Hisshhh, pengotornya!. Tolonglah jaga kebersihan…Biarpun  etika atau adap ketika di tandas awam memang perkara biasa, tetapi sejak zaman sekolah hinggalah sekarang, tabiat sesetengah orang kita tidak tahu menjaga etikanya. Biar setinggi mana pun ilmu, perangai ketika berada di dalam tandas sukar diubah mengalahkan orang zaman neolitik. Tandas dibiarkan kotor, tidak dipamkan dan ada kalanya bising hingga menimbulkan rasa tidak selesa kepada orang lain. Maskulin mengajar anda untuk lebih beretika apabila di tandas.

 5 Tabiat buruk perlu dielakkan

 5 Perkara Lelaki Hensem Tak Buat Di Tandas Awam

1-Tidak flush!

Bayangkan tiba-tiba anda masuk tandas, perkara pertama yang anda nampak ialah sisa-sisa

yang tidak sepatutnya ada. Geramnya! Cuba anda fikir-fikirkan,  bukan susah mana pun hendak flush. Mungkin selepas digunakan, anda cuma perlu tarik dan buang tisu di tempat yang disediakan.  Jangan mimpi untuk dapat tandas bersih kalau diri sendiri pun tidak menghargai  kebersihan.

IKLAN

 

2-Cari ‘Inspirasi’ sambil conteng tandas

Walaupun anda seorang manusia kreatif, janganlah tunjukkan bakat anda di tempat yang salah. Kadang-kadang ada juga orang yang menjadikan conteng tandas sebagai hobi mereka seperti menulis nama-nama pasangan kekasih atau ayat-ayat luahan hati dan perasaan yang tidak masuk akal.

 

IKLAN

3-Buang abu rokok

Biasanya tabiat hisap rokok dalam tandas memang ada walau pun telah diletakkan peraturan dan larangan ‘ NO SMOKING’. Kepada mereka yang suka merokok di dalam tandas awam atau di tempat kerja, tolonglah berhemah. Jangan sesuka hati buang abu rokok di atas lantai tandas, lepas itu terus keluar buat muka selamba.

 5 Perkara Lelaki Hensem Tak Buat Di Tandas Awam

4-Terjerit-jerit dengan orang sebelah

IKLAN

Kalaupun mahu menyampaikan perkara penting, jangan sampai terjerit-jerit di dalam tandas. Orang yang suka buat bising di dalam tandas, memang orang yang jenis bising di mana-mana sahaja. Biasanya ini berlaku apabila masuk ke tandas dengan rakan. Tolonglah hormati orang sebelah. Elak bercakap tentang perihal orang itu dan ini dengan nada suara yang kuat. Manalah tahu, silap hari bulan, orang yang anda sebutkan itu ada di tandas sebelah. Aayooh!

 

5-Janganlah ‘mengerang’ tak tentu pasal

Ini adalah peringatan kepada mereka yang tidak tahu adat-adat berada di dalam tandas. Sekalipun melepaskan ‘ hajat’ tolonglah kurangkan sikit volume anda itu. Jangan dibiarkan orang tercari-cari dan menggeleng kepala dengan bunyi-bunyian kurang enak itu. Memalukan walau pun orang lain tidak tahu siapa anda pada masa itu.

 

Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.

KLIK DI SEENI