Menggembirakan hati pasangan dianggap sebagai elemen yang remeh bagi sesetengah lelaki. Kebanyakan setiap suami akan beranggapan bahawa keperluan isteri sudah terjaga sekiranya keperluan rumah dan wang ringgit tidak putus diberi pada setiap bulan. Anggapan ini ternyata salah. Adakah anda tahu bahawa menggembirakan hati pasangan sama ada isteri atau suami punya banyak kuasanya dalam mengutuhkan lagi hubungan yang sedang rawan?.

 

Namun menggembirakan hati isteri ternyata sulit bagi sesetengah suami apa lagi suami yang pendiam dan tidak banyak mulut. Jadi bagaimana? Tip ringkas ini wajar anda baca dan selami hati sang isteri agar menjamin kesejahteraan keluarga bahagia bersama.

6 Perkara Lelaki Kena Buat Bila Dah Masuk Fasa Suam-Suami Orang

  1. Ringankan Kerja Isteri

Isteri pastinya tidak meminta. Namun sesekali bantulah ringankan tugas isteri di rumah dan boleh juga menjaga anak-anak kala dia perlukan rehat. Beri dia rehat yang secukupnya sekali-sekala tanda penghargaan untuk isteri.

Sesekali mengambil tugas menyediakan sarapan buat keluarga juga sudah dianggap hebat daripada isteri, apalagi jika anda meminta menyediakan makan malam untuk seisi rumah. Pasti isteri anda amat bersyukur dan bangga kerana memiliki suami seperti anda.

  1. Ungkapan Sayang Di Bibir

Jangan anggap kata-kata sayang adalah perkara yang remeh bagi anda. Selalulah beritahu isteri bahawa anda amat menyayanginya agar dia tahu dirinya sentiasa disayangi. Tidak pernah tidak, pastikan setiap hari anda mengucapkan kata-kata ‘I love you’ biar hanya dalam sistem pesanan ringkas atau ‘WhatsApp’. Dalam kesibukan tugasan dan kerja di pejabat, melihat mesej ringkas sang suami sekali imbas sahaja nyata menaikkan semangat si isteri. Anda harus cuba!

IKLAN

 

  1. Bergurau Senda

Tidak perlu kata-kata manis dan ayat ‘power’ untuk si isteri, cukuplah hanya sekadar gurauan biasa yang membuatkan hati si isteri terhibur kala diusik. Tanpa kata-kata dan percakapan pastinya jadi lebih sunyi dan impaknya buat isteri kurang rasa dihargai apa lagi disayangi.

Jika berdua di dalam kereta misalnya, ambillah masa berbual dengan isteri dan sesekali selitkan gurauan dan usikan yang mampu membuatkan dia ketawa. Biarpun lelah menguruskan kerja di rumah dan anak-anak yang tidak pernah sudah, hati si isteri pasti terhibur.

6 Perkara Lelaki Kena Buat Bila Dah Masuk Fasa Suam-Suami Orang

IKLAN
  1. Pujuklah Hatinya

Bukan wanita rasanya jika isteri anda langsung tidak pernah merajuk dengan kelakuan dan kata-kata anda. Bukan kerana ayat kasar yang dilontarkan tetapi yang anda perlu sedari, hati wanita sememangnya lembut dan begitu sensitif sekali. Beri dia sedikit masa dan kemudian pujuklah dengan lembut.

Jika tidak mampu bercakap secara langsung, mesej ringkas berbunyi ‘sayang’ atau ‘saya rindu awak’ sudah cukup buat wanita rasa tidak diabaikan. Apa lagi jika anda menghadiahkannya sebuah hadiah kecil. Jadi berusahalah.

 

 

IKLAN
  1. Peluk Cium Selalu

Jangan anggap cinta sudah pudar biarpun anda sudah melalui usia perkahwinan yang sudah cukup matang. Sebaliknya berusahalah menjadikan hubungan anda sama seperti baru berkahwin. Setiap hari di rumah, peluk dan ciumlah isteri selalu.

Ambil masa dua minit untuk tip ini setiap kali sebelum melangkah kaki ke pejabat. Kajian pakar daripada Jerman membuktikan amalan ini cukup baik untuk sistem reproduksi wanita. Amalan yang pada mulanya janggal akan bertukar menjadi perkara paling menyeronokkan. Bahagia itu milik anda. Ayuh lakukannya sekarang.

  1. Luang Masa Bercuti

Jika mempunyai wang lebihan pada seperti bonus dan sebagainya, sesekali ajaklah isteri bercuti di hujung minggu. Tidak perlu perjalanan yang jauh, sebaliknya ukurlah kemampuan sendiri dengan bercuti di dalam negara sahaja. Ambil masa berdua dan berehatlah daripada segala kesibukan urusan setiap hari.

Lebih tenang, relaks malah isteri juga lebih gembira dan pasti tersenyum bangga. Memilih tarikh ulang tahun perkahwinan atau hari jadi si isteri tentunya menjadi memori yang paling diingati sepanjang hayatnya.

 

 

Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.

KLIK DI SEENI