Kalau kereta anda tak ada tinted, windshield cover dan sunshade boleh jadi penyelamat.
Ibarat pelindung matahari untuk kereta, ia halang cahaya terus masuk melalui cermin depan dan tepi, sekaligus kurangkan suhu dalaman.
Bila cahaya matahari terhalang daripada masuk secara terus, suhu dalaman kereta akan jadi jauh lebih rendah.
Foto : Siakap Keli
Tambahan pula, ini juga membantu mengelakkan kerosakan pada bahagian dalaman seperti papan pemuka dan tempat duduk akibat pendedahan UV yang berterusan.
Turunkan Cermin Sikit
Cara mudah tapi ramai tak tahu adalah turunkan cermin tingkap sikit bila parking.
Ads
Ini beri ruang untuk pengudaraan dan elakkan udara panas terperangkap. Tapi, pastikan tempat parking tu selamat ya!
Namun, pastikan kereta diparkir di tempat yang selamat dan terjaga, seperti dalam kawasan berpagar atau tempat awam yang ramai orang.
Elakkan buat di kawasan sunyi bagi mengelakkan risiko kecurian.
Foto : Carlist
“Kipas” Udara Panas Keluar
Sebelum masuk kereta, buka pintu pemandu dan turunkan tingkap penumpang.
Lepas tu, hayun pintu pemandu beberapa kali untuk keluarkan udara panas. Nampak kelakar, tapi sangat berkesan!
Sebenarnya teknik ini berkesan untuk mengeluarkan udara panas yang terperangkap dalam kereta.
Ads
Dalam beberapa saat, anda akan rasa suhu dalam kereta jadi lebih ‘bernafas’.
Cover Tempat Duduk, Lagi-Lagi Yang Kulit
Tempat duduk kulit memang mudah serap haba. Bila duduk je rasa macam terbakar! Guna kain nipis atau sarung khas untuk lindungi tempat duduk dari matahari.
Selain kurangkan panas, ia juga jaga permukaan kerusi dari cepat rosak.
Selain melindungi dari panas, ia juga dapat memanjangkan jangka hayat kerusi daripada cepat merekah atau rosak akibat sinaran matahari.
Foto : mStar
Tinted Cermin Kereta
Kalau bajet mengizinkan, pasang tinted berkualiti dan ikut spesifikasi JPJ.
Ads
Tinted bukan sahaja kurangkan haba, tapi juga halang sinaran UV yang boleh merosakkan dalaman kereta.
Nampaknya Indonesia terlebih dahulu melancarkan model Honda Civic Type R. Dibawakan oleh PT Honda Prospect Motor (HPM) pada Gaikindo Indonesia International Auto Show 2017 (GIIAS), model prestasi Honda itu dijual pada harga Rp995 juta (RM318,400).
Harga tersebut tidak jauh berbeza dengan harga yang dianggarkan oleh penulis apabila model tersebut tiba ke pasaran tempatan.
Di bawah hud Civic Type R terletaknya enjin 2.0 liter VTEC turbo yang mampu menghamburkan kuasa 306hp pada 6, 500rpm dan tork 400Nm yang dicapai seawal 2, 500rpm.
Sayangnya kuasa Civic Type R yang dibawa masuk ke pasaran Indonesia itu sedikit rendah berbanding spesifikasi yang ditawarkan di United Kingdom dengan kuasa 316hp.
Kemudian, jana kuasa berkenaan dipadankan dengan transmisi 6-kelajuan manual bersama tiga mod pemanduan iaitu +R, Sport dan Comfort.
Rekaan yang ditampilkan oleh Type R lebih agresif dan memiliki penampilan gaya perlumbaan. Lampu utama disematkan dengan ciri LED. Manakala imej sporty boleh diserlahkan menerusi rim aloi 20 inci bersama tiga ekzos.
“Honda Civic Type R akan melengkapi varian Civic di Indonesia untuk memenuhi keperluan gaya hidup masyarakat yang menginginkan karakter litar,” ujar Ketua Pegawai Eksekutif Honda Motor Asian, Shinji Aoyama.
Pada bahagian kabin ditawarkan dengan skrin sentuh 7-inci dan Apple CarPlay serta Android Auto. Pelanggan di Indonesia boleh memilih pilihan warna Rally Red, Championship White, Brilliant Sporty Blue dan Sonic Grey Pearl.
Tambahan dua lagi warna iaitu Crystal Black Pearl dan Polished Metal akan ditawarkan tahun depan.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Bagi pemilik Perodua Ativa, Alza, Myvi, dan Axia yang menggunakan sistem transmisi D-CVT (Dual-mode Continuously Variable Transmission), masalah gearbox sering menjadi kebimbangan.
Antara isu yang kerap dialami pengguna ialah rasa ‘sentap’ ketika memasukkan gear. Bayangkan anda pada waktu pagi nak pergi kerja tiba-tiba bila nak masuk ke gear D ada rasa sentakan yang kuat.
Selain rasa hentakan ke depan, bunyi kasar juga sering kedengaran, membuatkan anda bukan sahaja risau malah tidak selesa.
Walaupun ramai beranggapan masalah ini berpunca daripada kerosakan gearbox, sebenarnya ia berkait rapat dengan tabiat parkir yang salah.
Kebanyakan pemandu tanpa sedar meletakkan tekanan yang tidak perlu ke atas sistem gearbox ketika parkir, lebih-lebih lagi apabila berada di kawasan berbukit atau cerun.
Kesilapan Lazim Ketika Parkir Kereta
Kebiasaannya, ramai pemandu akan terus menukar gear ke posisi ‘P’ sebaik sahaja sampai ke tempat parkir, diikuti dengan menarik brek tangan (handbrake).
Walaupun nampak seperti langkah yang biasa dan betul, cara ini sebenarnya menyebabkan bebanan berlebihan pada sistem gearbox.
Gearbox D-CVT kereta anda terpaksa menahan berat kereta, terutamanya jika parkir di kawasan yang tidak rata. Inilah yang menjadi punca kepada rasa ‘sentap’ dan bunyi kasar apabila gear ditukar pada waktu pagi.
Perkara ini pernah dikongsikan oleh akaun TikTok pusat servis kereta, @altimatautogarage yang berkata masalah ini sangat biasa dilakukan oleh pemilik Ativa, Alza dan MyVi tanpa sedar.
Cara Parkir & Tukar Gear Dengan Betul
Untuk mengelakkan sebarang masalah di masa akan datang pada gearbox D-CVT, terdapat satu kaedah yang lebih baik dan mesra gearbox yang patut diamalkan oleh semua pemandu:
Kekalkan Gear di Posisi D atau R – Sebaik sahaja sampai ke kawasan parkir, kekalkan gear dalam posisi ‘D’ (Drive) atau ‘R’ (Reverse).
Tukar Gear ke ‘N’ (Neutral) – Sebelum menarik handbrake, tukarkan gear ke posisi ‘N’. Ini penting untuk mengalihkan beban kereta daripada sistem gearbox.
Tarik Handbrake – Selepas gear berada di posisi ‘N’, barulah anda menarik handbrake. Ini akan memastikan kereta anda distabilkan oleh sistem brek, bukan gearbox.
Tukar Gear ke ‘P’ (Park) – Selepas memastikan brek tangan ditarik dengan kemas, barulah anda menukar gear ke posisi ‘P’. Dengan langkah ini, beban kereta tidak akan ditanggung oleh sistem gearbox, sebaliknya oleh brek kereta.
Kenapa Penting Untuk Amalkan Cara Ini?
Dengan mengamalkan cara parkir yang betul, anda bukan sahaja dapat mengelakkan rasa ‘sentap’ dan bunyi kasar ketika menukar gear, malah dapat memanjangkan jangka hayat gearbox kereta anda.
Masalah yang sering dialami pengguna Perodua Ativa, Alza, Myvi, dan Axia ini bukanlah berpunca daripada kecacatan teknikal, tetapi daripada tabiat memandu yang kurang tepat.
Selain itu, cara ini juga amat penting jika anda sering parkir di kawasan berbukit atau cerun.
Bebanan yang ditanggung oleh gearbox ketika parkir di kawasan seperti ini boleh merosakkan komponen dalaman gearbox, yang akhirnya membawa kepada kos pembaikan yang tinggi.
Ingatlah pemilik kereta yang menggunakan sistem D-CVT, menjaga gearbox adalah penting untuk memastikan kereta sentiasa dalam keadaan terbaik.
Dengan hanya mengubah tabiat cara parkir, anda boleh mengelakkan masalah gearbox yang biasa dialami.
Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Berapa jam sehari anda luangkan dalam kereta? Termasuk waktu jem. Mesti lama, kan? Kereta kita ni dah macam rumah kedua. Tapi, bersih ke tempat duduk kereta anda? Terutamanya musim hujan dan banjir sekarang ni.
Tahukah anda, kajian mendapati tempat duduk kereta lebih kotor dari tandas? Ya, kotoran dan kuman pada ‘carseat’ anda tak jauh beza dengan yang dalam tandas!
Pencemaran ini berkemungkinan besar berlaku apabila kondisi dalam kereta tidak dibersihkan dengan baik, terutamanya pada bahagian tempat duduk. Jika tidak dijaga rapi, pelbagai jenis kuman boleh muncul dan membiak bebas di dalam kereta anda.
Apabila anda tahu beberapa jenis kuman yang disenaraikan di bawah boleh wujud dalam kereta, pasti anda terus nak pergi basuh kereta sekarang!
SALMONELLA
Ramai gemar makan dalam kereta, mungkin kerana ingin cepat atau menjimatkan masa, terutamanya ketika dalam perjalanan ke tempat kerja. Namun, tanpa disedari, lebihan makanan yang terjatuh di dalam kenderaan boleh menjadi punca bakteria seperti Salmonella membiak.
Kanak-kanak dan warga emas yang mempunyai tahap sistem imunisasi rendah berdepan risiko tinggi jika terdedah kepadanya. Jangkitan ini biasanya boleh menyebabkan cirit-birit yang teruk.
BACILLUS CEREUS
Sesetengah orang mungkin suka mengangkat kaki ke atas belakang atau di atas tempat duduk. Bayangkan jika sebelum itu anda berkaki ayam di luar dan membawa masuk kotoran tanah yang kemudiannya terjatuh ke bahagian pemegang minuman.
Malang tak berbau, kotoran itu mungkin mengandungi bakteria Bacillus cereus yang boleh menyebabkan keracunan makanan. Selain itu, haiwan peliharaan juga berpotensi membawa masuk bakteria ini ke dalam kenderaan anda.
E.COLI
Bayangkan pula tisu terpakai yang anda gunakan untuk lap hidung ketika memandu, kemudian ditinggalkan begitu saja dalam kereta. Ini sebenarnya boleh menyebabkan bakteria E.coli berpindah ke atas tempat duduk anda.
Seperti yang kita tahu, bakteria E.coli ini boleh membawa kepada masalah cirit-birit, dan dalam kes yang lebih serius, ia juga boleh mengakibatkan kegagalan fungsi buah pinggang. Jadi, hati-hati!
Sisa makanan yang terjatuh di dalam kenderaan juga boleh menjadi punca utama pembiakan kulat dan fungi. Ini terutamanya jika makanan atau minuman yang basah dibiarkan terlalu lama. Walaupun risiko kesihatan umumnya tidak terlalu tinggi, ia boleh memberi kesan buruk kepada individu yang mempunyai alahan dan asma.
Jadi, bersihkanlah kenderaan anda dengan kerap, terutamanya di bahagian dalam. Jangan tangguh lagi!
Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Kemsite memperkenalkan konsep “Outdoor Inside” di The Gardens Mall, membawa gaya hidup outdoor ke ruang urban dengan jenama premium dan pengalaman eksklusif yang menggabungkan alam, rekaan dan keselesaan moden.