MASKULIN rasa mesti lelaki berjanggut tersenyum lebar bila baca headline di atas. Jangan senyum lebar dulu, mari baca perkongsian MASKULIN kali ini.

Kalau anda semua perasan trend menyimpan janggut kini semakin mendapat sambutan di kalangan lelaki di Malaysia. Berbeza kalau suatu masa dahulu imej berjanggut sering dikaitkan dengan orang-orang agama sahaja, kini tidak lagi.

Dan dulu juga imej berjanggut juga sering dikaitkan dengan penampilan yang selekeh dan tak terurus. Tapi ketahuilah bahawa perkara seperti itu tidak benar sama sekali.

Adakah imej lelaki berjanggut boleh menarik pehatian wanita? Semestinya!

Jom ikuti apakah kelebihan lelaki berjanggut selain mampu tampil dengan imej penuh kejantanan.

Melindungi wajah dari sinaran UV

5 Kelebihan Lelaki Berjanggut, Salah Satu Boleh Rangsang Wanita

IKLAN

Kajian dari University of Southern Queensland, Australia, menunjukkan janggut ataupun jambang mampu melindungi kulit muka sebanyak 80% hingga 90% daripada sinaran UV yang boleh menyebabkan kanser kulit. Ini kerana, bahagian yang dilindungi oleh bulu seperti janggut atau jambang kurang terdedah kepada sinaran UV.

Jadi, semakin lebat janggut atau jambang anda, semakin selamat kulit muka anda!

Melembapkan kulit wajah

Selalunya yang minat memakai pelembap muka ini adalah kaum wanita sahaja. Tapi lelaki yang ada masalah kulit muka kering tidak perlu bimbang kerana mereka sudah mempunyai pelembap semula jadi iaitu janggut! Ini kerana bahagian kulit yang berbulu ini mengandungi kelenjar sebaceous yang merembeskan minyak dikenali sebagai sebum.

Sebum ini pula bertindak untuk melembapkan kulit muka sepanjang hari, selain merawat sel-sel muka agar tak cepat tua.

IKLAN

Baik untuk sistem pernafasan

5 Kelebihan Lelaki Berjanggut, Salah Satu Boleh Rangsang Wanita

Apa kena-mengena janggut dengan pernafasan? Ada. Melalui kajian, rerambut boleh bertindak sebagai penapis habuk daripada memasuki rongga pernafasan. Oleh itu, janggut amatlah baik bagi lelaki yang alah dengan hama atau habuk, terutamanya jika anda penghidap asma.

Meningkatkan kesuburan lelaki

5 Kelebihan Lelaki Berjanggut, Salah Satu Boleh Rangsang Wanita

IKLAN

Janggut juga dipercayai mengandungi hormon testosteron yang sangat baik untuk kesuburan lelaki. Lagi lebat janggut anda, lagi meningkat hormon tersebut. Jadi kalau anda nak subur, rajin-rajinlah menyimpan janggut.

Merangsang kesuburan wanita

Bukan sahaja baik untuk lelaki, manfaatnya juga kena tempiasnya  kepada wanita atau isteri. Janggut juga boleh merangsang dan menstabilkan kitaran haid wanita, seterusnya meningkatkan kesuburan wanita. Caranya mudah sahaja iaitu dengan hanya membelai janggut lelaki.

Dan anda juga semestinya sudah tahu bahawa menyimpan janggut juga adalah salah satu sunnah nabi.

“DI ANTARA FITRAH DALAM ISLAM IALAH MEMOTONG MISAI DAN MEMELIHARA JANGGUT, BAHAWASANYA ORANG-ORANG MAJUSI (MENYEMBAH BERHALA) MEMELIHARA MISAI MEREKA DAN MEMOTONG JANGGUT MEREKA, MAKA JANGANLAH KAMU MENYERUPAI MEREKA, HENDAKLAH KAMU POTONG MISAI KAMU DAN PELIHARALAH JANGGUT KAMU” (RIWAYAT IBNU HIBBAN)

 

Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.

KLIK DI SEENI