“Kami akan pantau mereka yang menonton filem lucah tak kira di mana saja anda berada” itulah yang dinyatakan oleh Timbalan Menteri KKMM Eddin Syazlee Shith.
Lebih menarik adalah, mereka yang mengesahkan bahawa laman sesawang berusur lucah juga akan disekat dalam masa tempoh terdekat menerusi Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM).
Petikan yang diambil dari Astro Awani, “Selain laman sesawang berunsurkan lucah, pemantauan web lain termasuk yang berunsurkan perjudian akan turut dikaji, memang menjadi satu perkara yang diperjuangkan kerajaan sekarang untuk menyekat dan mengekang laman web yang tidak berfaedah dan bukan-bukan,” menurut Eddin Syazlee Shith lagi.
Menurut artikel di Awani, mereka telah melaporkan bahawa satu unit baharu PDRM, Unit Siasatan Jenayah Siber (Internet) Terhadap Kanak-kanak Malaysia (Micac) ditubuhkan bagi memantau mereka yang melayari kandungan lucah di alam siber, terutamanya pornografi kanak-kanak.
Ads
Terdahulul artikel daripada Says.com ada menyebut bahawa Terengganu merupakan negeri yang paling lama menonton filem lucah. Ini ekoran daripada mereka yang bekerja offshore ataupun kawasan pendalaman. Mungkin ini antara faktor tontonan kerap di negeri ini.
Ads
Menariknya unit ini, mereka dibekalkan dengan peralatan canggih untuk mengesan kekerapan dan jenis kandungan lucah yang ditonton dan dimuatnaik oleh pengguna. Dah macam dalam filem Hollywood. Bagus juga inisiatif ni, tak adalah gejala pornographyberlelusasa selepas ini. Tak payah lah tengok filem lucah, bukan ada faedah pun.
Sumber Bernama/ Astro Awani
Ads
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Skechers GOwalk Max Cushioning Flex muncul dalam dunia kasut gaya hidup hari ini ketika ramai orang inginkan satu perkara yang sama. Kasut yang selesa dipakai sepanjang hari tanpa perlu berkompromi dengan gaya.
Skechers nampaknya memahami keperluan ini dengan cukup baik melalui pelancaran koleksi terbaharu mereka yang memberi fokus kepada keselesaan maksimum untuk kegunaan harian.
Selepas mencuba sendiri model GOwalk Max Cushioning Flex Pave untuk lelaki, perkara pertama yang paling terasa ialah betapa mudahnya kasut ini dipakai.
Dengan teknologi Hands Free Slip Ins, anda hanya perlu melangkah masuk ke dalam kasut tanpa perlu tunduk atau menggunakan tangan.
Ia mungkin kedengaran seperti ciri kecil, tetapi dalam penggunaan harian seperti keluar sebentar, ke pejabat atau berjalan di pusat membeli belah, kemudahan ini sangat terasa praktikal.
Salah satu perkara yang membuatkan Skechers GOwalk Max Cushioning Flex terasa berbeza ialah konsep Slip Ins yang direka untuk memudahkan pemakai.
Tidak perlu lagi melonggarkan tali kasut atau menggunakan tangan untuk memakainya. Hanya melangkah masuk dan kasut akan terus memegang kaki dengan kemas.
Reka bentuk bahagian tumit yang menggunakan Heel Pillow juga memainkan peranan penting.
Struktur ini membantu memegang kaki dengan lebih stabil sebaik sahaja anda memijak kasut. Hasilnya, kasut terasa lebih secure walaupun tanpa perlu melaraskan kedudukan kaki seperti kasut biasa.
Kekuatan sebenar Skechers GOwalk Max Cushioning Flex terletak pada bahagian tapaknya. Skechers menggunakan gabungan Max Cushioning platform bersama teknologi ULTRA GO foam yang memberikan rasa tapak yang empuk tetapi masih responsif.
Semasa berjalan, kasut ini memberi sensasi yang ringan dan sedikit springy. Ia membantu mengurangkan tekanan pada kaki terutama apabila berjalan lama.
Bagi mereka yang banyak bergerak sepanjang hari, kombinasi cushioning ini menjadikan setiap langkah terasa lebih bertenaga tanpa rasa terlalu lembut atau tenggelam.
Bahagian dalam kasut pula dilengkapi dengan Air Cooled Goga Mat insole yang membantu memberikan sokongan tambahan pada tapak kaki. Pada masa yang sama, sistem pengudaraan ini membantu kaki kekal selesa walaupun digunakan dalam tempoh yang panjang.
Digabungkan bersama Soft Stride cushioning, pengalaman berjalan terasa lebih konsisten dari langkah pertama hingga ke penghujung hari. Inilah antara sebab utama ramai peminat Skechers memilih model seperti Skechers GOwalk Max Cushioning Flex sebagai kasut harian mereka.
Dari segi reka bentuk, Skechers GOwalk Max Cushioning Flex mengekalkan gaya sporty yang minimal dan moden. Upper kasut menggunakan engineered mesh yang ringan serta breathable, menjadikannya sesuai untuk pelbagai aktiviti santai.
Material ini membantu pengudaraan yang lebih baik supaya kaki tidak terasa terlalu panas ketika dipakai lama. Pada masa yang sama, struktur mesh ini juga membantu mengurangkan berat keseluruhan kasut.
Siluet kasut juga tidak terlalu bulky walaupun mempunyai cushioning yang tebal. Ini menjadikannya mudah dipadankan dengan pelbagai gaya pakaian lelaki seperti seluar jean, jogger atau outfit kasual moden.
Bahagian outsole menggunakan flexible traction yang membantu memberikan cengkaman lebih baik pada permukaan biasa seperti laluan pejalan kaki, lantai pusat membeli belah atau trek ringan.
Dengan ketinggian tumit sekitar dua inci, kasut ini juga membantu memberikan posisi berjalan yang lebih natural dan selesa. Reka bentuk ini sesuai untuk mereka yang banyak berjalan sama ada ketika melancong, bekerja atau melakukan aktiviti harian.
Satu lagi kelebihan Skechers GOwalk Max Cushioning Flex yang mungkin ramai akan hargai ialah ciri penjagaannya yang mudah.
Kasut ini boleh dibasuh menggunakan mesin basuh tanpa perlu risau tentang kerosakan pada struktur kasut.
Bagi kasut yang direka untuk kegunaan harian, ciri ini sangat membantu kerana kasut mudah terdedah kepada habuk dan kotoran. Dengan hanya memasukkannya ke dalam mesin basuh, kasut boleh kembali bersih tanpa proses penjagaan yang rumit.
Secara keseluruhan, Skechers GOwalk Max Cushioning Flex ialah pilihan yang sangat praktikal untuk lelaki yang mahukan kasut harian yang ringan, mudah dipakai dan memberikan keselesaan maksimum.
Ia menggabungkan teknologi Slip Ins, cushioning moden serta reka bentuk sporty yang masih kelihatan kemas untuk gaya kasual.
Dengan harga bermula sekitar RM399, kasut ini menawarkan keseimbangan yang baik antara teknologi keselesaan, fungsi harian dan gaya moden.
Bagi mereka yang mahukan kasut berjalan yang praktikal tanpa mengorbankan gaya, model ini boleh menjadi salah satu pilihan yang sangat berbaloi.
Rating MASKULIN: 4/5
Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Sebelum kemunculan drama Korea di Malaysia, drama Filipina, Telenovela Mexico dan Sinetron Indonesia telah menghiasi hari-hari anda di kaca tv. Drama Thailand juga tidak ketinggalan. Anda masih ingat lagi dengan drama Wei Rai High School? Drama yang cetus fenomena di Malaysia. Selepas dari itu, banyak filem dari negara jiran ini masuk ke dalam negara kita seperti Ong Bak, Shutter dan banyak lagi. Dalam 2010, Malaysia digemparkan dengan pelakon Thailand yang memiliki wajah seperti artis kpop. Filem A Crazy Little Thing Call Love ini memang trending lah dekat Malaysia ni. Jadi, ini antara artis Thailand yang mungkin anda kenal, atau mungkin anda tak kenal menjadi hero dalam Thai Lakorn.
Weir Sukollawat Kanarot
Pelakon kacak yang mempunyai kelulusan Civil Engineering ini sudah mula belakon daripada tahun 2008. Lahir pada 18 April 1985, Weir masuk ke dalam industri dengan bantuan pengurusnya Ae Suphachai yang melihat gambarnya dari telefon rakannya. Ae terus melamar Weir untuk masuk ke dalam dunia hiburan. Pada ketika itu, Weir masih lagi dalam pengajian. Setelah dapat green light daripada orang tuanya, beliau terus masuk ke dalam dunia lakonan. Lakorn pertama beliau ialah Plik Din Su Dao dimana dia berpasangan dengan bekas teman wanitanya, Pancake Khemanit Jamikorn.
Mario Maurer
Sebelum semua wanita gilakan Menteri Belia dan Sukan, wanita banyak gilakan pelakon Thailand ini. Mario Maurer yang mula masuk ke pasaran Malaysia menerusi lakonannya dalam filem A Crazy Little Thing Call Love. Tak sah kalau mereka yang gemar kpop tidak tahu filem ini. Cinta remaja yang sangat sweet! Untuk pengetahuan anda, lelaki yang lahir pada tahun 1988 ini, mempunyai darah kacukan Cina dan Jerman. Sebab itu wajahnya kacak! Pada usia 16 tahun, Maurer telah mejadi model pengambaran untuk tujuan komersial, sisipan kulit muka majalah dan video muzik. Pada tahun 2007, beliau memulakan kariernya sebagai pelakon sebagai watak utama dalam filem bergenre percintaan berbahasa Thai iaitu The Love of Siam.
Sunny Suwanmethanon
Lelaki yang makin mencipta nama di Malaysia menerusi filem I’m Fine Thank yoU, Love You ini lahir pada 18 Mei 1981. beliau merupakan seorang pelakon dan model Thailand. Beliau terkenal setelah berlakon sebagai Khaiyoi dalam filem Dear Dakanda pada tahun 2005. sedikit trivia untuk anda, Sunny tidak pernah datang ke Malaysia sebelum ini, melalui filem yang di promosikan bersama Nickhun dan Yaya, beliau berasa sungguh teruja kerana mempunyai peminat di Malaysia. Mestilah kita suka Sunny cakap English! Vass
Sukrit Wisetkaew
Sukrit Wisetkaew dilahirkan 4 September 1985, lebih selesa dipanggil dengan nama panggilannya Bie. Dia merupakan seorang penyanyi dan pelakon pop Thailand. Bakatnya mula dikenali apabila dia memasuki tandingan bakat televisyen Thailand yang ketiga di The Star. Selepas berjaya mendapat tempat ke dua, Bie menjadi salah satu penyanyi yang paling popular dan mendapat populariti yang besar selepas single debutnya I need Somebody.
Selain kariernya sebagai penyanyi dan pelakon dalam drama TV dan sitkom, beliau juga dilatih untuk menjadi pelakon teater dalam beberapa muzikal.
Pada 2008, selepas di bawah 2 tahun dalam dunia hiburan, Bie menjadi salah satu daripada Orang Yang Paling Berpengaruh di Thailand menerusi salah sebuah majalah tempatan Thailand. Lakonannya memang menjadi, antara drama lakonannya adalah You’re My Destiny yang di adaptasi dari drama Taiwan dan Korea. Sila tengok ye.
Nadech Kugimiya
Lahir pada tahun 1991 ini merupakan aktor dan model di Thailand. Nadech Kugimiya dilahirkan di Khon Kaen, Thailand. Beliau merupakan lelaki kacak berdarah campuran Austria dan Thai. Namun, beliau telah dibesarkan oleh ayah angkatnya, Yoshio Kugimiya dan ibu angkatnya, Sudarat Kugimiya. Beliau adalah anak tunggal kepada ayah dan ibu angkatnya. Ayah angkatnya adalah orang Jepun dan ibu angkatnya adalah orang Thai. Nama samaran beliau “Barry” datang dari nama samaran asal beliau, “Brand”. Beliau mempunyai kelulusan Ijazah Sarjana Muda dari Fakulti Komunikasi di Universiti Rangsit, Thailand. Pada tahun 2010, beliau memulakan debut drama beliau menerusi wataknya sebagai “Nawa Gamtornpuwanat” dalam drama Ngao Rak Luang Jai. Beliau memperoleh populariti yang besar di Thailand selepas lakonannya sebagai watak utama, “Fai Akkanee Adisuan” bersama pelakon wanita Urassaya Sperbund dalam drama Duang Jai Akkanee daripada siri drama 4 Hua Jai Haeng Khun Khao.
Mike Pirath Nitipaisankul
Awalnya lelaki ini merupakan seorang pnyanyi berkumpulan bersama abangnya sejak tahun 2002 lagi. Kebelakangan ini, Pirath atau lebih selesa dengan panggilan Mike lebih menumpukan pada aktiviti lakonannya. Mula menempah nama di Malaysia apabila Thailand membuat remake drama siri Korea Full House, lelaki yang mempunyai iras Korea ini status sudah berkahwin tidak menghalangnya untuk terus melebarkan sayapnya di seluruh asia dengan membintangi drama bersiri dari China.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Jenama Dr. Martens bukan sekadar kasut, ia adalah kanvas sub-budaya, simbol ekspresi diri yang kekal abadi. Sejak but pertama 1460 diperkenalkan pada tahun 1960, legasi jenama Britain ini telah tertanam kukuh dalam dunia fesyen dan muzik.
Bermula sebagai alas kaki golongan pekerja, but AirWair yang ikonik ini pantas diangkat oleh sub-budaya pemuzik. Daripada punk yang memberontak hingga grunge yang sinis, membawa identiti jenama ini dari jalanan ke kemuncak pentas antarabangsa.
Jahitan welt kuning, tepi tapak beralur dan heel loop berjenama adalah DNA visual yang tidak pernah lekang dek zaman, mencerminkan ketahanan dan semangat individu yang memakainya.
Meneruskan naratif inovasi yang sentiasa menjadi tunjang utama reka bentuknya, Dr. Martens kini melancarkan siluet but baharu yang berpusat pada tapak kusyen Zebzag.
Tapak revolusioner ini, yang mula mencuri tumpuan dengan kejayaan Zebzag Mules yang popular pada musim panas lalu. Dan kini ia diolah semula untuk kegunaan sepanjang tahun menerusi pengenalan dua model but berkonsepkan slip-on iaituZebzag Laceless Boot dan Zebzag Rigger Boot.
Inisiatif ini bukan sekadar penambahan koleksi, tetapi penegasan komitmen jenama terhadap fungsi tanpa menjejaskan gaya.
Menurut Ketua Pegawai Produk, Dr. Martens Adam Meek, “Tapak Zebzag direka khas bagi memenuhi tuntutan kehidupan moden menggabungkan ketukangan terserlah, ketahanan dan keselesaan harian.
“Siluet but baharu ini bergerak bersama anda, masuk dengan mudah ke dalam apa jua gaya, sambil mengekalkan identiti Dr. Martens yang tidak dapat disangkal.
“Ia mencerminkan komitmen kami terhadap inovasi dan rekaan abadi, yang dibentuk melalui cara pemakai kami hidup, bergerak dan mengekspresikan gaya peribadi mereka,” tambahnya lagi.
Zebzag Laceless Boot mengambil estetik but 1460 yang klasik, namun hadir tanpa tali. Lantas menjadikannya pilihan slip-on yang cukup memudahkan.
But ini dibalut dengan kulit Wyoming hitam yang lembut, menawarkan tampilan santai dan selesa sebaik sahaja disarung. Ia mengekalkan ciri heel loop berjenama Dr. Martens (hitam dan kuning) sebagai sentuhan warisan.
Sementara itu, Zebzag Rigger Boot pula menawarkan ketinggian pada buku lali yang lebih rendah, mengambil inspirasi daripada siluet but industri tetapi diolah untuk keselesaan kasual.
Rigger Boot ini disempurnakan dengan dwi penarik (dual pull-tabs) dan perincian jahitan Puritan stitch yang teliti.
Pilihan material pula merangkumi kulit Wyoming hitam atau Milled Nubuck kalis air dalam pelbagai palet warna, menjadikannya serba guna untuk sebarang cuaca.
Teras kepada fungsi koleksi ini terletak pada reka bentuk tapak Zebzag itu sendiri. Ia direka dengan teras kusyen, menggabungkan midsoleEVA ringan bersama tapak PVC tahan lama.
Hasilnya adalah platform yang ringkas, ergonomik dan mampu menawarkan tahap keselesaan yang mengagumkan selain memberi ‘bounce’ kepada setiap langkah pemakai.
Ciri-ciri utama Tapak Zebzag merangkumi:
Selain itu, but Zebzag Laceless dan Rigger ini turut dilengkapi dengan insolesSoftWair, menjamin keselesaan menyeluruh, luar dan dalam.
Kedua-dua siluet Zebzag Laceless & Rigger Boots kini boleh didapati di butik Dr Martens di KLCC, Sunway Pyramid dan The Exchange TRX.
Ia dipasarkan ke seluruh dunia bermula September 2025 dan ia dijadualkan turut muncul dalam koleksi Dr. Martens AW25 yang lain. Ini membuktikan bahawa dalam dunia fesyen moden, fungsi dan keselesaan bukan lagi pilihan, tetapi satu kemestian.
Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Tour de Cure Malaysia menyaksikan sokongan padu MG Motor Malaysia dalam kayuhan 900KM penuh makna, membawa mesej harapan, solidariti dan kesedaran kanser.