Kepekatan tinggi antioksida dan tindakan anti-radang dalam Vitamin E Natural (12,000 IU dalam pek 15ml) dan Cocoa Butter. Tambahan lagi ia mudah didapati di farmasi-farmasi dan secara online. Cuma ada juga peringatan agar berhati-hati dengan produk tiruan Azanis Scar Serum.
Bio Oil
Bio Oil antara salah satu yang masih ada dipasaran. Terdapat 2 saiz juga iaitu, 60ml dan 125ml yang boleh digunakan untuk kulit sensitif di bahagian muka dan badan.
Ads
Ia juga antara produk yang berkesan untuk masalah parut dan regangan kulit (stretch mark), merawat warna kulit tidak sekata, penuaan kulit dan kulit kering. Ada juga yang menggunakannya sebagai penanggal make-up disamping merawat kulit muka. Namun ia dikatakan mengandungi minyak PurCellin yang berasal dari itik. Mungkin ada yang kurang selesa dengan produk yang mengandungi bahan daripada haiwan.
Mederma
Mederma merupakan antara produk hilangkan parut yang merawat parut lama dan baru, kesan melecur, regangan kulit termasuklah parut yang disebabkan jerawat. Mederma mempunyai kandungan vitamin E dan aloe vera yang bertindak membantu kulit kembali tegang dan dan melicinkan kulit. Ia didatangkan dengan 2 saiz iaitu 20gm dan 50gm,
Ads
Terdapat juga beberapa testimoni yang mengatakan keberkesanan produk ini namun ia mengambil masa yang lama. Ada juga yang menggunakannya hingga 2 tahun dengan sabar tetapi masih ada kesan bekas parut. Selain itu, ada juga testimoni mengatakan mereka berasa gatal-gatal bila menggunakannya terutama bagi mereka yang mempunyai kulit yang sensitif.
Dermatix
Dermatix merawat secara klinikal menghilangkan serta memudarkan parut pada kulit. Selain itu ia juga boleh digunakan untuk menghilangkan kegatalan pada kawasan berparut baru yang disebabkan luka yang baru sembuh sama ada di muka dan badan. Ia juga amat berguna sebagai ‘sunblock’ yang melindungi kulit dari sinaran UV matahari.
Ads
Dipasarkan dengan 2 saiz dan lebih kecil dari kesemua senarai yang ada iaitu dalam tiub 7g dan 16g. Terdapat beberapa testimoni menyatakan keberkesanan menggunakan Dermatix ini, cuma harganya agak mahal berbanding yang lain. Ia juga disarankan agar digunakan dengan mendapatkan khidmat nasihat dari doktor atau pun pakar kulit sebaiknya terlebih dahulu.
Palmer’s
Produk Palmer’s ini merupakan rawatan terapi kulit yang hampir menyamai Azanis Scar Serum. Ia boleh menghilangkan parut, regangan kulit, tonasi kulit tak sekata, kulit kering dan juga kesan penuaan. Terdapat juga testimoni dan review yang mengesahkan keberkesanan produk ini. Ia tidak berminyak dan tidak mendatangkan kesan sampingan kepada kulit muka atau pun badan.
Didatangkan dalam saiz 60ml juga dan selain itu terdapat juga beberapa jenis produk dalam bentuk krim, losyen dan juga balm. Ia juga membantu untuk melembutkan kulit dan berkesan.
SUMBER : KHIRKHALID.COM
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Memandangkan kulit wajah sering terdedah dengan sinaran UV, habuk dan kekotoran, skrub muka dapat membantu menghilangkan sel-sel kulit mati.
Malah skrub muka ini juga dapat menjadikan kulit lebih berseri sekali gus membuatkan wajah nampak muda dari usia.
Jika anda melakukan proses ini dengan betul, ia mampu memberi banyak manfaat untuk kulit wajah anda.
Bagi memastikan anda tampil menawan dengan kulit wajah yang bersih, cerah dan bebas masalah kulit, ini lima alasan kenapa lelaki perlu mengamalkan pengelupasan kulit dalam rejim penjagaan wajah.
1. Bersihkan wajah dengan maksimum
Lelaki yang aktif dalam aktiviti luar harus menggunakan skrub kerana pencuci biasa atau makeup remover tidak mampu menanggalkan kekotoran yang melekat pada kulit. Peninggalan kekotoran degil inilah yang bakal mengundang pelbagai masalah kulit. Dengan melakukan skrub muka, wakah anda lebih bersih dan mampu membersihkan wajah secara menyeluruh hingga ke liang pori.
2. Membuang sel-sel kulit mati
Setiap hari kulit wajah akan menghasilkan sel kulit mati. Jika ia dibiarkan akan menyebabkan pori-pori wajah anda tersumbat yang akhirnya menimbulkan masalah kulit lain seperti jerawat dan sebagainya. Produk skrub muka yang dihasilkan mampu menanggalkan sel-sel kulit mati. Penggunaannya secara teratur dipercayai mampu menjadikan sel kulit wajah kelihatan lebih berseri, halus dan licin.
3. Buat wajah awet muda
Sel-sel mati akan membuat kulit anda nampak kusam dan kurang bermaya. Kesannya membuatkan wajah anda nampak lebih tua dari usia. Regenerasi sel kulit mati yang dibuat secara teratur amat penting dalam regim penjagaan kulit wajah agar ia kekal awet muda. Oleh itu, proses eksfoliasi secara rutin sememangnya diperlukan. Dengan rutin melakukan skrub muka ini ia akan mengangkat sel kulit mati dan menjadikan kulit muda dan sihat.
4. Kulit wajah lebih cerah
Melakukan skrub wajah secara rutin juga dapat menjadikan wajah anda lebih cerah, malah membantu memudarkan noda bekas jerawat.
5. Menyamarkan noda pada wajah
Jika anda memiliki kulit yang warnanya tidak sekata atau flek hitam yang disebabkan oleh luka jerawat atau pengaruh sinar ultra violet, anda juga boleh menyamarkannya dengan skrub muka. Dengan eksfoliasi, lapisan kulit yang bernoda tadi akan terangkat sedikit demi sedikit. Jika ia dilakukan secara rutin, tidak mustahil kulit wajah anda akan bebas noda.
Lelaki yang berambut panjang dilabelkan sebagai seseorang yang berjiwa klasik, sentimental dan sangat kreatif dalam hal-hal yang tertentu.
Selain dikatakan bijak menyusun karakter diri dan menyesuaikannya dengan orang ramai, golongan lelaki rambut panjang ini memiliki auranya yang tersendiri.
Misalnya apabila berjalan di khalayak umum, rambut panjang yang kemas dan beralun itu sesekali boleh membuatkan lelaki lain cemburu.
Jika anda ada menanam cita-cita mahu membela rambut panjang atau sedang memiliki rambut panjang, ini perkara yang perlu anda buat :
1. Basuh rambut setiap hari
Anda disarankan membasuh rambut setiap hari bagi mengelakkan rambut anda berminyak, berbau dan yang paling penting boleh menghasilkan kelemumur.
2. Elak gosok rambut basah dengan tuala
Sebaik sahaja anda membasahkan rambut, elak menggosok rambut basah dengan tuala kerana ia menyebabkan rambut mudah bercabang, mudah patah, tidak sihat dan kelihatan kering. Sebaiknya, biarkan rambut kering secara semulajadi dan lap dengan perlahan-lahan.
3. Elak ikat rambut terlalu ketat
Memakai topi yang ketat atau mengikat rambut dengan getah yang kuat akan menyebabkan masalah traction alopecia iaitu kehilangan rambut akibat tertarik akar rambut tanpa sedar ketika mengikat rambut. Untuk elak rambut tercabut, pakailah topi yang tidak terlalu ketat dan ikatlah rambut dengan getah yang lembut dan longgar.
4. Guna krim pelindung rambut
Pancaran matahari bukan saja boleh merosakkan kulit tetapi boleh merosakkan rambut jika anda terdedah di bawah panahan matahari terlalu lama. Sinar UVA dan UVB boleh merosakkan rambut dan melunturkan warna rambut anda dengan mudah. Oleh itu, bersedialah dengan krim rambut penghadang cahaya.
5. Pilih syampu dan perapi sesuai
Membasuh rambut tidak memadai jika anda tidak merawat rambut dengan keperluan vitamin. Ketika membasuh rambut, urut rambut anda dengan hujung jari dan bukannya gosok dengan kuku. Jangan lupa peranan perapi dan sebaiknya basuh perapi dengan air sejuk. Penggunaan air panas akan menyebabkan minyak perapi terpisah dari kulit kepala dan tidak dirawat dengan baik.
Anda pula yang berambut panjang bagaimana? Ada tips lain? Apa kata kongsikan bersama Maskulin.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Jika anda seorang pencinta pada alam semula jadi namun tidak boleh berpisah dengan kemeriahan kota raya yang sibuk, mungkin anda boleh mempertimbangkan wangian terbaharu dari Coach.
Coach baru sahaja melancarkan Coach Green di dalam koleksi wangian lelakinya untuk para jejaka yang mencari titik keseimbangan di antara dua alam yang berbeza itu.
Foto: Coach Green, wangian terbaharu dalam koleksi lelaki jenama Coach.
Diilhamkan daripada ketenangan kehijauan alam semula jadi di tengah tenaga dinamik bandar, Marie Salamagne selaku pembuat wangian ini berhasil menemukan keseimbangan di antara kemeriahanan semangat bandar dan kedamaian alam semula jadi.
Haruman Eau de Toilette dibuka dengan top note buah kiwi dan bergamot yang menyegarkan, diserlahkan dengan aroma rosemary dan geranium, sebelum ia kering dan mengeluarkan haruman semula jadi crystal moss dan kayu cedar yang maskulin.
Foto: Wangian Coach Green yang menggunakan haruman buah kiwi, rosemary dan crystal moss.Top note: Buah kiwiHeart note: Esen rosemary.Base note: Crystal moss.
Dalam pada itu, rekaan botolnya pula menampilkan rona hijau yang diilhamkan oleh warna yang wujud di alam semula jadi dan kraf kulit Coach.
Selain dilengkapi dengan penutup besi yang diilhamkan dari bentuk kunci putar yang sinonim dengan jenama itu, botol wangian turut menampilkan ukiran kereta kuda yang merupakan simbol pertama yang melambangkan Coach.
Foto: Pembungkusan Coach Green.
Kotak berwarna hijau ombre’ dengan logo Coach yang dicetak dengan warna silver pula melengkapkan pembungkusan wangian ini yang dilihat sepadan dengan botolnya.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.