Pola pemakanan yang tidak betul adalah punca utama berlakunya pertambahan ukur lilit perut. Kurang melakukan aktiviti yang mengeluarkan peluh dan pengambilan makanan melebihi jumlah yang diperlukan akan lebihan kalori disimpan sebagai lemak dalam sel-sel lemak. Lemak yang bertimbun-timbun di seluruh tubuh termasuk perut akan meningkat seiring pertambahan berat badan dan gaya hidup tidak sihat. Kalori berlebihan ini banyak terdapat dalam makanan kurang serat atau pun tinggi lemak tepu. Makanan diproses seperti daging, beberapa jenis marjerin, makanan bergoreng terutama yang menggunakan minyak goreng yang digunakan berulangkali, beberapa jenis kuih dan daging merah adalah antara sumber penyumbang utama.
Usia
Secara semulajadi, aktiviti seseorang akan berkurangan seiring dengan pertambahan usianya. Bahkan jisim otot akan turut berkurangan disebabkan aktiviti yang semakin berkurangan. Ini menjurus kepada penambahan berat badan dan ukur lilit perut. Sekiranya aktiviti yang berkurangan tersebut tidak diimbangi dengan pengurangan pengambilan kalori, akibatnya semakin meningkat usia, perut akan semakin membuncit.
Keturunan
Ada sesetengah pendapat mengatakan sekiranya ibu bapa mempunyai ukur lilit perut yang besar, maka anak juga berpotensi memiliki perut yang besar. Kebanyakan lelaki cenderung menyimpan lemak di perut atas menyebabkan mereka berpotensi mempunyai perut buncit.
Sebahagian besar wanita sebelum menopaus cenderung menyimpan lemak di bawah perut, sisi peha dan pinggul. Selepas menopaus, lemak lebih banyak tersimpan di perut sebelah atas.
Alkohol
Kajian membuktikan pengambilan alkohol berlebihan boleh menyebabkan tubuh kurang efisien dalam membakar lemak. Lemak semakin banyak dalam tubuh seiringan dengan kebiasaan pengambilan alkohol.
Hormon
Peningkatan stres dalam kehidupan seharian seperti kurang tidur juga boleh menyebabkan lemak perut bertambah. Tabiat kurang tidur akan meningkatkan produksi hormon kortisol dalam otak dan sekaligus meningkatkan penimbunan lemak perut.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Penyakit kencing manis atau diabetes adalah keadaan terdapatnya paras gula berlebihan dalam peredaran darah. Keadaan ini berlaku kerana badan kekurangan insulin yang diperlukan bagi menukar gula kepada tenaga. Untuk tips lelaki sihat kali ini, saya kongsikan secara ringkas tips untuk cegah dan kawal kencing manis.
Mereka yang menghidap kencing manis mempunyai masalah penglihatan yang kabur dan berisiko untuk hilang penglihatan.
Paras gula dalam darah meningkat kerana kekurangan insulin.
Kencing manis manis meningkatkan risiko seseorang untuk terkena serangan jantung.
Risiko buah pinggang rosak atau gagal berfungsi.
Kerosakan saraf akibat kencing manis berlaku kerana paras gula yang tidak dikawal dan juga kerana saluran darah halus yang rosak menyebabkan saraf tidak mendapat bekalan oksigen dan nutrien yang secukupnya. Bagi lelaki, anda berisiko mati pucuk akibat kencing manis disebabkan masalah ini.
Langkah pencegahan adalah tindakan yang bijak untuk anda lakukan agar tidak menghidap kencing manis. Berikut 3 tips cegah kencing manis:
Bersenam membantu mengekalkan paras gula dalam darah normal, mengawal berat badan, mengurus tekanan dan membantu tidur yang lena.
Amalkan pemakanan yang sihat, indeks glisemik yang rendah, kurangkan makanan manis dan kurangkan pengambilan karbohidrat.
Kawal berat badan dan pastikan anda mempunyai BMI yang ideal.
Jika anda disahkan sebagai pesakit kencing manis, 6 tips berikut boleh dijadikan panduan:
Jangan abaikan pengambilan ubat yang dibekalkan oleh pegawai perubatan.
Urus stress anda. Bercakaplah dengan seseorang untuk membantu anda menguruskan stress.
Merokok menyebabkan peredaran darah anda semakn teruk.
Jika ada masalah pada gigi, segera berjumpa dengan doktor. Buat pemeriksaan secara berkala.
Paras glukosa dalam darah dapat diuji sendiri di rumah dengan menggunakan meter glukosa darah yang mudah.
Periksa kaki anda setiap hari kerana mungkin terdapat luka yang anda tidak perasan. Pesakit kencing manis mungkin tidak merasai sebarang luka ataupun ulser disebabkan kekurangan deria di kawasan tersebut.
Makanan pesakit kencing manis perlu dirancang terlebih dahulu. Tidak perlu membeli makanan khusus pesakit kencing manis jika anda tidak mampu. Pemakanan yang sihat adalah kunci diet pesakit kencing manis. Rujuk pegawai kesihatan untuk panduan.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Ulser mulut sering dianggap masalah biasa sekadar luka kecil yang akan hilang sendiri.
Namun bagi yang pernah mengalaminya, tahu betapa perit dan tidak selesanya rasa apabila mahu makan, bercakap, atau memberus gigi.
Ramai mungkin tahu ulser berpunca daripada tergigit atau kekurangan vitamin, tetapi ada satu punca yang ramai tak sangka sebenarnya sangat biasa berlaku.
Ini adalah punca paling lazim. Ulser boleh berlaku apabila anda tergigit lidah atau pipi secara tidak sengaja.
Selain itu, penggunaan pendakap gigi, gigi palsu yang tidak sesuai, atau memberus gigi terlalu kuat juga boleh melukakan tisu mulut dan menyebabkan ulser.
Luka ini biasanya kecil, tetapi sangat pedih terutamanya apabila terkena makanan masam atau pedas.
Ramai orang tak tahu bahawa tekanan mental dan emosi boleh memberi kesan kepada kesihatan mulut.
Stres sebenarnya boleh melemahkan sistem imun tubuh, menjadikan badan lebih mudah ‘menyerah’ kepada keradangan kecil seperti ulser mulut.
Mereka yang sedang menghadapi tekanan kerja, masalah peribadi, atau keletihan melampau berisiko lebih tinggi mendapat ulser walaupun tiada kecederaan fizikal.
Ini membuktikan kesihatan mental dan fizikal saling berkait rapat.
Ulser mulut juga sering dikaitkan dengan kekurangan vitamin dan mineral, terutamanya zat besi, vitamin B12, dan asid folik.
Nutrien ini penting untuk mengekalkan kesihatan sel dan tisu mulut.
Individu yang mengamalkan diet tidak seimbang, berdiet ketat atau kurang makan sayur dan buah mudah mengalami kekurangan ini tanpa disedari.
Sesetengah makanan seperti coklat, kacang, kopi, tomato, makanan pedas dan berasid boleh mencetuskan ulser mulut pada individu yang sensitif.
Malah, bahan dalam ubat gigi seperti Sodium Lauryl Sulfate (SLS) juga boleh menyebabkan iritasi pada tisu mulut bagi sesetengah orang.
Memilih ubat gigi tanpa SLS mungkin membantu mengurangkan risiko ulser berulang.
Ulser mulut yang kerap berlaku atau lambat sembuh boleh menjadi petanda awal kepada penyakit kronik seperti penyakit Crohn, lupus, atau masalah autoimun lain.
Dalam kes ini, ulser bukan sekadar luka biasa, tetapi gejala yang berkait dengan sistem imun tubuh.
Ulser mulut mungkin nampak remeh, tapi ia boleh jadi isyarat awal kepada sesuatu yang lebih besar.
Jika anda kerap mengalaminya, cuba lihat semula gaya hidup anda adakah anda terlalu stres, makan tidak menentu, atau kurang tidur?
Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk video gaya dan fesyen menarik seperti di bawah!
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Dalam kehidupan seorang lelaki, tanggungjawab bukan sekadar mencari rezeki untuk diri sendiri dan keluarga, tetapi juga memastikan harta yang diperoleh bersih dan diberkati.
Salah satu cara menyucikan harta adalah dengan menunaikan zakat.
Namun, masih ramai yang mengambil ringan kewajipan ini tanpa sedar bahawa zakat adalah kunci keberkatan dalam kehidupan.
Zakat merupakan ibadah wajib yang menjadi salah satu daripada lima rukun Islam.
Ia adalah sebahagian harta yang perlu dikeluarkan untuk diberikan kepada golongan yang layak menerima seperti fakir miskin, anak yatim dan asnaf.
Allah SWT memerintahkan setiap Muslim yang mampu untuk menunaikan zakat sebagai tanda syukur atas rezeki yang dikurniakan.
Firman Allah SWT dalam Surah Al-Baqarah, ayat 267: “Wahai orang-orang yang beriman! Belanjakanlah (pada jalan Allah) sebahagian daripada hasil usaha kamu yang baik-baik…”
Islam meletakkan lelaki sebagai pemimpin keluarga. Bukan hanya bertanggungjawab mencari nafkah, tetapi juga memastikan kewajipan zakat ditunaikan.
Jika seseorang lelaki mampu menanggung keluarga, maka dia juga bertanggungjawab menunaikan zakat bagi dirinya dan memastikan ahli keluarganya turut melaksanakannya.
Ramai yang takut harta akan berkurang jika menunaikan zakat, sedangkan janji Allah jelas bahawa zakat akan menambah keberkatan dan rezeki.
Harta yang tidak dizakatkan boleh menjadi punca rezeki terasa sempit, manakala harta yang disucikan melalui zakat akan membawa kebahagiaan dalam kehidupan.
Mohamed Salah menggemparkan dunia bola sepak terutamanya di kalangan penyokong Liverpool selepas mengumumkan musim ini sebagai musim terkahirnya bersama pasukan tersebut.