MASKULIN percaya ramai di antara anda memang ada yang memasang impian untuk sambung belajar walaupun kini sudah berkerjaya.

Kerana ilmu itu tak terbatas kepada usia, taraf ekonomi dan latar belakang. Semua orang berhak mendapatkan ilmu jika dia ada kemahuan dan bersedia untuk belajar.

Begitu juga dengan pendidkan di peringkat tinggi di universiti. Mungkin anda dahulu berdepan dengan seribu satu cabaran dan halangan yang membuatkan anda melupakan hasrat untuk sambung bekajar. Kadangkala ia berlaku bukan kerana kehendak diri sendiri tetapi mungkin disebabkan terpaksa akibat kesemptian hidup atau ingin membantu keluarga.

Namun ia tidak bermakna ruang untuk mereka mendapatkan pendidikan pada masa akan datang terus tertutup begitu sahaja. Hampir keseluruhan IPTA kini menawarkan pelbagai program pendidikan sambilan dan juga pendidikan jarak jauh.

Dan program-program yang ditawarkan ini mempunyai pelbagai corak latihan dan kelas yang pastinya memberikan kemudahan buat orang muda yang bekerja untuk sambung belajar.

Walaupun ia memerlukan komitmen tinggi dan pengorbanan dari segi masa yang sangat besar, mereka sebenarnya mendapat banyak manfaat yang mereka sendiri tidak menjangkanya.

IKLAN

Apakah kelebihan itu?

1. Boleh bekerja sambil belajar

5 Kelebihan & Hasil Positif Diperolehi Oleh Lelaki Yang Kerja Sambil Belajar

Antara sebab utama mengapa seseorang memilih untuk belajar secara sambilan atau jarak jauh kerana mereka memiliki kerjaya. Inilah antara kelebihan yang pelajar sambilan akan perolehi. Kerja tidak terganggu dan dalam masa yang sama boleh menyambung pendidikan ke peringkat lebih tinggi. Jadi bila sudah tamat belajar nanti bukan sahajA sudah ada segulung ijazah tetapi pengalaman kerja yang lama. Cuma ia memerlukan komitmen yang sangat tinggi untuk pastikan ia berjaya.

IKLAN

2. Meluaskan rangkaian kenalan dan peluang kerja

5 Kelebihan & Hasil Positif Diperolehi Oleh Lelaki Yang Kerja Sambil Belajar

Bila menyertai program sebagai pelajar sambilan atau jarak jaug pastikan anda akan ke kuliah. Dan di sinilah anda dapat bertemu dengan pelbagai golongan sama semi profesional atau profesional dalam pelbagai bidang. Mungkin ada kenalan rakan sekuliah anda merupakan orang sudah berjaya dalam bisnes. Dalam masa yang sama kamu boleh berkawan, belajar dan mungkin mencari peluang yang baik untuk masa akan datang. Ia juga membantu meningkatkan skil bersosial dengan lebih baik dan rangkaian sosial kamu juga bertambah.

3. Semakin hebat mengatur masa

5 Kelebihan & Hasil Positif Diperolehi Oleh Lelaki Yang Kerja Sambil Belajar

IKLAN

Seperti mana yang kita ketahui mengikuti program belajar sevara sambilan ini menuntut komitmen yang sangat tinggi. Dengan bebanan tugas di tempat kerja, anda perlu pandai bahagikan masa untuk ke kelas dan juga belajar. Tapi jangan risau kerana perkara ini secara tidak langsung mendidik kamu menjadi seorang yang sangat berdisiplin dan pandai mengatur masa. Dan orang yang pandai menggunakan masanya dengan sebaik mungkin ialah orang yang paling berjaya.

4. Dapat pensyarah yang lebih fleksibel & memahami

5 Kelebihan & Hasil Positif Diperolehi Oleh Lelaki Yang Kerja Sambil Belajar

Ini juga salah satu kelebihan yang pelajar sambilan atau jarak jauh akan perolehi. Para pensyarah yang mengajar anda akan lebih memahami anda yang selain belajar terpaksa berdepan dengan pelbagai tugasan kerja. Jadi mereka akan lebih bertoleransi dan memberikan tugasan yang kadarnya lebih sedikit berbanding pelajar separuh masa. Ia bukanlah bermakna mereka tidak serius tetapi perhatian lebih terperinci yang spesifik diberikan kepada anda.

5. Lebih hargai waktu riadah

5 Kelebihan & Hasil Positif Diperolehi Oleh Lelaki Yang Kerja Sambil Belajar

Bila bekerja dan pada masa yang sama bergelar sebagai pelajar sambilan pastinya anda tidak mempunyai masa yang banyak untuk lakukan aktiviti riadah. Oleh sebab itu bila anda berpeluang untuk berehat atau melakukan aktiviti riadah ia menjadi lebih bermakna buat kamu. Sekali-sekala bebas dari tugasan kerja dan pelajaran pastinya mampu meningkatkan semangat kamu dengan lebih hebat!

Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.

KLIK DI SEENI