Sebelum kemunculan drama Korea di Malaysia, drama Filipina, Telenovela Mexico dan Sinetron Indonesia telah menghiasi hari-hari anda di kaca tv. Drama Thailand juga tidak ketinggalan. Anda masih ingat lagi dengan drama Wei Rai High School? Drama yang cetus fenomena di Malaysia. Selepas dari itu, banyak filem dari negara jiran ini masuk ke dalam negara kita seperti Ong Bak, Shutter dan banyak lagi. Dalam 2010, Malaysia digemparkan dengan pelakon Thailand yang memiliki wajah seperti artis kpop. Filem A Crazy Little Thing Call Love ini memang trending lah dekat Malaysia ni. Jadi, ini antara artis Thailand yang mungkin anda kenal, atau mungkin anda tak kenal menjadi hero dalam Thai Lakorn.
Weir Sukollawat Kanarot
Pelakon kacak yang mempunyai kelulusan Civil Engineering ini sudah mula belakon daripada tahun 2008. Lahir pada 18 April 1985, Weir masuk ke dalam industri dengan bantuan pengurusnya Ae Suphachai yang melihat gambarnya dari telefon rakannya. Ae terus melamar Weir untuk masuk ke dalam dunia hiburan. Pada ketika itu, Weir masih lagi dalam pengajian. Setelah dapat green light daripada orang tuanya, beliau terus masuk ke dalam dunia lakonan. Lakorn pertama beliau ialah Plik Din Su Dao dimana dia berpasangan dengan bekas teman wanitanya, Pancake Khemanit Jamikorn.
Mario Maurer
Sebelum semua wanita gilakan Menteri Belia dan Sukan, wanita banyak gilakan pelakon Thailand ini. Mario Maurer yang mula masuk ke pasaran Malaysia menerusi lakonannya dalam filem A Crazy Little Thing Call Love. Tak sah kalau mereka yang gemar kpop tidak tahu filem ini. Cinta remaja yang sangat sweet! Untuk pengetahuan anda, lelaki yang lahir pada tahun 1988 ini, mempunyai darah kacukan Cina dan Jerman. Sebab itu wajahnya kacak! Pada usia 16 tahun, Maurer telah mejadi model pengambaran untuk tujuan komersial, sisipan kulit muka majalah dan video muzik. Pada tahun 2007, beliau memulakan kariernya sebagai pelakon sebagai watak utama dalam filem bergenre percintaan berbahasa Thai iaitu The Love of Siam.
Ads
Sunny Suwanmethanon
Lelaki yang makin mencipta nama di Malaysia menerusi filem I’m Fine Thank yoU, Love You ini lahir pada 18 Mei 1981. beliau merupakan seorang pelakon dan model Thailand. Beliau terkenal setelah berlakon sebagai Khaiyoi dalam filem Dear Dakanda pada tahun 2005. sedikit trivia untuk anda, Sunny tidak pernah datang ke Malaysia sebelum ini, melalui filem yang di promosikan bersama Nickhun dan Yaya, beliau berasa sungguh teruja kerana mempunyai peminat di Malaysia. Mestilah kita suka Sunny cakap English! Vass
Ads
Sukrit Wisetkaew
Sukrit Wisetkaew dilahirkan 4 September 1985, lebih selesa dipanggil dengan nama panggilannya Bie. Dia merupakan seorang penyanyi dan pelakon pop Thailand. Bakatnya mula dikenali apabila dia memasuki tandingan bakat televisyen Thailand yang ketiga di The Star. Selepas berjaya mendapat tempat ke dua, Bie menjadi salah satu penyanyi yang paling popular dan mendapat populariti yang besar selepas single debutnya I need Somebody.
Selain kariernya sebagai penyanyi dan pelakon dalam drama TV dan sitkom, beliau juga dilatih untuk menjadi pelakon teater dalam beberapa muzikal.
Pada 2008, selepas di bawah 2 tahun dalam dunia hiburan, Bie menjadi salah satu daripada Orang Yang Paling Berpengaruh di Thailand menerusi salah sebuah majalah tempatan Thailand. Lakonannya memang menjadi, antara drama lakonannya adalah You’re My Destiny yang di adaptasi dari drama Taiwan dan Korea. Sila tengok ye.
Ads
Nadech Kugimiya
Lahir pada tahun 1991 ini merupakan aktor dan model di Thailand. Nadech Kugimiya dilahirkan di Khon Kaen, Thailand. Beliau merupakan lelaki kacak berdarah campuran Austria dan Thai. Namun, beliau telah dibesarkan oleh ayah angkatnya, Yoshio Kugimiya dan ibu angkatnya, Sudarat Kugimiya. Beliau adalah anak tunggal kepada ayah dan ibu angkatnya. Ayah angkatnya adalah orang Jepun dan ibu angkatnya adalah orang Thai. Nama samaran beliau “Barry” datang dari nama samaran asal beliau, “Brand”. Beliau mempunyai kelulusan Ijazah Sarjana Muda dari Fakulti Komunikasi di Universiti Rangsit, Thailand. Pada tahun 2010, beliau memulakan debut drama beliau menerusi wataknya sebagai “Nawa Gamtornpuwanat” dalam drama Ngao Rak Luang Jai. Beliau memperoleh populariti yang besar di Thailand selepas lakonannya sebagai watak utama, “Fai Akkanee Adisuan” bersama pelakon wanita Urassaya Sperbund dalam drama Duang Jai Akkanee daripada siri drama 4 Hua Jai Haeng Khun Khao.
Mike Pirath Nitipaisankul
Awalnya lelaki ini merupakan seorang pnyanyi berkumpulan bersama abangnya sejak tahun 2002 lagi. Kebelakangan ini, Pirath atau lebih selesa dengan panggilan Mike lebih menumpukan pada aktiviti lakonannya. Mula menempah nama di Malaysia apabila Thailand membuat remake drama siri Korea Full House, lelaki yang mempunyai iras Korea ini status sudah berkahwin tidak menghalangnya untuk terus melebarkan sayapnya di seluruh asia dengan membintangi drama bersiri dari China.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Pernah tak anda pakai produk ubat gigi yang berjenama dan kurang berjenama tapi gigi anda masih kurang putih. Lagi sedih kalau ubat gigi tu mahal, dan bahaya! Sebenarnya, ada banyak ramuan yang boleh menjadikan gigi anda putih dan bersinar. Antaranya:
Kulit Pisang
Kulit pisang mampu memutihkan gigi anda. Caranya sangat mudah, pilih pisang yang dah masak namun jangan ambil terlalu masak sehingga hitam.. Gosok kulit pisang ke seluruh gigi, biarkan selama 10 minit. Selepas 10 minit, bilas dengan berus gigi anda dengan air biasa. Setelah itu, berus gigi anda dengan ubat gigi seperti biasa untuk menyegarkan kembai nafas anda. Taklah berbau pisang. Lakukan rawatan kulit pisang itu setiap hari bagi mendapatkan hasil yang cepat.
Arang
Sebenarnya Arang sudah pun dijadikan ubat gigi untuk anda yang tahu akan keberkesanan arang terhadap diri anda. Abu kayu mengandungi kalsium hidroksida yang bertindak sebagai agen pembersihan. Jadi, ia boleh membantu apabila anda ingin gigi yang putih dan berkilau. Tetapi, anda juga perlu ingat bahawa kayu abu boleh merosakkan gigi jika digunakan untuk tempoh yang lama. Kami sarankan anda memakai dua minggu sekali.
Garam
Anda juga boleh gunakan benda paling senang untuk anda jumpa dalam kawasan dapur anda tu iaitu Lemon dan Garam. Ini adalah cara yang sangat berkesan dan mudah diperolehi. Taburkan sedikit garam di atas sepotong lemon dan gosok gigi anda dengannya. Cuci mulut dengan air yang banyak.
Kulit Limau
Tahukah anda kulit limau yang biasa anda buang itu boleh digunakan untuk memutihkan gigi? Caranya mudah sahaja, Gosokkan kulit limau tersebut pada gigi anda selama 5-10 minit kemudian berus gigi anda seperti biasa. Lakukannya sehingga nampak perubahan warna gigi anda.
Baking Soda
Common sense jugak kan, bila anda gunakan baking soda utnuk memutihkan periuk atau apa-apa perkakas, pasti ia juga boleh memutihkan kulit. Ambil apa-apa tiub ubat gigi dan lihat apa kandungan yang termasuk dalam kebanyakan jenama baking soda! Jika digabungkan dengan peroksida ia memberikan kesan pemutihan. Satu-satunya kelemahan menggunakan hanya baking soda adalah jika ia digunakan terlalu kerap, ia boleh merosakkan gusi anda. Jika digunakan sekali seminggu, ia tidak berbahaya dan sempurna dalam menghilangkan kotoran dan plak.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Selepas beberapa bulan lalu kolaborasi North Face dan Gucci diumumkan, ramai penggemar fesyen global tidak sabar menantikan kemunculannya. Dan kini koleksi yang mendapat inspirasi zaman 70-an dan retro, diperkenalkan untuk tontonan umum.
Inilah koleksi kolaborasi terbesar untuk penghujung tahun 2020 yang penuh dengan liku dan cabaran. Jenama mewah terkenal, Gucci kini memperkenalkan seleksi foto rasmi untuk koleksi kolaborasinya bersama jenama outdoor, North Face.
Seperti yang dijangkakan ramai pemerhati fesyen, kolaborasi dua jenama ini menggabungkan warisan dan legasi rekaan mereka menjadi satu. Gabungan yang dilihat mewah dengan sentuhan minimalis ini khusus buat mereka yang gemarkan aktviti outdoor dan dalam masa yang sama tampil bergaya eksklusif.
ELEMEN VIVID
Mengambil pengaruh Gucci, warna yang dipersembahkan sarat dengan elemen vivid menjadikan koleksi ini nampak lebih menyerlah berbanding pakaian outdoor yang lain.
Manakala cetakan logo North Face dan monogram Gucci pula mendapat sentuhan inspirasi gaya rekaan 70-an. Kerjasama Gucci bersama North Face ini merupakan kombinasi yang unik kerana kedua-duanya dari dua dunia berbeza.
Koleksi yang dijangka mendapat sambutan luar biasa ini dilaporkan akan mula ditawarkan pada penghujung tahun ini dan awal tahun 2021.
Adakah ia akan turut terdapat di pasaran Malaysia? Sama-sama kita tunggu! Jangan lupa untuk follow Instagram MASKULIN bagi update gaya hidup lelaki terkini!
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Tali leher merupakan antara komponen aksesori pakaian yang paling penting buat seorang lelaki. Tali leher dianggap sebagai pelengkap kepada kemeja dan pemakaian kot atau blazer, selain menjadi sebahagian daripada pakaian rasmi lelaki untuk pelbagai majlis.
Bukan itu sahaja, tali leher juga dianggap sebagai mewakili organisasi atau pertubuhan yang diwakili oleh sesetengah daripada anda.
Jadi bab memilih tali leher yang sesuai memang sangat penting. Itu belum lagi kita berceloteh tentang kepelbagaian teknik dan cara mengikat tali leher.
Sebagai lelaki, anda harus pandai memilih tali leher yang sesuai untuk diri sendiri. Ini tipnya.
Ukuran panjang
Panjang tali leher seharusnya mencecah kepala tali pinggang. Atas dari tali pinggang atau panjang melebihi tali pinggang akan terlihat canggung dan kelakar.
Saiz tali leher
Terdapat tiga saiz berbeza tali leher yang perlu anda tahu. Pertama adalah saiz standard yang berukurun 3.75 hingga 4 inci. Tali leher jenis ini sesuai dipakai oleh lelaki plus size atau mereka yang mempunyai badan yang lebar.
Yang kedua pula tali leher dari jenis narrow. Tali leher jenis ini biasanya berukuran antara 2.75 hingga 3 inci. Saiz ini agak istimewa kerana boleh dipakai oleh mereka yang mempunyai saiz badan yang besar, sederhana atau kecil. Lebih-lebih lagi jika yang berbadan besar mengenakan suit.
Dan yang ketiga pula ialah skinny. Dengan ukuran antara 1.75 hingga 2 inci, tali leher ini bukanlah tali leher formal dan tidak sesuai dipakai untuk urusan rasmi atau ke pejabat. Ia biasanya dipakai untuk majlis tak formal atau pasti. Dan biasanya digayakan dengan seluar jenas. Tentunya tali leher skinny sesuai untuk mereka yang berbadan sangat kurus.
Jenis ikatan
1. Dimple
Tali leher biasanya digayakan dengan jenis ikatan dimple. Ia merujuk kepada alur tali leher di bahagian atas yang berlekuk. Dimple ini menunjukkan gaya seorang lelaki yang mementingkan kekemasan dan ketelitian.
2. Tie bar
Antara jenis ikatan lain yang juga popular ialah tie bar atau tie tack. Tie bar merupakan kepingan besi yang dipakai melintang dan dikepitkan pada bahagian placket baju. Tie tack pula pin yang dikenakan pada tali leher dan disematkan sekali dengan bahagian baju. Kedua-dua aksesori ini adalah untuk memastikan kekemasan tali leher yang dipakai.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Temui 5 kelebihan luar biasa hiking untuk lelaki cara hebat untuk bina mental toughness, kekal fit, dan nikmati ketenangan minda. Hiking bukan sekadar panjat bukit, tapi gaya hidup lelaki kuat.