5 Sebab ‘Anak Sulung’ Merupakan LelakiTerbaik

Pemimpin Tegas

Anak pertama adalah anak yang terdidik sebagai seorang pemimpin, sedar atau tidak di dalam kehidupannya anak pertama merupakan contoh untuk adik-adiknya. Jiwa kepemimpinan anak pertama muncul kerana terbiasa dengan tanggungjawab, seperti misalnya saat anak pertama diminta oleh orang tua untuk menjaga dan mengawasi adik-adiknya.

Biasanya anak pertama di dalam sebuah keluarga akan tampak menonjol jiwa kepemimpinannya secara otomatis akan ada pada dirinya. Berpotensi besar untuk menjadi pemimpin yang hebat apatah jika menjadi suami, mereka akan dilihat tegas dalam membuat keputusan, namun ketegasannya masih ada kelembutan dan rasional.

5 Sebab ‘Anak Sulung’ Merupakan LelakiTerbaik

Suami Yang Penyayang

Jika kita perhatikan jarang anak pertama yang bersifat nakal. Biasanya inilah yang terjadi, anak pertama adalah anak yang mempunyai perilaku lebih sopan dan perhatian jika dibandingkan dengan adik-adiknya. Mereka lebih banyak interaksi kepada kedua orang tua sebelum mengambil tindakan. Baginya, setiap apa yang akan ia perbuat nantinya akan di contoh oleh adik-adiknya.

Di tambah lagi, anak pertama selalu menjadi orang untuk disalahkan atas kenakalan adiknya. Maka sebagai seorang suami, mereka akan lebih memahami pasangan juga anak-anak apabila berkeluarga. Jadi hargai suami anda jika mereka adalah anak sulung dalam keluarganya.

Ads

Prihatin 

Sifat prihatian yang tinggi menjadikan anak pertama lebih mudah untuk memahami perasaan orang lain. Nah, apabila kamu ingin mendapatkan perhatian lebih carilah pasangan seorang anak pertama. Anak pertama akan mudah mengerti kamu atas sikapnya ini. Romantik itu tidak janji, ada masa mereka romantik ada masa mereka adalah lelaki yang paling malas buat kejutan.

Bertanggungjawab Dan Mudah Stres

Anak pertama adalah anak yang dilahirkan menjadi orang yang bertanggung jawab, bahkan sifat tanggung jawab itu bukanlah hanya untuk dirinya sendiri, tetapi juga untuk adik-adiknya.

Orang tua yang baik adalah orang tua yang memberikan pelajaran pada anak pertama sifat tanggung jawab, terkadang tanggungjawab yang dimiliki anak pertama menjadikan ia ingin melakukan setiap tugasnya dengan sempurna, sehingga diri sendiri yang tertekan.

Apapun sebagai suami, mereka adalah lelaki paling bertanggungjawab pada pasangan, anak-anak  juga keluarga. bertuah siapa dapat berkahwin dengan anak sulung ni.

Ads

5 Sebab ‘Anak Sulung’ Merupakan LelakiTerbaik

Suami Yang Kreatif Dan Ego

Anak pertama terbiasa dengan berbagai permasalahan yang ia hadapi sejak kecil. Jika diperhatikan secara seorang abang akan kelihatan lebih menonjol berbanding adik beradik yang lain, begitupun jika di dalam lingkungan sosial secara umum, seseorang yang sebagai anak pertama akan terlihat memiliki kreativiti yang tinggi untuk memperlihatkan dirinya menyerlah dan tahu untuk menyerlahkan orang lain.

Ads

Walaupun kreatif, mereka juga sangat ego kerana sifat dominan dalam diri mereka menjadikan mereka sahaja yang betul. Jadi berhati-hati bila menyuarakan pendapat kepada mereka.

 

 

 

Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.

KLIK DI SEENI