5 Sneakers Wajib Lelaki Ada

Share

Tidak dinafikan tahun ini limpahan gaya kasut sneakers yang direka lebih tebal pada bahagian tapaknya mula mendapat perhatian. Tidak semestinya warna putih, varian warna kini menjadi pilihan dan semakin cocok dengan apa sahaja gaya streetwear harian lelaki. Perhatikan 5 label ini mempersembahkan rekaan kasut sneakers mereka dengan penuh bergaya! Mana satu pilihan anda?

 

1.PUMA Thunder Spectra Sneakers

Inspirasi dari siluet 90s Cell system kerjasama antara PUMA x Mc Queen. Memberikan stail yang sangat bulky, chunky, unapologetic look dan sememangnya selesa untuk digayakan.

2.ADIDAS YEEZY BOOST 700

Wow, sentuhan yang diilhamkan dari haiwan ganas di laut dalam ini sangat dinamis, kami yakin anda juga ingin menggayakan kasut ini bukan?

 

3. UNDER ARMOUR FORGE 96

Olahan dari gaya 1996 di mana tahun jenama ini diperkenalkan.  Mengenakan material berkuliti dan sangat selesa untuk ketahanan tambahan.

4. FENDI

Direka dari kulit nappa putih, ia memberikan corak dan elemen berombak dan lebih tebal. Eksklusif dan semua orang akan meminati stail ini.

5. COACH

 

Ramai yang tidak menyangka jenama ini turut mengeluarkan kasut sneakers yang lebih bersifat santai selain terkenal dengan gaya minimal dan classy. Satu pujian untuk rekaan ini, transisi trend mereka semakin dekat dengan jiwa generasi muda kini.

 

IKLAN