Ramai suami tertanya-tanya bagaimanakah kesetiaan itu boleh diukur pada pandangan mata seorang isteri yang lembut, baik serta penyayang.
Meskipun soal setia adalah terlalu subjektif untuk dibicarakan namun kebanyakan isteri bersetuju suami mereka yang tidur awal adalah seseorang yang setia kerana :
1. Tak main media sosial
Suami yang tidur awal biasanya tak ada masa nak main media sosial seperti Facebook, Instagram mahu pun Tik Tok. Cukup sekadar melayan isteri dan anak sehingga sampai tertidur bersama-sama.
2. Tak lepak lewat malam
Isteri tak kisah pun suami nak melepak dengan kawan-kawan tetapi pastikan sebelum pukul 11 sudah ada di rumah. Tidaklah isteri rasa keseorangan. Lagi pun apa fungsi lelaki berkahwin? Bukankah untuk menemani isteri yang tercinta setiap detik?
3. Hilangkan rasa rindu isteri
Tahukah anda bahawa isteri ini jenis cepat rindu dekat suami dia? Jadi apabila anda sudah berada di sisinya, itu sudah cukup untuk menenangkan hatinya yang sering bergelora menahan rindu dari siang menunggu malam.
4. Dapat nikmati pelukan
Pelukan dari seorang suami mampu menormalkan hormon isteri yang tidak stabil. Dalam erti kata lain jika isteri sedang stress, jiwanya boleh tenang dan sembuh hanya dengan kuasa pelukan seorang lelaki.
5. Isteri rasa selesa
Benda boleh bersama isteri, buat apa berjauhan lepas kahwin? Inilah ungkapan yang perlu suami pegang setiap masa. Kotakan janji yang telah dibuat kerana kesetiaan seorang suami mampu membuatkan isteri rasa sangat selesa.
Isteri ini sifatnya cukup mudah. Jika suami pandai menjaga hati dan jiwanya, bukan sahaja kehidupan jadi lebih sempurna malah rezeki juga akan bertambah.
Semoga bermanfaat!
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
KLIK DI SEENI