Tidak lama lagi akan bermulalah cuti sekolah yang panjang dan minggu ini pun, kita sedang menikmati masa cuti panjang untuk santai bersama keluarga.

Bagi keluarga yang memiliki anak-anak besar, masuk sahaja musim cuti sekolah, pasti akan ada ibu bapa yang naik pening dan runsing sebabnya :

1. Tak tahu bos luluskan cuti atau tidak

Borang cuti memang sudah dihantar awal-awal tetapi kalau last minutes bos tiba-tiba reject, pasti anak-anak akan hilang kepercayaan kepada kita. Kita akan rasa sampai macam kenapalah semua benda ni boleh jadi?

Ads

2. Anak-anak jadi bosan

Sudahlah kita terpaksa bekerja dan tidak dapat cuti, kesannya, anak-anak akan jadi bosan. Anak-anak ni kalau bosan dia jadi lain macam sikit. Elakkan semua benda dia akan explore dan apabila kita balik rumah, jangan terkejut kalau keadaan rumah tunggang-langgang.

Ads

3. Nak pergi mana ya?

Kena pula pada hujung minggu dan sudahlah tidak berbuat apa-apa, nak pergi jalan-jalan ke mana pun sudah tidak tahu. Lagi-lagi bagi mereka yang bekerja di bandar. Keadaan sudah pasti sama dan kebanyakan di kiri kanannya penuh dengan ‘hutan batu’.

Ads

4. Cukup tak bajet nak berjalan ni?

Syukur, cuti sudah diluluskan tetapi cukup tak bajet untuk bulan ini? Bukan apa, awal bulan hari tu sudah bayar bermacam-macam komitmen. Kalau poket ‘sudah kering’, kena tunggu time gajilah nampaknya.

5. Anak tidur lewat

Boleh jadi macam nak berperang dengan anak kalau anak-anak ikut nak bermain sehingga lewat malam. Ibu baa yang suruh anak-anak tidur pun macam dah separuh nak berperang agar rumah kembali aman.

Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.

KLIK DI SEENI