Terdapat beberapa selebriti terkenal yang meninggal dunia, ketika mereka masih menjalani penggambaran atau sebelum sesebuah projek filem atau program itu sempat dihasilkan sepenuhnya. Ini termasuk yang terbunuh semasa berada di lokasi penggambaran. Pemergian secara mengejut figura awam yang menghiasi kaca televisyen dan layar perak ini pastinya akan dikenang sampai bila-bila. Jom kita lihat senarai tersebut.
Marilyn Monroe
Umur: 36 tahun (1926-1962)
Tempat lahir: Los Angeles, California, Amerika Syarikat
Filem: Some Like It Hot, The Seven Year Itch, Gentlemen Prefer Blondes, How to Marry a Millionaire
Aktres berambut perang yang merupakan ikon Hollywood abad ke-20 ini ditemui mati di rumahnya di Los Angeles pada 5 Ogos 1962. Ketika itu, beliau sedang menjalani penggambaran filem komedi berjudul “Something’s Got to Give”. Monroe dijumpai mati di rumahnya di Brentwood, CA. Beliau ditemui terbaring di atas katilnya, dalam keadaan tanpa seurat benang dan memegang telefon. Terdapat beberapa botol pil kosong dibuang di sekitar kawasan biliknya itu. Selepas siasatan dijalankan, pihak polis menyimpulkan kematian Monroe adalah kerana pengambilan ubat penenang “barbiturates” secara berlebihan. Beliau berkemungkinan memang berniat untuk membunuh diri. Filem terakhirnya itu dilanda masalah sejak awal penggambaran lagi. Pada mulanya, Monroe dipecat dan akhirnya dimasukkan semula. Ini kerana pelakon Dean Martin enggan bekerja dengan mana-mana pelakon lain selain Monroe.
Penggambaran filem ini tidak sempat selesai, kerana pemergian mengejut Monroe. Pada tahun 2001, sebahagian filem ini dapat ditonton menerusi sebuah dokumentari berjudul “Marilyn: The Final Days”.
Paul Walker
Umur: 40 tahun (1973-2013)
Tempat lahir: Glendale, California, Amerika Syarikat
Filem: Fast and the Furious, Furious 7, Fast & Furious 6, 2 Fast 2 Furious
Ads
Pada 30 November 2013, bintang “Fast & Furious”, Paul Walker meninggal dunia dalam sebuah nahas jalan raya. Beliau ketika itu bersama bekas rakan pelumbanya, Roger Rodas. Mereka dalam perjalanan pulang dari menjayakan sebuah acara amal “Reach Out Worldwide” di Santa Clarita, California yang bertujuan membantu mangsa Taufan Haiyan di Filipina. Kereta jenis Porsche yang dipandu Rodas itu tiba-tiba hilang kawalan dan merempuh sebuah pokok. Kereta itu dijilat api dan kedua-dua mereka disahkan mati di tempat kejadian. Filem “Fast & Furious 7” yang masih menjalani penggambaran terpaksa dihentikan buat seketika oleh Universal Pictures. Akhirnya, mereka meneruskan projek itu dengan kombinasi penggunaan kesan khas dan “stunt doubles”.
Pada masa itu, Walker telah menamatkan penggambaran filem bergenre sains fiksyen dan jenayah, “Brick Mansions” yang telah ditayangkan pada tahun 2014. Fast & Furious 7 pula menemui penonton pada 3 April 2015, dengan pulangan “box office”. Pada Mac 2015, bintang Fast & Furious 7, Vin Diesel telah menamakan anak perempuannya “Pauline”, sebagai tanda memperingati mendiang.
Heath Ledger
Umur: 29 tahun (1979-2008)
Tempat lahir: Perth, Australia
Filem: 10 Things I Hate About You, A Knight’s Tale, Brokeback Mountain, The Dark Knight
Ads
Pada 22 Januari 2008, Ledger ditemui dalam keadaan tidak sedar di atas katil oleh pembantu rumah dan tukang urutnya di apartmen beliau tinggal di Manhattan. Ketika itu, beliau baru sahaja tamat penggambaran filem “The Dark Knight” arahan Christopher Nolan dan sedang menjayakan filem “The Imaginarium of Dr. Parnassus” arahan Terry Gilliam. Gilliam membawa barisan teman rapat Ledger, seperti Johnny Depp, Jude Law dan Colin Farrell untuk mengambil alih watak Ledger, menerusi baki adegan yang tidak sempat dirakamkan mendiang. Pada November 2007, Ledger memberitahu The New York Times bahawa beliau sedang mengambil Ambien, sejenis ubat preskripsi untuk merawat gejala insomnia yang dialaminya, bagi jangka masa pendek.
Cory Monteith
Umur: 31 tahun (1982-2013)
Tempat lahir: Calgary, Kanada
Drama/filem: Glee, Monte Carlo, Final Destination 3, Sisters & Brothers
Bintang drama bersiri komedi muzikal, “Glee” ini ditemui mati di dalam bilik hotel Vancouver di Kanada pada 13 Julai 2013. Ketika itu, beliau sedang dalam tempoh berehat bagi penggambaran antara musim ke-4 dan ke-5 rancangan popular itu. Menurut pihak berkuasa, pelakon itu meninggal akibat kombinasi heroin dan alkohol yang sangat berbahaya. Namun, mereka menolak kemungkinan terdapatnya sebarang unsur khianat. Pada Mac 2013, Monteith kembali ke pusat pemulihan kerana penyalahgunaan bahan terlarang. Penerbit Glee menukar jadual beliau supaya membolehkannya mendapatkan rawatan. Pada April 2013, Monteith nekad meninggalkan “Glee”. Namun, beeliau dilaporkan kembali bersemangat. Monteith mengemaskini status di Twitternya: “Buat semua yang saya cintai, ucapan terima kasih atas sokongan yang berterusan. Ia sangat bermakna kepada saya”.
Ads
Pada 6 Julai 2013, beliau mendaftar masuk di sebuah hotel di Vancouver, Kanada. Monteith keluar bersama rakan-rakannya pada malam 12 Julai. Beliau kemudiannya dilaporkan kembali ke hotel tersebut berseorangan. Namun, Monteith gagal untuk mendaftar keluar pada keesokan paginya. Pemeriksaan di bilik beliau pada tengah hari mendedahkan bahawa bintang itu telah meninggal dunia. Menurut laporan Perkhidmatan Koroner Columbia British, analisis autopsi dan toksikologi mendedahkan pemergian Monteith adalah akibat overdos heroin dan alkohol. Beliau menyamakan situasi itu dengan watak “The Joker” dalam filem “Batman The Dark Knight”. Menurut beliau, watak itu digambarkan sebagai “psikopatik, pembunuhan secara beramai-ramai dan badut skizofrenia tanpa perasaan empati”. Menurutnya lagi, purata waktu tidur beliau hanyalah 2 jam setiap malam. Kematian bintang muda itu dipercayai berpunca daripada overdos pil tidur dan pelbagai ubat preskripsi lain yang dijumpai semasa proses bedah siasat.
Steve Irwin
Umur: 44 tahun (1962-2006)
Tempat lahir: Essendon, Australia
Siri televisyen/dokumentari: The Crocodile Hunter: Collision Course, The Crocodile Hunter Diaries, Ocean’s Deadliest, The Crocodile Hunter
Pakar hidupan liar dan pencinta haiwan kesayangan ramai, Steve Irwin atau lebih dikenali sebagai “The Crocodile Hunter”, terbunuh akibat disengat oleh seekor ikan pari sewaktu penggambaran sebuah dokumentari berjudul “Ocean’s Deadliest”. Kejadian malang itu berlaku pada 4 September 2006, dimana Irwin sedang terlibat dalam program berkenaan di luar pantai Port Douglas di Queensland, Australia. Ketika Irwin sedang bersnorkel, dadanya tertusuk duri ikan pari gergasi sebelum terkena pada jantungnya. Sejurus selepas itu, Irwin meninggal dunia dalam tempoh kurang 10 minit akibat serangan jantung.
Terkejut dengan berita itu, peminat Irwin berkabung dan memberi penghormatan terakhir di Zoo Australia, yang diuruskan oleh mendiang dan isterinya. Sehingga hari ini, Steve Irwin terus dikenang atas sumbangannya yang tidak terkira dalam bidang pendidikan dan pemuliharaan hidupan liar. Antaranya beliau telah membuka sebuah organisasi untuk menyelamatkan dan melindungi buaya. Selain itu, beliau juga menyokong pelbagai lagi kerja amal melibatkan haiwan. 15 November telah ditetapkan sebagai “Steve Irwin Day”, suatu pengiktirafan dunia terhadap mendiang.
sumber: iluminasi.com
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Jika anda aktif menggunakan laman media sosial dalam tempoh seminggu kebelakangan ini pastinya tidak akan dapat mengelak terbaca atau melihat poster tentang drama bersiri thriller Korea yang ditayangkan di Netflix berjudul, ‘Squid Game’.
Drama bersiri tersebut yang ditayangkan di Netflix kini menjadi di antara bahan tontonan paling diperkatakan bukan sahja di negara kita malah di peringkat global.
Sarat dengan aksi serta jalan cerit yang penuh drama menjadikan ‘Squid Game’ sebagai antara drama bersiri paling diperkatakan sepanjang tahun 2021. Drama thriller sebanyak sembilan episod tersebut mengisahkan sekumpulan manusia yang sanggup menggadaikan nyawa bermain permainan survival misteri demi memenangi wang tunai yang sangat lumayan.
Ia menjadi lebih menarik kerana drama ini mengetegahkan sisi moral manusia serta kesanggupan melakukana apa sahaja untuk keluar dari belenggu kemiskinan dan juga masalah kewangan.
Sudahkah anda menonton drama sensasi ini? Ikuti fakta trivia menarik di sebalik ‘Squid Game’.
GENRE PELBAGAI
‘Squid Game’ bukanlah siri yang menyentuh tentang permainan survival semata. Malah pengarahnya, Hwang Dong Hyuk tidak lupa untuk menampilkan pelbagai genre bagi memberikan kepuasan kepada penonton. Antara genre yang turut ditonjolkan ialah edgy thriller, seram dan juga koemdi ‘gelap’.
JUDUL ASAL
Pada asalnya drama bersiri ‘Squid Game’ diberi judul berbeza. Pada September 2019, Netflix mengumumkan mereka bakal mengeluarkan siri Korea terbaru berjudul ‘Round Six’ yang ditulis dan diarahkan oleh Hwang Dong Hyuk.
PERMAINAN KANAK-KANAK
Walaupun ia sarat dengan aksi kejam dan penuh berdarah, ‘Squid Game’ menampilkan permainan tradisi atau popular kanak-kanak di Korea seperti ‘Mugunghwa has bloomed’ atau lebih kita kenali sebagai ‘Pukul Berapa Datuk Harimau’.
INSPIRASI MANHWA
Hwang Dong Hyuk turut menyatakan bahawa jalan cerita ‘Squid Game’ banyak diinpirasikan dari mnahwa (komik Korea) yang telah beliau baca.
WARNA UNIFORM
Apa yang paling meonjol di dalam drama ini ialah warna uniform yang cukup berwarna-warni dan berbeza. Penggunaan warna adalah bertujuan sebagai simbolik memadamkan personaliti dan individualiti seseorang ketika dalam permainan.
PERNAH TERTANGGUH
Penggambaran ‘Squid Game’ terpaksa dihentikan pada Ogos 2020 disebabkan penularan wabak Covid-19 di Korea Selatan. Namun kemudian disambung semula pada September 2020.
SET SEBENAR
Di natara yang paling mengagumkan tentang ‘Squid Game’ ialah binaan set penggambarannya yang luar biasa besar dan kompleks. Ia dibina sendiri dengan saiz yang sangat besar seperti yang kita tonton menerusi trailer-nya. Pengarahnya, Hawang Dong Hyuk menjelaskan dia mahu menggunakan kesan CGI paling minima.
JUMLAH PELAKON
Seramai 456 orang pelakon utama dan tambahan telah mengambil bahagian di dalam penggambaran drama bersiri ini.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Banyak kita dengar aais boleh mendatangkan banyak kesan negatif kepada tubuh badan seperti melemahkan penghadaman yang membawa kepada masalah perut buncit, menjadikan tubuh mudah letih dan sebagainya. Tetapi itu terjadi apabila anda sering mengamalkan minum air sejuk atau mengunyah ais batu. Namun, tahukah anda, jika sering mengamalkan mandi air sejuk atau mandi ais, ia merupakan satu terapi dan mempunyai banyak kebaikan.
Malah, mandi ais juga telah menjadi salah satu teknologi dalam rawatan untuk merawat penyakit, kecantikan dan juga menenangkan minda.
Mandi air sejuk dikatakan dapat menjadi penawar untuk demam dan jangkitan kuman pada badan. Menurut satu kajian, kadar metabolisme yang tinggi hasil daripada mandi air sejuk adalah disebabkan badan kita cuba memanaskan badan secara sendiri dan mengaktifkan sistem imunisasi, sekali gus menghasilkan lebih banyak sel darah putih.
Selain itu, mandi ais juga dapat meningkatkan tenaga kerana jantung akan mengepam darah dengan lebih aktif seterusnya darah dapat mengalir dengan lancar ke seluruh badan.
Bukan itu sahaja, mandi ais juga dapat membantu untuk menjadi lebih kurus apabila ia merupakan cara terbaik untuk membakar lemak. Ini kerana kalori yang dibakar melalui haba kebanyakannya datang daripada lemak.
Apabila badan terdedah dengan suhu sejuk, lemak akan terbentuk. Sel-sel lemak inilah yang akan membakar glukosa dalam badan bagi menghasilkan haba badan. Penghasilan lebih banyak sel lemak akan membantu pembakaran lebih banyak tenaga, seterusnya dapat menjadikan tubuh lebih kurus.
Tekanan perasaan juga dapat dikurangkan dengan mandi air sejuk. Kajian dari Universiti Virginia Commonwealth mendapati air sejuk boleh merangsang titik biru pada otak iaitu sumber utama bahan kimia yang membantu mencegah tekanan perasaan yang dikenali sebagai noradrenaline.
Air sejuk juga dapat menjadikan kulit dan rambut lebih sihat apabila ia membantu mengecilkan kutikel kulit dan pori-pori, seterusnya mengurangkan masalah jerawat. Selain itu, air sejuk dapat membantu menyingkirkan kotoran dan toksin dalam kulit menjadikan kulit lebih bersih dan awet muda.
Cara yang paling cepat untuk memulihkan otot yang tercedera adalah dengan mandi ais, selain dapat mengurangkan kesakitan sebanyak 20 peratus. Malah, untuk kaum lelaki pula, mandi ais dikatakan dapat meningkatkan kadar hormon testosterone yang akan memberikan kekuatan dan tenaga tambahan.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Sekilas, punya pasangan penurut nampak menyenangkan. Segala yang kamu ucapkan dan inginkan, selalu dituruti olehnya. Kamu juga tidak perlu berdebat dengannya kerana tidak ada permintaanmu yang tidak diturutinya. Sebenarnya punya pasangan sebegini tidak menyenangkan seperti yang di sangka.
1.Dia yang penurut akan susah ambil keputusan.
Dia yang penurut tentulah akan jadi ekor di setiap keputusan yang kamu ambil. Mulai daripada hal kecil seperti memutuskan mahu makan apa, dia mengiakan apa yang sahaja walaupun tidak sesuai dengan seleranya. Hingga masalah-masalah besar ketika terjadi perdebatan, dia tak boleh memberi pendapat yang baik. Hujungnya dia menurut sahaja kemahuan anda. Ketika dia dipaksa untuk mengambil keputusannya sendiri, dia pasti bingung dan tidak percaya diri. Ia kerana selama ini hanya mengikuti mahunya kamu saja. Dia pun tak punya pendirian yang baik, hingga kadang kala hidupnya bergantung padamu sepenuhnya.
2.Pasangan yang penurut akan susah berkembang kerana dia cuma boleh mengiakan apa yang kamu mahu
Dengan sering menuruti kemahang, dia menjadi peribadi yang sukar berkembang. Dia mengalahkan keinginannya buat menuruti keinginanmu. Dia jadi kehilangan kemampuan untuk mengembangkan dirinya sendiri. Tak hanya itu, dia pun jadi peribadi yang ragu atas kemahuan dia sebenarnya. Kerana selama ini dia sudah terlalu biasa dengan perintah anda.
3.Dia jelas mudah dikendalikan. Sayangnya, itu akan membuat anda cepat bosan
Punya pasangan yang penurut bererti kamu boleh mengendalikan dengan mudah. Dia jadi tidak boleh mengenali dirinya sendiri kerana terlalu mudah diatur dan dipengaruhi oleh orang lain. Untuk urusan pendirian, pasangan penurut jelas tak memiliki hal itu. Dia hanya melakukan, apa yang kamu ingin dia lakukan. Awalnya memang menyenangkan, boleh mengendalikan pasangan anda sendiri. Hubungan di awalnya pun berjalan sangat menyenangkan, kerana hubungan yang sesuai dengan ekspektasimu terbentuk. Namun boleh dipastikan perasaan seperti itu tak akan bertahan lama. Lama-lama kamu akan bosan juga memiliki pasangan yang tak boleh dijadikan teman berbincang. Jangan berharap dia mampu memberi pendapat, kerana selama ini dia hanya melakukan apa yang kamu perintahkan.
4.Ketegasan tiada dalam kamus hidupnya. Keputusan penting selalu bukan dia yang tentukan
Punya pasangan yang tegas itu perlu, kerana dia boleh membantu mengarahkan kamu untuk lebih maju ke depannya. Tidak hanya diam lalu baru bergerak setelah kamu perintahkan.
Kamu perlukan seseorang yang boleh mengatakan salah ketika kamu melakukan kesalahan, perlu seseorang yang boleh membimbing kamu dengan sabar ketika kamu melakukan sesuatu di luar jalur. Tapi sayangnya hal ini tak akan dimiliki oleh pasangan penurutmu. Ketegasan ialah hal yang tak dia miliki. Bahkan keputusan penting dalam hidupnya, bukan dia yang menentukan.
5.Dengan menuruti anda, bererti dia tak mahu mengusahakan yang lebih untuk hubungan anda
Selalu menurut kata, boleh jadi dia memang tidak berniat untuk berjuang lebih untuk hubungan anda. Padahal seharusnya dia boleh mengusahakan dan melakukan yang lebih daripada yang kamu mahu. Gunanya memiliki pasangan tentunya untuk saling mengisi. Kalau selama ini dia hanya melakukan apa yang kamu mahu, boleh jadi dia tak mahu berfikir lebih bagaimana hubungan anda berdua di masa hadapan.
6. Ketika berhadapan dengan masalah, dia tak jarang angkat tangan. Memasrahkan padamu untuk menyelesaikan
Pasangan penurut kadang juga tidak memiliki kemampuan untuk menyelesaikan masalah dengan baik. Menghadapi masalah yang pelik, dia pun memilih untuk angkat tangan saja. Dan tak jarang pula, dia memasrahkan semua penyelesaian kepada anda. Dia menganggap selama ini kamu yang telah mengatur hidupnya.
7. Mungkin dia tidak sepenuhnya bahagia bersama anda
Berkemungkinan dia tidak bahagia bersama kamu. Kerana selama berpasangan, dia lebih banyak melakukan apa yang menjadi kemahuan anda. Dia tidak punya kesempatan untuk lebih menikmati apa yang jadi kesukaannya kerana lebih sering mengekor kamu. Dia terpaksa melakukan hal tersebut kerana tidak mahu membuat kamu kecewa dan kehilangan kamu.
Tapi yang menjadi pertanyaan kemudian, apa dia benar-benar bahagia menjalin hubungan denganmu? Jawapannya mungkin lebih banyak tidak. Sementara, cuba kamu bertanya kembali pada diri sendiri. Apa kamu bahagia menjalani hubungan yang seperti ini? Kadang kala menuruti keinginan pacar tak ada salahnya. Namun semuanya perlu punya batasan yang jelas agar tidak berlebihan.
Kemsite memperkenalkan konsep “Outdoor Inside” di The Gardens Mall, membawa gaya hidup outdoor ke ruang urban dengan jenama premium dan pengalaman eksklusif yang menggabungkan alam, rekaan dan keselesaan moden.