“Kalau dah jodoh tak akan ke mana…”

Itulah antara ungkapan yang sering kita dengar. Atau yang sering lelaki bujang terutamanya yang mula menjejaki usia 30-an akan sering diajukan soalan kepada mereka.

Namun pada zaman sekarang lelaki yang berkahwin pada usia 30-an bukanlagi satu perkara pelik. Mengikuti peredaran zaman, lelaki zaman kini mempunyai banyak misi peribadi yang perlu mereka kejar sebelum mendirikan rumah tangga.

Atau mungkin juga ramai yang belum bertemu jodoh yang sesuai. Bagi generasi terdahulu jika usia sudha memasuki usia begini dan belum kahwin, mereka menganggap ia adalah usia yang agak lewat untuk kahwin.

Tapi ramai tak sedar sebenarnya ada banyak kelebihan terutamanya wanita perolehi jika berkahwin dengan lelaki berusia 30-an.

IKLAN

Lebih Matang & Emosi Stabil

5 Kelebihan Yang Wanita Dapat Jika Kahwin Dengan Lelaki Berusia 30-an

Menurut kajian, setiap individu akan lebih tenang dan lebih matang dalam menghadapi pelbagai situasi dan perasaan invididu untuk menghargai cinta dan akan lebih fokus.

Kurang Mengejar Keseronokan 

Kebanyakan individu pada usia ini sudah puas berseronok. Pelbagai kejayaan sudah digapai, sudah tentu bila berkahwin akan lebih bahagia kerana masing-masing tidak lagi mengejar cita-cita individu.

IKLAN

BACA: 5 Sebab Wanita Suka Lelaki Pandai Masak

Jati Diri Lebih Kuat

5 Kelebihan Yang Wanita Dapat Jika Kahwin Dengan Lelaki Berusia 30-an

Mereka yang telah mencecah usia 30-an sudah membina jati diri yang kuat. Mereka juga mempunyai karisma serta matlamat yang kuat dan kebiasaanya akan dapat memimpin diri dan pasangan ke jalan yang lebih teratur.

IKLAN

Ekonomi Lebih Kukuh

5 Kelebihan Yang Wanita Dapat Jika Kahwin Dengan Lelaki Berusia 30-an

Individu pada usia sebegini telah mempunyai kerjaya yang tetap dan mungkin ada yang sudah memiliki kenderaan dan kediaman sendiri. Rumah tangga akan lebih bahagia kerana masalah-masalah kewangan tidak menjadi masalah utama.

Matang Sebagai Bapa

5 Kelebihan Yang Wanita Dapat Jika Kahwin Dengan Lelaki Berusia 30-an

Jika dikurniakan cahaya mata, mereka yang bersia 30-an pasti menjadi ibu bapa yang baik. Kesabaran dan kematangan yang tinggi akan membimbing mereka mmemberik kasih sayang yang terbaik untuk anak-anak.

Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.

KLIK DI SEENI