
Memang sakit kepala kalau naik sahaja dari cuti, ada kerja bertimbun-timbun yang perlu diselesaikan dengan segera.
Lebih-lebih lagi kalau melangkah masuk ke office jer, bos terus tetapkan dateline yang perlu dihantar dalam masa dua tiga hari ini.
Aduh.. apa nak buat? Mood pun belum ada?
Rileks.. nak buat kerja sememangnya memerlukan ketenangan. Jadi kalau dah mula masuk office hari ini, apa kata anda :
1. Bersembang sampai puas
Pergi jumpa rakan sekerja anda. Membawanglah sepuas-puasnya pasal raya dan cuti. Sampai tahap dah bosan, kembali ke tempat duduk anda.
2. Siapkan diri di toilet
Pergi ke toilet dan perkemaskan diri. Betulkan tie, sikat rambut dan cuci muka sikit agar segar kembali. Buang segala jenis ‘air’ yang ada.
3. Sarapan menu berkhasiat
Sarapan amat penting untuk memulakan hari yang produktif. Dengan mengambil sarapan yang berkhasiat, ia menambah tenaga untuk anda kekal aktif semasa bekerja.
4. Kemas meja yang berhabuk
Dah seminggu bercuti, kan? Mesti meja anda banyak habuk. Ambil tisu dan bersihkan dulu agar meja anda bersih dan anda pun jauh penyakit.
5. Susun fail ikut urutan
Lihat balik fail-fail kerja anda. Kenal pasti yang mana anda perlu selesaikan dahulu. Jangan campur adukkan kerja yang lama dengan yang baru.
6. Laraskan kerusi dan dekorasi
Betulkan tempat duduk anda dan kemas dekorasi meja anda jika anda. Kalau ada pasu bunga, susun semula elok-elok dan kalau ada bela ikan, jangan lupa beri makan.
Kemudiannya, jom kita mulakan kerja!
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
KLIK DI SEENI