Senyuman mampu menukar mood seseorang yang tengah bersedih menjadi gembira selain mewujudkan suasana yang sangat positif.

Sehubungan itu, kajian kesihatan juga menggalakkan orang ramai untuk sentiasa senyum demi menikmati kehidupan yang lebih baik.

Dalam masa sama, anda yang mudah atau suka tersenyum berpelung menikmati manfaat-manfaat seperti berikut :

1. Senyuman itu adalah sedekah yang paling mudah

Prinsip sedekah adalah anda akan dapat lebih dari apa yang anda beri. Apabila anda membuatkan orang lain gembira, sebenarnya anda sedang menggembirakan diri anda. Anda tidak perlu keluarkan RM100 untuk sedekahkan senyuman, sebarkan ia kepada semua orang.

2. Senyuman membuatkan anda gembira dan sentiasa berlapang dada

Urusan yang susah menjadi mudah dan yang sempit menjadi lapang. Kerap tersenyum akan membuatkan anda ceria. Biarpun anda sedang sibuk, sedih atau apa saja, jangan tunjukkan ia kpd orang lain (luahkan secara personal kepada orang yang ahlinya sahaja), kekalkan senyuman. Insya Allah anda akan dapati anda akan menjadi lebih gembira.

3. Senyuman membuatkan anda disenangi dan dikasihi

Semua orang menyukai orang yang selalu tersenyum. Orang yang selalu tersenyum akan selalu dirindui dan dicari-cari kerana ia selalu memberi energi yang positif dan membuatkan orang lain berasa senang untuk sentiasa berkawan dengannya.

4. Senyuman itu awet muda

Apabila anda selalu tersenyum akan membuatkan wajah anda selalu ‘bersenam’ dan membuatkan kulit lebih tegang. Senyuman anda itu juga akan membuatkan tubuh anda lebih sihat kerana anda selalu ceria dan positif. Mengikut kajian orang yang selalu stress mudah untuk mendapat penyakit, begitulah sebaliknya, orang yang sentiasa ceria akan menjadi lebih sihat.

5. Senyuman mengalahkan musuh

Nabi SAW telah mengajar kita untuk membalas keburukan dengan kebaikan. Insya Allah anda akan dapati musuh anda akan berasa malu untuk meneruskan niat jahatnya, bahkan mungkin dia akan menjadi rakan anda, kerana sikap anda yang mulia. Biar apa pun yakinlah, kebaikan itu pasti akan dibalas walau sekecil zarah, dan keburukan itu juga pasti akan dibalas walau sekecil zarah. Allah itu Maha Adil dan lebih sempurna perancanganNya.

Semoga bermanfaat!

Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.

KLIK DI SEENI