Ada banyak sekali latihan untuk anda membentuk otot dada tanpa menggunakan sebarang alat, cara membentuk otot dada lelaki secara semulajadi ini adalah cukup mudah untuk dilakukan. Otot dada memang berperananpenting dalam membentuk penampilan lelaki supaya kelihatan macho.
Wide grip push-up
Trik pertama dapatkan dada bidang dengan gerakan push-up adalah melakukan gerakan wide grip push-up ini secara rutin di rumah atau di pejabat. Gerakan yang memfokuskan latihan pada keseluruhan otot dada ini bisa dilakukan dengan cara memosisikan badan seperti akan melakukan push-up biasa. Kemudian gerakkan telapak tangan ke arah tepi hingga lebih lebar dari bahu.
Ads
Clap push-up
Gerakan ini bukan sahaja boleh jadikan bikin dada nampak bidang, ia juga membantu menambah otot lengan. Untuk melakukan gerakan ini, mulai dengan posisi push-up seperti biasa, lalu saat tubuh pada posisi push lakukanlah up dengan tekanan kuat ke lantai, sehingga tangan terlepas dari lantai dan lakukan tepukan tangan sekalu lalu mendarat dengan posisi semula.
Ads
Spiderman push-up
Tidak hanya pada dada bidang, gerakan push-up ini jika dilakukan secara rutin mampu menjadikan otot perut terbentuk dengan rapi. Posisikan tubuh dalam struktur push-up seperti biasa. Setelah itu, saat posisi push tekuklah salah satu kaki ke samping sehingga lutut sejajar dengan paha ke atas. Lakukan gerakan ini secara rutin, dengan repetisi 30 untuk permulaan dan 100 untuk anda yang memang dah pro.
Ads
Knee to chest push-up
Jika dada ingin bidang tanpa perlu ke tempat gym, maka lakukanlah gerakan push-up ini secara rutin. Gerakan ini turut membantu pembentukan otot perut. Mula dengan gerakan push-up seperti biasa, lalu ketika posisi push tekuklah lutut hingga mendekati dada.
Single leg raised push-up
Terakhir adalah gerakan single leg raised push-up. Gerakan ini membantu anda membentuk dada dan otot di bahagian atas tubuh dengan baik tanpa perlu kamu latihan di tempat gym. Cara melakukan gerakan ini sangat mudah. Posisikan tubuh anda seperti akan melakukan push-up normal. Setelah itu, angkat satu kaki dan lakukan push-up dengan 1 kaki tetap dalam kondisi terangkat. Lakukan gerakan ini secara rutin setiap hari agar hasilnya padu.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Untuk mendapatkan lower abs dan adonis belt yang cantik persis model adalah idaman semua lelaki. Bayangkan dengan perut six pack, ia pasti kelihatan sempurna di mata anda bukan?
Kali ini Jordan Yeoh tunjukkan beberapa gerakan dan senaman untuk anda yang mengidamkan garisan lurus ini.
Okay, tidak perlu membuang masa. Jom ikuti video senaman miliki adonis belt yang dikongsikan Jordan Yeoh ini.
Duduk lurus dengan tapak tangan lurus terus ke lantai. Perlahan-lahan tangan dan kaki (sebelah kanan) dibengkokan untuk menanpung berat badan sementara kaki kiri diluruskan selari dengan pinggul ke hujung kaki. Kemudian angkat kaki kiri hingga tegak ke atas. Ulang sehingga 8 kali untuk setiap kaki kiri dan kanan.
#2: Dynamic Plank
Kedudukan sama seperti plank, Cuma bezanya angkat kaki kiri, temukan lutut ke pinggang dan bawa lutut anda ke dalam pinggang. Kemudian ulang langkah yang sama dengan menggunakan kaki kanan pula. Ulang sehingga 10 kali untuk setiap setiap kaki kiri dan kanan.
#3: Flutter Kicks
Duduk tegak dan angkat kaki ke atas (30 darjah) kemudian ambil kaki kanan dan naikkan kaki tersebuta dalam masa yang sama turunkan kaki kiri seperti gerakan ‘cincang’. Ulang sehingga 30 kali.
#4: Lateral Knee To Elbow
Mengiring dan tahan berat badan dengan lengan dan kaki. Angkat badan dan bawa lutut kiri bertemu dengan siku tangan kanan. Ulang sehingga 10 kali untuk setiap setiap kaki kiri dan kanan.
#5: Knee Tuck Twist
Duduk dengan angkat kaki anda (20 darjah) dan pusingkan pinggang ke kiri dan kanan anda. Lakukan lima kali pusingan untuk kiraan satu. Setelah itu bawa peha anda rapat ke dada dan kemudian Kembali ke posisi asal, ulang beberapa kali step tersebut. Ulang sehingga 5 kali (20 kali pusingan).
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Bagi seorang lelaki sejati di antara bahagian anggota badan yang sangat penting untuk tampak sasa ialah di bahagian tangan dan lengan. Ini termasuklah di kawasan bisep dan juga trisep.
Lihat sahajalah pelakon-pelakon aksi Hollywood popular yang rata-ratanya memiliki otot lengan yang cukup hebat. Mantap mata memandang namun untuk dapatkan lengan berotot seperti mereka bukanlah satu perkara yang senang. Tapi ia tidak bermakna ia mustahil untuk dilakukan.
Percayakah anda jika MASKULIN mengatakan anda mampu mendapatkan otot lengan yang hebat dalam masa sebulan?
Pertama sekali anda perlu ingat bahawa untuk membina otot lengan yang hebat dalam tempoh tersebut anda perlu pertimbangkan beberapa perkara penting seperti pemakanan, latihan dan juga gaya hidup.
Berikut beberapa tip pemakanan dan gaya hidup boleh membantu anda membina otot lengan yang hebat dalam tempoh hanya satu bulan sahaja.
1. Makanan seimbang
Pastikan anda mengambil makanan yang kaya dengan protein, karbohidrat kompleks dan lemak yang sihat. Protein sangat penting untuk membina otot, manakala karbohidrat kompleks menyediakan tenaga untuk latihan dan lemak sihat membantu dalam penyembuhan tisu otot.
2. Latihan beban
Latihan beban seperti push-up, pull-up, dan curl bicep sangat penting untuk membina otot lengan. Anda boleh mencuba latihan-latihan ini dengan berulang kali selama seminggu dan meningkatkan berat beban secara berperingkat-peringkat.
Anda perlu melatih otot lengan anda secara konsisten dan mengelakkan daripada mengambil cuti lebih dari dua hari. Ini kerana latihan yang konsisten dapat membantu mempercepatkan pembinaan otot.
4. Tidur mencukupi
Tidur yang mencukupi sangat penting dalam membina otot lengan. Pastikan anda mendapat sekurang-kurangnya 7 hingga 8 jam setiap malam untuk membantu dalam pemulihan otot.
5. Kurangkan pengambilan gula dan lemak
Hindari pengambilan makanan yang tinggi dengan gula dan lemak tidak sihat seperti makanan segera dan minuman ringan. Ini kerana pengambilan makanan ini dapat memperlambatkan proses pembinaan otot.
6. Tingkatkan aktiviti harian
Lakukan aktiviti harian seperti berjalan kaki atau berlari, kerana aktiviti ini dapat membantu meningkatkan pengeluaran hormon yang mempengaruhi pertumbuhan otot.
Selain itu, anda juga perlu biak mengatur jenis senaman yang sesuai. Jadi apakah bentuk senaman dan juga latihan yang mampu membantu lengan jadi mantap dalam tempoh sebulan?
Berikut merupakan tip senaman dari MASKULIN.
Curl bicep
Berdiri dengan kaki selebar bahu dan pegang barbel dengan telapak tangan menghadap ke atas. Angkat barbel ke bahu anda dengan mengencangkan otot bicep. Lakukan 3 set dengan 10-12 ulangan.
Tricep extension
Berdiri dengan kaki selebar bahu dan pegang barbel dengan telapak tangan menghadap ke bawah. Angkat barbel di atas kepala dan tekuk siku untuk menurunkannya ke belakang kepala anda. Kemudian kembali ke posisi semula. Lakukan 3 set dengan 10-12 ulangan.
Chin up
Gantungkan diri anda pada sebuah bar dan angkat badan anda hingga dagu melewati bar. Turunkan kembali badan anda ke posisi semula. Lakukan 3 set dengan 8-10 ulangan.
Dengan mengikuti tips ini dan berlatih dengan konsisten, anda dapat membina otot lengan yang hebat dalam satu bulan. Namun, ingatlah bahawa pembinaan otot adalah proses yang memerlukan kesabaran dan kesungguhan, jadi bersabarlah dan jangan putus asa!
Jangan lupa subscribe YouTube, TikTok dan Facebook MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.
Selamat mencuba!
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Tak mustahil orang gemuk boleh cepat kurus dalam masa sebulan jika anda ikuti panduan betul dalam misi menurunkan berat badan. Janji ada kesungguhan untuk anda berubah kepada fizikal yang lebih sihat dan mengagumkan.
Bukan lagi rahsia, 10 cara ini pasti boleh buat orang gemuk cepat kurus dalam masa sebulan. Apa agi, jom mulakan hari ini!
1. Minum air secukupnya
Anda mungkin biasa mendengar nasihat ini. Minum 8 gelas air sebagaimana yang disyorkan oleh pakar pemakanan sebenarnya membantu tubuh anda untuk berfungsi pada tahap yang optimum.
2. Jangan lupa ambil suplemen kalsium
Kajian menunjukkan kekurangan kalsium di dalam tubuh boleh mencetuskan hormon yang menyebabkan badan anda berpaut dengan lemak yang sebenarnya boleh dibakar. Anda juga boleh mendapatkan kalsium daripada susu rendah lemak, keju, dadih, ikan salmon, taufu dan oatmeal.
3. Makan snek di antara waktu makan
Masukkan snek di antara waktu makan dapat membantu. Sekiranya perut anda sudah mula memulas dan berbunyi, ini bermakna perut anda memerlukan ‘minyak’. Jika anda tidak makan, fungsi tubuh akan menurun dan anda mungkin akan mengambil makanan berlebihan pada waktu makan seterusnya.
Oleh itu pilihlah jenis snek yang mempunyai kandungan fiber dan protien yang tinggi seperti buah-buahan kering, biskut berfiber tinggi, yogurt dan kekacang. Anda disarankan mengambil sekurang-kurangnya tiga makanan utama (sarapan, makan tengah hari, makan malam) dan dua hingga tiga snek sehari.
4. Tidur yang cukup
Tidur sekurang-kurang 7 atau 8 jam setiap malam penting untuk mengekalkan metabolisme yang sihat. Kekurangan tidur boleh mengganggu kebolehan tubuh untuk membakar kalori.
Tidur yang lebih juga tidak baik dan mempunyai kesan yang sama! Pastikan anda cuba mengekalkan rutin tidur yang konsisten di mana waktu tidur dan bangun pada masa yang lebih kurang sama setiap hari.
5. Jangan stres
Stres meningkatkan jumlah kortisol di dalam tubuh. Kortisol merupakan hormon yang memberitahu tubuh untuk menyimpan lemak sebagai persediaan sekiranya di dalam situasi yang bertekanan tinggi.
Melakukan senaman seperti yoga atau bermeditasi adalah contoh yang terbaik untuk membantu anda mengurangkan tekanan yang dihadapi.
6. Dapatkan cahaya matahari yang cukup
Kajian menunjukkan bahawa menghabiskan masa yang lama di dalam persekitaran yang tertutup dan gelap mempunyai kesan fisiologi yang sama seperti apabila anda tidur atau menambahkan berat badan. Waktu terbaik untuk berada di luar adalah di antara jam 11 pagi dan 3 petang.
Berehatlah sebentar dari tugas-tugas pejabat atau keluarlah dari rumah dan berjalan di luar. Selain mendapatkan sedikit cahaya matahari, ia juga akan menaikkan kadar jantung anda dan anda dapat menghirup udara yang segar.
7. Buat senaman menggunakan pemberat
Lakukan senaman menggunakan pemberat. Satu paun otot akan membakar 35 hingga 50 kalori, manakala satu paun lemak membakar hanya 5 hingga 10 kalori. Meningkatkan otot di dalam tubuh dapat menaikkan kadar metabolisme asas (basal metabolic rate atau BMR) anda sehingga 40%.
Anda tidak perlulah menjadi pengangkat berat seperti atlet bina badan. Menggunakan pemberat yang rendah dan melakukan bilangan ulangan yang tinggi juga terbukti dapat membina otot dan membakar lemak.
Interval training atau latihan berkala adalah cara yang baik untuk mendapatkan kesan senaman yang maksimum sekiranya anda sibuk dan sukar mencari masa yang panjang untuk bersenam.
8. Vitamin C tingkatkan metabolisme
Suplemen vitamin C juga penting. Vitamin C dan kalsium adalah rakan yang baik dalam meningkatkan metabolisme. Kalsium dapat mempercepatkan metabolisme manakala vitamin C membantu tubuh dalam penyerapan mineral tersebut.
9. Ambil makanan pedas
Sekiranya anda suka mengambil makanan yang pedas dan bercili, ini berita baik untuk anda. Kandungan capsaicin yang terkandung di dalam cili mampu membakar kalori sehingga 30 minit selepas anda memakannya.
10. Minum teh hijau atau teh oolong
Gantikan secawan kopi atau teh tarik yang kedua dengan teh hijau atau teh oolong. Teh hijau atau teh oolong mengandungi polifenol yang dapat meningkatkan kadar metabolisme dalam tubuh badan. Anda perlu minum 4 atau 5 cawan sehari untuk melihat kesannya.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Kemsite memperkenalkan konsep “Outdoor Inside” di The Gardens Mall, membawa gaya hidup outdoor ke ruang urban dengan jenama premium dan pengalaman eksklusif yang menggabungkan alam, rekaan dan keselesaan moden.