Suami merupakan orang yang paling dekat dengan isteri. Maka si suami kena ambil berat bila isteri menunjukkan tanda-tanda nak stress. Bukan apa, bahaya bila isteri mulai stress ni, kerana secara tidak langsung ia akan mempengaruhi kesihatan dan kecantikan dalaman mahupun luaran seorang isteri. Para suami mohon take note!
Ini perkongsian ilmu daripada Doktor Taufiq Razif tentang kesan buruk stress kepada si isteri.
Stress buat kerja rumah ni bukan tekanan yang direka reka ataupun sebab isteri kita manja. Bukan!Ianya satu tekanan yang emosi yang sangat mendera kalau pasangan kita jenis tak memahami dan tak membantu. Saya pernah terduduk rebah bila terpaksa jadi surirumah masa isteri saya berpantang anak pertama dulu. Stress menguruskan rumahtangga ni tak ramai suami yang sanggup tahan!
Sampai sekarang saya faham kalau isteri saya mengadu kepenatan jaga anak sebab saya dah rasainya sendiri dulu. Tu yang saya kadang-kadang bagi je peluang isteri ber-‘me time’ dengan hobi menanam orkid kesayangannya tu.
Buat la apa pun sayang, asalkan kurang stress tu!
Kenapa saya tak nak isteri saya stress?
Saya tahu efek stress ataupun tekanan emosi ni akan memakan diri pasangan kita secara fizikal dan juga mental. Kalau tak percaya cuba tengok efek stress ataupun tekanan emosi ni pada pasangan kita sendiri.
1. Haid Jadi Tak Teratur
Perasan tak kadang-kadang haid si dia jadi tak teratur dan kacau bilau? Mungkin isteri kita tengah stress la tu! Ikut kajian, stress yang akut ataupun kronik boleh membuatkan hormon tubuh menjadi tak stabil.
Ads
2. Rambut Gugur
Stress pada emosi dan psikologi boleh membuatkan rambut beransur ansur masuk ke fasa keguguran. Stress pada tahap tertentu boleh menyebabkan isteri kita mengalami Tellogen Effluvium! Stress melampau ni akan menyebabkan folikel rambut masuk kepada fasa berehat. Dalam beberapa bulan kemudian, rambut boleh tiba-tiba je gugur waktu menyikat dan waktu tengah mandi!
3. Jerawat Naik
Stress ataupun tekanan emosi memang akan meningkatkan hormon cortisol dalam tubuh badan pasangan kita. Hormon ni la nanti yang akan menyebabkan kalenjar minyak pada wajah si dia merembeskan lebih banyak minyak. Tanpa sedar, wajah isteri kita jadi makin berminyak dan penuh jerawat!
4. Cepat Gemuk
Bila isteri gemuk je kita salahkan diorang kan? Padahal mungkin isteri kita naik berat badannya sebab tengah menahan stress yang melampau!
Ads
– Hormon cortisol yang keluar ketika isteri kita tengah stress menyebabkan metabolisma badan jadi makin menurun! Bukan tu je, stress yang melampau juga boleh menyebabkan selera makan bertambah dan juga “sugar cravings ”.
5. Kurang Subur
Kajian terkini mengatakan wanita yang tinggi enzim alpha-amylase mempunyai kesukaran untuk mengandung. Lebih mengejutkan lagi, enzim alpha-amylase tu dikaitkan dengan stress! Wanita yang mempunyai enzim ni pada kitaran haidnya dalam jumlah yang tinggi akan 12% lebih kurang peluang untuk hamil dibandingkan dengan wanita lain! Ni la kenapa saya tak nak isteri saya stress sangat. Saya tahu kalau betul la saya nak isteri saya cantik dan sihat luaran dan dalamannya saya kena pastikan tahap stress isteri saya berada dalam keadaan yang terkawal.
Ads
Hidup rumahtangga mana la yang tak stress kan? Tapi sekurang-kurangnya kita sebagai suami ni la yang kena ringankan bebanan tekanan tu bersama-sama isteri kan. Baru la orang kata ‘ berat sama dipikul, ringan sama dijinjing ‘ dan bukannya ‘ awak yang pikul, awak yang jinjing ‘.
Tolong ajar dan sebarkan ilmu ni pada pasangan masing-masing ye. InsyaAllah rumahtangga yang harmoni datang daripada pasangan yang memahami.
Sumber: Taufiq Razif/Mingguanwanita
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Rata-rata rakyat Malaysia masih lagi dalam mood meraikan Hari Kebangsaan dan juga kemunculan Hari Malaysia tidak lama lagi. Selepas menyaksikan pelbagai aktiviti bagi membangkitkan rasa patriotik, ketibaan Hari Malaysia pada 16 September juga bakal diraikan dengan cukup meriah.
Gembox yang terletak di Nilai dikenali sebagai Pasar Malam Kebudayaan Simbolik Malaysia bakal menganjurkan konsert istimewa pada 15 September 2022.
Seramai 11 artis dan pempengaruh popular tempatan yang terdiri daripada pelbagai bangsa dan latar belakang akan muncul membuat persembahan sempena Hari Malaysia.
‘WOW! Malaysia Music Festival’ bakal menampilkan kemunculan penyanyi hebat dan legenda seperti Datuk Sheila Majid, Alvin Chong, Dolla, Masha Mashitah, Rynn Lim, Jeryl Lee, Phei Yong, Danny Koo, Chang Yong, Chang Le, Susan, Pink Tan, dan bakat baharu Lil J. Konsert ini akan berlangsung selama 180 minit, dan lebih daripada 30 buah lagu akan dipersembahkan pada malam tersebut.
Lebih menarik konsert yang berlangsung di Gembox, Nilai ini tidak mengenakan apa-apa cas bayaran atau dalam erti kata lain, masuk adalah percuma!
Selain itu, sekiranya pelawat menambah nilai sekurang-kurangnya RM100 ke GEMBOX App, mereka boleh menebusi tiket ‘Rock Zone’ di kaunter yang disediakan.
Banyak aktiviti turut disediakan pada malam tersebut. Pelawat boleh menikmati makanan tempatan dari 13 negeri dan juga persembahan bunga api sempena menyambut Hari Malaysia.
Maklumat lanjut berkenaan dengan penebusan tiket, sila layari ke www.gembox.com.my atau pun ikuti media sosial Gembox.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Sebelum dimasak nasi, beras pasti dicuci sampai bersih menggunakan air. Kebanyakan orang akan terus membuang air bekas cucian beras tersebut. Betul tak?
Tahukah anda khasiat air beras ini boleh memberi pelbagai manfaat buat anda. Beras mempunyai banyak khasiatnya yang tersendiri ianya kaya dengan vitamin dan mineral seperti niacin, vitamin D, kalsium, fiber, iron, thiamine dan riboflavin. Selain itu juga, beras kaya dengan karbohidrat dan tidak mengandungi kolestrol, lemak tepu yang boleh memudaratkan.
Khasiat beras bukan sahaja boleh di makan, malahan bagus untuk penjagaan kulit muka dan juga tubuh badan. Ya, Air bekas cucian beras memiliki kandungan khasiat yang sangat bagus untuk kulit wajah, jerawat, dan masker rambut. Silakan mencuba 6 langkah berikut untuk mangetahui khasiatnya. Lagi elok ambil air basuhan pertama kerana terdapat banyak khasiat
1. Kulit lembut dan halus
Rendam kapas di dalam bekas air cucian beras dan lapkan ke kulit muka Anda. Ini dapat menghapus kotoran dan sebum berlebihan pada kulit wajah. Jika diamalkan rutin ini wajah jadi halus dan lembut.
2. Segarkan wajah
Air bekas cucian beras ini juga boleh dijadikan sebagai masker untuk menyegarkan wajah. Ambil kapas muka dan rendam ke dalam air beras selama lebih kurang 10 minit.
Kemudian tekap kapas muka mengandungi air beras itu pada wajah. Biarkan selama 15 minit sebelum menanggalkannya dan anda akan dapat rasa wajah makin segar.
3. Wajah lebih cerah
Sentiasa simpan air basuhan beras dan gunakan setiap kali mahu mencuci muka. Jadikan amalan setiap kali selepas mencuci wajah. Khasiatnya adalah untuk mencerahkan kulit. Jadi anda tidak perlu terus bergantung kepada produk-produk kosmetik yang mahal dan berisiko tinggi. Cukup menggunakan air bekas cucian beras saja.
4. Mengecilkan pori-pori
Celupkan kapas muka ke dalam air beras dan oles terus pada wajah. Usap dan tekan secara perlahan pada bahagian wajah yang pori-porinya terbuka. Cara ini akan mengecilkan liang pori-pori sekali gus membuat wajah tampak licin.
5. Penyembuh jerawat
Disahkan oleh pakar kulit, pakar kecantikan dan doktor kosmetik bahawa air cucian beras dapat mengatasi masalah jerawat di wajah. Air ini akan dapat menyembuhkan secara alami dan lebih cepat. Sila cuba kalau tak percaya.
6. Atasi kulit wajah minyak
Setiap kali membasuh beras, simpan sedikit airnya untuk kegunaan selepas mencuci wajah dengan buih pembersih. Setiap kali selesai mencuci wajah, bilas dengan air beras pula. Bukan saja dapat mengurangkan minyak malah mencerahkan kulit wajah juga. Inilah dia bahan pemutih kulit semula jadi yang paling selamat.
Mudah bukan! Tak rugi untuk mencuba kerana rawatan ini adalah percuma.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Kemsite memperkenalkan konsep “Outdoor Inside” di The Gardens Mall, membawa gaya hidup outdoor ke ruang urban dengan jenama premium dan pengalaman eksklusif yang menggabungkan alam, rekaan dan keselesaan moden.