Adat dalam perhubungan rumah tangga pasti ada turun naiknya kan? Awal perkahwinan, semuanya terasa indah. Sampailah satu masa kita diuji dengan kesulitan demi kesulitan sebagai pasangan.
Seorang suami yang baik sudah tentu akan memikirkan jasa isteri dan tahu menghargai mereka dalam apa jua keadaan. Dalam keadaan inilah baru anda akan terasa betapa mahalnya harga kejujuran suami. Alangkah beruntungnya isteri jika anda memiliki suami yang berjaya mengendalikan kesemua situasi ini
Tapi betul kah 5 situasi ini mampu menguji kesetiaan lelaki terhadap wanitanya?
1. ISTERI MENGANDUNG
Sesetengah pasangan benar-benar menunggu dan mengharapkan cahaya mata. Tetapi ada juga pasangan yang belum bersedia untuk menerima berita gembira ini. Kehamilan yang tidak dirancang mungkin akan menyebabkan beberapa perancangan anda terpaksa ditangguhkan. Malah bagi sang suami, ia mungkin juga sesuatu yang ‘menyusahkan’. Mana tidaknya, kehamilan menjadikan isteri kurang sihat, cepat letih, banyak ragam, dan perlukan perhatian khusus.
Dari segi ekonomi juga, ia bakal memerlukan kewangan yang lebih untuk perubatan, proses bersalin, dan menyara ahli baru. Boleh stres juga kalau tak bersedia secara mental!
2. ISTERI BERSALIN & BERPANTANG
Ads
Setelah isteri melahirkan bayi, bermulalah proses pemulihan atau berpantang. Walaupun berpantang ini bukanlah perkara wajib, tetapi si isteri yang dahulunya menguruskan serba satu kelengkapan suami – kini perlu berehat dan menumpukan perhatian kepada kesihatan diri sendiri serta si kecil.
Dalam tempoh ini, isteri juga akan memerlukan sokongan dan bantuan daripada suami. Susahlah kalau si isteri menguruskan semuanya sendiri. Nak memasak, mencuci baju, memandikan bayi, menyusu, dan berjaga tengah malam – bukan semua lelaki pandai membuat kerja rumah begini. Kalau suami tak sabar, mungkin mereka akan mengeluh dan rasa terbeban menguruskan isteri. Sebab itulah ada yang mengambil jalan mudah dengan menghantar isteri berpantang di kampung.
Tambahan pula, mereka juga perlu ‘berpuasa’ daripada melakukan hubungan intim dengan isteri sehinggalah luka bersalin kering dan pulih.
3. ISTERI BELUM DAPAT MENGANDUNG
Lain pula kisahnya kalau dapat isteri yang masih belum dapat melahirkan zuriat. Sebagai suami, ada yang merasakan ‘kelelakian’ mereka tercalar jika masih belum dikurniakan cahaya mata. Ke mana-mana pergi, asyik ditanya orang sekeliling. Pelbagai petua dan rawatan telahpun dicuba, namun hasilnya masih belum kunjung tiba. Dalam keadaan inilah sepatutnya suami patut sama-sama memberi sokongan dan tidak putus-putus mendoakan isteri.
Ads
Tapi ada pula jenis lelaki yang menanti-nanti saja si isteri memberi ‘lampu hijau’ dan asyik cari peluang menambah ‘cawangan’!
4. ISTERI MULA BERUBAH PENAMPILAN
Ada yang masa bujang dulu kurus dan seksi, lepas bersalin dah lebih berisi. Ada yang masa bekerja dulu seorang yang aktif, konfiden dan bijak dengan pakaian serba lengkap. Tapi kini bila dah jadi surirumah, isteri lebih banyak membuat kerja rumah dengan pakaian ringkas seperti T-shirt dan kain batik.
Hati suami pun makin suram dek merasakan isteri semakin ‘comot’ dan ‘tidak berkembang’. Kalau tak dtundukkan pandangan, ramai lagi wanita di luar sana yang menandingi kecantikan dan keremajaan si isteri.
Ads
Sungguhpun begitu, tidak boleh juga hanya menuding jari kepada isteri dengan alasan mereka tak tahu menjaga penampilan. Sudahkah suami membelikan produk penjagaan badan, kosmetik, dan pakaian yang cantik buatnya? Adakah suami selalu tolong di rumah supaya isteri ada banyak masa untuk berhias dan melakukan apa yang disukainya? Sedarkah bahawa mereka melakukan semuanya ini demi anda dan keluarga juga?
5. MULA MEMILIKI ‘SEGALANYA’
Bak kata orang, cinta isteri diuji ketika suami belum punya apa-apa, manakala cinta suami pula diuji ketika mereka memiliki segalanya. Bila perjalanan karier semakin baik, bisnes dan pendapatan semakin maju, ada suami yang mula melupakan pengorbanan isteri ketika mereka susah dulu. Mungkin mereka tidak menyedari bahawa jurang antara suami dan isteri menjadi semakin besar apabila isteri lebih banyak mendahulukan suami dalam soal kerjaya mereka.
Bila suami perlu outstation, isteri yang bercuti. Bila suami perlu berpindah, isteri yang bertukar tempat kerja. Bila tak ada yang nak urus anak sekolah, isteri juga yang berhenti kerja. Semua ini untuk memberi laluan kepada suami agar lebih berjaya.
Sumber : Siraplimau
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Seramai 700 atlet bakal melaporkan diri di perkampungan sukan dalam perhimpunan akhir atlet dari 4 hingga 10 Ogos ini, sebelum tirai Sukan SEA ke-29 disingkap secara rasmi pada 19 Ogos nanti.
Hotel Rennaissance Kuala Lumpur bakal menghimpun jumlah keseluruhan 1,039 individu, termasuk 162 jurulatih, pengurus pasukan dan anggota urusetia kontinjen dalam persediaan terakhir menjelang upacara pembukaan di Stadium Nasional, Bukit Jalil.
Kelompok atlet dibahagikan kepada enam cawangan mengikut bidang sukan, iaitu tempur, raket, kekuatan dan kuasa, berpasukan, air dan kemahiran.
Sukan tempur ialah taekwondo, karate, silat, wushu, tinju, lawan pedang, muay dan judo.
Raket merangkumi tenis, skuasy, badminton dan ping pong manakala sukan air adalah terjun, renang, renang irama, polo air, ski air, renang laut terbuka dan pelayaran.
Memanah, gimnastik artistik, gimnastik berirama, snuker dan billiard, menembak, boling tenpin, boling padang, petanque, golf, ekuestrian dan polo membentuk sukan kemahiran manakala berpasukan adalah hoki, sepak takraw, bola jaring, bola keranjang, bola sepak, futsal, bola tampar, kriket, hoki ais dan ragbi.
Sukan membabitkan kekuatan dan kuasa ialah lumba basikal, angkat berat, olahraga, luncur ais dan triathlon.
Beberapa sukan dikecualikan daripada menyertai perhimpunan ini disebabkan pelbagai faktor. Skuad ekuestrian sedang menghadapi kejohanan di Belgium, manakala pasukan polo menjalani latihan di Pekan.
Skuad muay menjalani latihan di Bangkok manakala pakar terjun berlatih di China hingga 18 Ogos.
Skuad bola sepak lelaki pula dijadual menghadiri majlis penyerahan bendera di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) pada 10 Ogos nanti.
Dalam perhimpunan tujuh hari ini, atlet negara dijadual menjalani sesi bina semangat dan setiakawan, selain mendengar taklimat Menteri Belia dan Sukan, YB Khairy Jamaluddin, Ketua Kontinjen, Datuk Marina Chin dan Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara (MSN), Datuk Ahmad Shapawi Ismail.
Kem ditutup dengan majlis penyerahan bendera di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) pada 10 Ogos.
Kontinjen negara akan diwakili oleh 871 atlet yang bertanding dalam 397 acara daripada 404 yang dipertandingkan secara keseluruhan. Seramai 392 pegawai terdiri daripada pengurus pasukan, penolong pengurus dan jurulatih turut membentuk kontinjen negara.
Sebelum upacara pembukaan secara rasmi pada Sabtu 19 Ogos, acara bola sepak lelaki akan bermula pada 14 Ogos nanti dengan Malaysia dijadual menentang Brunei.
‘Size does matter’. Namun sejauh mana kata-kata ini benar sehingga ia boleh menimbulkan isu dalam perhubungan. Bagi lelaki, ramai yang mengakui tidak kisah jika keluar bersama dengan perempuan yang lebih tinggi , namun bagaimana pula dengan wanita? Sanggupkah berduaan dengan lelaki yang jauh lebih rendah daripada mereka?
LELAKI ‘RENDAH’ TIADA KUALITI?
Mungkin sejak dari azalinya, lelaki dianggap pemimpin dalam perhubungan. Maka dari segi saiz dan ukurannya juga lelaki tinggi akan lebih menyerlah sifat sejati kepimpinannya. Namun, jika wanita itu sendiri punya ketinggian melebihi lelaki daripada mata kasar, pasangan sebegini agak tidak kena, bukan?
Benarkah wanita zaman kini tidak ‘layan’ lelaki rendah walaupun mereka punya rupa? Ada benarnya. Berdasarkan kaji selidik yang dilakukan Lunch Actually, sebuah agensi khidmat sosial terkemuka, mengikut hasil penyelidikan ke atas 1, 895 wanita dari Hong Kong, Singapura dan Malaysia, 70% wanita Malaysia mengakui tidak akan keluar dengan lelaki yang lebih pendek daripada mereka.
Jika benar ini realitinya, kenapa ramai wanita yang tidak sanggup. Apakah lelaki rendah tidak memenuhi piawaian dan kualiti yang dikehendaki. Jika kita intai, ramai juga personaliti yang dikenali, di mana wanita jauh lebih tinggi dari lelaki, contohnya Tom Cruise dan Katie Holmes, Keith Urban dan Nicole Kidman dan lain-lain.
1) Segan. Ini merupakan di antara punca utama. Risau akan dipandang serong dan dicaci sekiranya berjalan seiringan dengan lelaki rendah.
2) Tidak selamat. Perasaan ini mudah menggugat keintiman si wanita. Wanita sering kali berasa tidak selamat jika berpasangan dengan lelaki lebih rendah.
3) Kebudakan. Persepsi ‘pendek seperti budak’ juga selalu bermain dalam fikiran wanita. Risau jika lelaki tersebut berperangai seperti keanak-anakan.
‘Cinta sejati tidak mengenal rupa, pangkat dan harta’. Itu realiti yang sebenarnya. Jika anda berkasih dengan lelaki yang ‘rendah’, ada tip boleh anda gunakan untuk mengekalkan hubungan tersebut.
1) Jangan timbulkan isu. Wanita harus bijak dalam mengawal keadaan. Jangan sesekali menimbulkan isu ukuran si dia di hadapan siapa-siapa pun kerana isu ini cukup sensitif.
2) Jangan pakai kasut bertumit tinggi. Bagi wanita, ada baiknya tidak mengenakan kasut yang bertumit tinggi apabila berduaan. Bila anda berdua jalan seiring, ia lebih manis dan elok dipandang. Si dia pun tidak akan berasa janggal.
3) Yakini cinta anda. Jika anda berdua sering dipandang pelik mahupun diejek, abaikan. Jika si dia cinta sejati anda, terimalah si dia dalam apa jua keadaan pun.
Temui 10 kasut larian tempo terbaik 2025 pilihan pakar, lengkap dengan ulasan dan sebab mengapa setiap model menonjol. Ketahui kasut yang paling sesuai untuk meningkatkan prestasi dan kelajuan tempo run anda tahun ini.