita. Banyak bahan bacaan dan jurnal dari internet telah menjelaskan mengenai perkara ini namun tiada satu pun yang benar-benar dapat membantu kita untuk memahami isi hati mereka yang sebenar.
Anda perlukan beberapa perkara yang dapat membahagiakan hidup anda. Di sini disenaraikan ada beberapa perkara di mana lelaki tidak boleh hidup dengan senang tanpa kehadirannya.
Gajet
Lelaki sering dikaitkan dengan kegilaan dengan barangan gajet kerana bagi seorang lelaki, pengetahuan dan kepekaan terhadap gajet merupakan suatu kemestian. Teknologi dan lelaki memang sukar untuk dipisahkan. Tanyalah pada sesiapa sahaja tentu anda akan mendapat jawapan yang sama. Tak kira samada ia merupakan komputer riba, telefon pintar mahupun iPad, lelaki sememangnya tidak boleh hidup tanpa gajet tersebut. Bermain game di komputer sudah merupakan kemestian bagi setiap lelaki. Jika ia adalah hobi asas seorang lelaki bagaimana pula untuk hidup tanpanya walaupun sesaat.
Kereta/Motor
Peminat gajet juga kadangkala mempunyai kegilaan yang kritikal terhadap motosikal dan kereta berkuasa tinggi. Pantang ada keluaran terbaru maka lelak toidak akan berlengah-lengah untuk bertukar kepada jenis yang terbaru. Malah mereka juga gemar untuk berlumba-lumba dengan rakan mereka untuk menunjukkan kereta/motosikal siapa yang lebih hebat. Jika diperhatikan, kaum lelaki sememangnya sangat peka bila ia adalah mengenai berita automotif terkini tentang keluaran kenderaan terbaru.
Ruang Dan Sempadan
Ramai lelaki yang beranggapan jika kekasih mereka terlalu bergantung padanya boleh menyebabkan si dia berasa rimas. Setiap lelaki memerlukan ruang persendirian di dalam hidup mereka.
Terlalu banyak gangguan boleh sedikit sebanyak menguji kesabaran mereka. Lelaki lebih gemar untuk hidup berdasarkan kehendak mereka sendiri. Jika anda langsung tidak memberi sedikit ruang untuk si dia berfikir atau melakukan sesuatu tanpa gangguan ini boleh mengakibatkan si dia meninggalkan anda.
Aktiviti Sukan
Kaum lelaki dan sukan sememangnya tidak boleh dipisahkan. Bagi kaum lelaki, aktiviti sukan terutama sekali yang lasak itu suah sebati sebagai identiti mereka.
Lelaki bukan sahaja melakukan aktiviti sukan hanya untuk kesihatan tubuh badan malah ia merupakan salah satu cara untuk mereka mengendalikan tekanan kerja dan menguruskan konflik dalaman dengan cara yang lebih produktif.
Persahabatan
Brotherhood. Itulah ikatan yang cukup kuat di antara lelaki. Persahabatan antara lelaki mungkin sedikit berbeza dengan wanita. Disebabkan itulah ramai lelaki yang mempunyai sahabat baik tidak boleh hidup tanpa satu sama lain.
Walaupun sudah berkahwin dan jarang bertemu namun ikatakan tali persahabatan itu sangat hebat sekali malah berkekelan hingga ke hujung nyawa.
Ramai Wanita Tak Sedar ‘Lelaki Anak Mak’ Ada Banyak Ciri-Ciri Suami Ideal

Sebagai seorang lelaki hubungan dan tanggungjawab mereka dengan ibu adalah sehingga ke akhir hayat. Berbeza dengan wanita yang selepas berkahwin mereka harus taat dan setia serta mempunyai tanggungjawab untuk suami.
Ada sesetengan persepsi mengatakan lelaki rapat dengan ibu mereka adalah seorang yang sangat manja. Tapi adakah ia benar?
Tapi kalau kita fikir dengan siapa lagi seorang lelaki boleh bermanja kalau bukan dengan ibunya yang tersayang. Lelaki yang rapat dengan ibu juga mempunyai banyak kelebihan dan boleh menjadi calon suami yang hebat.
Ramai wanita tak tahu akan perkara ini. Nak tahu mengapa lelaki ini memiliki husband material, jom ikuti perkongsian MASKULIN di bawah.
SENTIASA MANDAHULUKAN KELUARGA
Oleh kerana sudah terbiasa rapat dengan memenuhi segala permintaan ibunya, dia akan pasti akan sanggup mengenepikan segala hal tak penting demi keluarganya yang tersayang terutama bagi pasangan. Malah jika dia ada rezeki yang lebih pasti akan memilih untuk membelanjakannya untuk keluarga berbanding diri sendiri. Dia juga akan menjadi seorang bapa yang baik.
TAK SUKA BEBANKAN PASANGAN
Disebabkan personalitinya yang easy going dan sentiasa ceria, lelaki yang rapat dengan ibunya jenis yang jarang berkongsi masalah dengan orang lain. Selagi dia boleh selesaikan apa jua masalah sendiri dia tak akan bebankan orang lain terutamanya pasangannya. Dia juga memilih untuk tak membebankan orang lain dengan hal di tempat kerja atau sebagainya yang berlaku di luar rumah.
BACA: Untuk Kalau Wanita Kahwin Dengan Lelaki Anak Sulung, Ini Sebabnya!
TAK BERKIRA DALAM SOAL WANG
Anak yang taat setia dengan ibunya pasti akan memberikan wang setiap kali mendapat gaji. Dan inilah faktor yang cukup penting bagi seorang lelaki yang ingin menjadi ketua keluarga yang baik. Dia pandai menguruskan kewangannya dan mencari keberkatan dalam masa yang sama. Jika menjadi suami sekalipun dia akan pandai untuk membahagikan wang kepada ibu, isteri dan perbelanjaan rumah mengikut kemampuannya.
BOLEH TERIMA IDEA PASANGAN
Lelaki yang rapat dengan ibu merupakan lelaki yang boleh memahami dan mempercayai wanita terutamanya dalam membuat keputusan. Anda harus tahu bahawa tidak semua keputusan dalam keluarga dipegang sepenuhnya oleh suami. Perbincangan dan persefahaman adalah dua kata kunci yang penting untuk memastikan rumah tangga bahagia. Oleh kerana sudah biasa dengan segala nasihat serta tunjuk ajar dari ibunya, maka lelaki ini akan boleh menilai dan menerima idea pasangannya.
BUKAN SEORANG POSESIF
Percaya tau tak lelaki yang rapat dengan ibunya bukan seorang yang bersifat posesif. Dia memahami bawah dengan mengekang atau terlalu mengongkong boleh menyebabkan wanita berasa rimas. Pengalamannya yang rapat dengan ibu pastinya digunakan sebaik mungkin untuk menjadi suami yang lebih faham akan kehendak wanita.
MENYOKONG KARIER PASANGAN
Sejak kecil dia sudah melihat bagaimana ibunya bersusah payah memebsarkan dan dalam masa yang sama mempunyai karier. Lelaki ini faham akan perngorbanan dan keupayaan seorang wanita untuk berjaya bukan saja dalam sebagai isteri dan ibu tetapi juga kerjaya,
TIDAK MUDAH EMOSI
Lelaki yang rapat dengan ibunya juga pasti sudah masak dengan perubahan emosi seorang wanita terutama di saat kitaran menstruasi. Jadi lelaki ini lebih faham dengan apa yang berlaku terhadap pasangan mereka dan akan berusaha untuk menggembirakan pasangannya.
Jadi kepada wanita di luar sana carilah lelaki yang rapat dengan ibunya!