Tidak dinafikan tahun ini limpahan gaya kasut sneakers yang direka lebih tebal pada bahagian tapaknya mula mendapat perhatian. Tidak semestinya warna putih, varian warna kini menjadi pilihan dan semakin cocok dengan apa sahaja gaya streetwear harian lelaki. Perhatikan 5 label ini mempersembahkan rekaan kasut sneakers mereka dengan penuh bergaya! Mana satu pilihan anda?
1.PUMA Thunder Spectra Sneakers
Inspirasi dari siluet 90s Cell system kerjasama antara PUMA x Mc Queen. Memberikan stail yang sangat bulky, chunky, unapologetic look dan sememangnya selesa untuk digayakan.
2.ADIDAS YEEZY BOOST 700
Ads
Wow, sentuhan yang diilhamkan dari haiwan ganas di laut dalam ini sangat dinamis, kami yakin anda juga ingin menggayakan kasut ini bukan?
3. UNDER ARMOUR FORGE 96
Ads
Olahan dari gaya 1996 di mana tahun jenama ini diperkenalkan. Mengenakan material berkuliti dan sangat selesa untuk ketahanan tambahan.
4. FENDI
Ads
Direka dari kulit nappa putih, ia memberikan corak dan elemen berombak dan lebih tebal. Eksklusif dan semua orang akan meminati stail ini.
Ramai yang tidak menyangka jenama ini turut mengeluarkan kasut sneakers yang lebih bersifat santai selain terkenal dengan gaya minimal dan classy. Satu pujian untuk rekaan ini, transisi trend mereka semakin dekat dengan jiwa generasi muda kini.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Lelaki dan jaket kulit memang tak boleh dipisahkan. Ia dianggap sebagai gaya fesyen yang popular di kalangan penunggang motosikal untuk menyerlahkan penampilan.
Bahkan pemakaian jaket kulit juga penting bagi mat motor sebagai ciri-ciri keselamatan diri bagi mengelakkan kecederaan apabila berlakunya kemalangan.
Terkenal dengan harganya yang mahal dan penggunaan material yang berkualiti, jadi tidak hairanlah jika gaya fesyen ini perlu dijaga dengan rapi agar ia tidak mudah lusuh dan kulitnya tidak mengelupas.
1. Jangan sesekali memenuhkan poket anda dengan pelbagai barang atau membawa barangan berat kerana ia akan meregangkan material kulitnya.
2. Jangan guna penyembur rambut, minyak wangi atau cologne semasa memakai jaket kulit. Alkohol yang ada di dalam penyembur ini akan mengeringkan material kulitnya. Sembur dahulu wangian anda dan biarkan ia kering dahulu sebelum anda ingin memakai jaket.
3. Jangan tampal lencana atau pinkan kerana ia akan merosakkan permukaan kulit.
4. Jangan guna minyak zaitun dan minyak kelapa untuk membersihkan jaket kulit. Zat-zat ini memberikan kilauan yang menipu, selain menyebabkan kulitnya cepat pecah dan berminyak.
Untuk memastikan pembelian anda berbaloi kerana harganya mahal, jadi pastikan anda menitikberatkan tip-tip asas ini untuk menjaga kualiti jaket kulit.
Bahagian di dalam jaket sukar dijaga, jadi jangan biarkan ia berbau hapak disebabkan kesan peluh dan habuk. Cara terbaik untuk membersihkannya adalah dengan menggunakan cucian tangan. Mulakan membasuh dengan air suam dan sedikit sabun pencuci lembut daripada jenis air. Elak rendam terlalu lama. Jika terdapat kesan kotor, gunakan berus gigi yang lembut untuk membersihkan kotoran tersebut. Kemudian, gosok secara lembut dan keringkan di ruangan terbuka yang mempunyai aliran angin. Jangan jemur di bawah matahari terik kerana ia akan mengecutkan jaket kulit anda.
Masukkan sabun pencuci air ke dalam air dingin. Guna jaring kain jika ada ataupun terbalikkan bahagian dalam jaket ke luar dan zipkan. Penting untuk anda ikuti tiga peraturan iaitu menggunakan mod perlahan, air sejuk dan masa basuh yang minimum. Kemudian, keringkan jaket secara manual tanpa perlu memerahnya. Gantung jaket di bawah kipas dinding.
Jika bahagian luar jaket kotor akibat tumpahan makanan atau minuman, segera bersihkannya dengan kain lembut dan lap dengan gerakan ke bawah. Jangan gosok secara kasar! Anda juga boleh membeli produk penjagaan pakaian kulit yang dijual di pasaran. Sapuan produk ini akan membuatkan jaket anda menjadi lebih lembut, fleksibel, terlindung daripada kelembapan dan mencegah permukaannya daripada retak.
Letakkan beberapa buku yang berat di atas jaket anda semalaman. Ini membantu mengurangkan kedutan. Pastikan anda sentiasa menggantungkannya dan jangan lipat jaket kulit anda.
Kalau jaket anda terkena air hujan, jangan terus masukkan ke dalam mesin basuh. Ini kerana suhu panas boleh merosakkan material kulitnya. Cara yang paling mudah adalah dengan menggantungkan ia di tempat yang ada aliran angin atau banyak cahaya tetapi bukannya pada cahaya matahari terik.
Menyimpan jaket anda dengan cara yang betul dapat menghalang terjadinya banyak masalah. Elak menyimpan di dalam almari yang lembap terutamanya berdekatan dengan bilik mandi atau ruang yang memancarkan cahaya matahari terus. Jika anda prihatin dengan habuk, tutupkan jaket dengan sarung khas atau beg plastik baju bagi tujuan untuk menangkap kelembapan dan menggalakkan cendawan.
Abang pilih yang mana? Perawan ke Janda? Perasan tak kebelakangan ini, remain lelaki bujang berkahwin dengan janda? Fakta menunjukkan janda lebih laku dari anak dara di Malaysia ni. Ini antara sebab-sebab mengapa Janda lagi popular dikalangan lelaki berbanding anak dara.
1)Penjagaan badan
Biasalah, nama pun janda, mestilah lembik sana sini, terutamanya janda yang sudah mempunyai anak. Namun janda dilihat sebagai wanita yang lebih bijak mengendalikan diri. Ini berbeza dari anak dara melayu terutamanya, mereka menyangkakan lelaki lebih gemar kepada badan mereka yang masih bergetah, jadi mereka kurang menjaga penampilan diri. Kerana itu lelaki lebih tertarik dengan janda berbanding anak dara.
2)Berpengalaman
Janda ni dah ada pengalaman menguruskan suami ketika masih bergelar isteri. Ini bukan saja terletak pada ruang tidur saja, ini juga termasuk dengan makan minum dan pakaian harian suami. Lelaki berasa janda lebih sesuai dijadikan isteri kerana sifat mereka yang sudah tahu semua perkara.
3)Berdikari
Janda dilihat sebagai wanita yang paling bijak menguruskan hal sendiri. Mengapa? Ini kerana ketika ia masih bergelar isteri orang, dia bergantung pada suami. Jadi janda akan lebih bijak menguruskan masa berbanding anak dara kerana mereka menyangkakan tiada sesiapa lagi mahukan mereka. Ini antara faktor yang mecuit hati teruna, melihat wanita yang pandai menguruskan diri, mereka pasti memilih janda sebagai isteri.
4)Mulut manis seperti membuka kilang gula di tepi bibir
Jangan salahkan sesiapa dalam hal ini. Semuanya kerana pengalaman dan situasi. Bezanya anak dara dengan janda, anak dara tiada pengalaman dalam urusan “mulut manis”, jadi potensi untuk mereka di tolak lelaki sangat tinggi. Mereka ini tidak pandai mengendali masalah berkaitan dengan cinta. Manakala janda, mereka tentunya sudah mempunyai pengalaman, jadi untuk mereka membuka kilang gula di tepi bibir itu tiada masalah lah.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Dalam kesibukan seharian, rambut yang berminyak pasti akan menyebabkan anda rasa tidak selesa. Kadang-kala ia menyebabkan anda terpaksa basuh rambut anda secara harian kerana anda mugkin berhadapan dengan pekerjaan yang lasak dan terdedah dengan cahaya matahari yang terik. Pelbagai produk shampoo telah kami senaraikan untuk anda gunakan agar rambut anda sentiasa berada dalam keadaan sihat dan kurang berminyak, namun jika anda dapat jimatkan masa proses basuh rambut itu bukankah lebih menarik?
Mungkin anda jarang terdedah dengan conditioner yang berbentuk on the go. Leave-in conditioner sebenarnya berfungsi untuk menjimatkan masa anda membasuh rambut sehinggakan anda tidak perlu mengambil masa yang lama di dalam bilik mandi. Setelah anda bersiap pun anda masih boleh mengenakan conditioner berbentuk ini.
Pencerahan Leave-In Conditioner
Ia merupakan perapi rambut mudah kepada conditioner sebenar. Ramai tatarias rambut mengesyorkan conditioner berbentuk ini kerana ia mudah dan bagus untuk rambut anda yang berminyak. Ia biasanya datang dalam bentuk semburan atau krim, dan ia digunakan selepas mencuci rambut. Ia membantu rambut mengekalkan kelembapan sepanjang hari, menjadikannya lembut dan berkilat.
Golongan mana yang wajib menggunakannya?
Leave-in conditioner bagus untuk semua jenis rambut kerana ia dapat meringankan kepala dan memberi nafas pada liang rambut anda. Ia juga sesuai untuk rambut kasar, kerinting atau afro. Ia bagus untuk mereka yang menjalani gaya hidup yang aktif, mereka yang pergi ke gym atau gemar melancong atau mereka yang sentiasa sibuk dan mengejar masa.
Bagaimana untuk menggunakannya?
Selepas mencuci, keringkan rambut anda dengan tuala secara teliti. Penting! Jika rambut anda masih basah dan air rambut masih menitis, produk leave-in conditioner tidak berkesan sepenuhnya. Pastikan juga anda tidak menyentuh akar rambut anda dan hanya pada hujung rambut sama seperti anda menggunakan conditioner biasa. Sebelum anda keringkan dengan pengering rambut, spray rambut anda dengan conditioner on the go ini.
Berikut adalah senarai leave-in conditioner yang boleh anda miliki
Kiehl’s Creme With Silk Groom
Semakin meningkat usia anda, pasti anda akan miliki uban. Kiehl’s Creme with Silk Groom dengan membantu anda untuk mengembalikan sinaran dan kekuatan pada rambut anda.
Sassoon Professional Halo Hydrate
Sangat sesuai untuk anda yang gemar berjemur atau terpaksa berjemur! Joshua Gibson, stylist rambut dengan pengalaman selama dua dekad, mencadangkan Sassoon Professional Halo Hydrate. Ia mampu merapikan rambut dengan baik. Ia dapat meningkatkan kualiti rambut anda apabila dikeringkan dengan pengering rambut melalui teknologi anti-statiknya. Ia meringankan rambut dan mempunyai perlindungan UV, jadi ia sangat hebat untuk melindungi rambut dan kulit kepala dari sinaran matahari.
Philip Kingsley Daily Damage Defense Conditioning Spray
Baik untuk semua jenis rambut, Philip Kingsley’s Daily Damage Defense Conditioning Spray antara yang terbaik di pasaran. Ia juga mempunyai perlindungan UV.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Ramai anggap hamstring sekadar “tarik otot”. Hakikatnya, kecederaan ini boleh menjejaskan prestasi atlet dan ada yang memerlukan pembedahan jika tidak dirawat dengan betul.