MASKULIN yakin mungkin ramai yang akan triggered dengan artikel ini. Okay, bertenang dahulu kerana ini adalah pendapat penulis sahaja, tidak lebih daripada itu.

And yes bro, penting juga untuk ditekankan ini adalah perbandingan antara dua francais filem antara dua gergasi superhero utama. Ia bukan perbandingan daripada karakter komik mana yang lebih awesome, power dan paling legend.

Semua dah bertenang? Jadi mengapa filem-filem Marvel Cinematic Universe (MCU) lebih baik berbanding DC Extended Universe (DCEU)? Jom ikuti sebab musababnya di bawah.

HUMOR

6 Sebab Marvel Cinematic Universe Lebih Baik Berbanding DC Extended Universe

Perlu diakui penonton filem bukan semuanya merupakan pengikut komik yang setia. Malah majoriti daripada penonton adalah golongan marhaen yang mahukan hiburan semata. Filem-filem MCU seperti yang kita tahu cukup gaya dengan elemen humor yang diselitkan di sebalik aksi pertarungan superhero. Berbeza dengan DCEU yang terkenal (terutamanya di kalangan peminat setia) dengan unsur lebih dark dan gritty. Namun dalam filem terbaru DCEU iaitu ‘Aquaman’ ia nampaknya telah berubah sedikit.

IKLAN

PERANCANGAN

6 Sebab Marvel Cinematic Universe Lebih Baik Berbanding DC Extended Universe

Ini memang kita tak dapat nafikan MCU memang power. Mereka telah melakukan perancangan yang cukup teliti dengan melancarkan fasa demi fasa. Yang terkini MCU telah memasuki fasa yang ketiga yang akan berakhir dengan ‘Avengers: Endgame’ pada tahun hadapan. Manakala fasa keempat pula juga bermula tahun hadapan dengan filem ‘Spider-Man: Far From Home’. Selain filem MCU turut mempunyai rangkaian program TV yang menonjolkan karakter-karakter seperti Daredevil, Luke Cage dan Iron Fist. Berbeza pula dengan DCEU yang dilihat agak terumbang-ambing dengan pelbagai kontroversi belakang tabir.

BACA: ‘AQUAMAN’ Bukan Sekadar Filem Supehero Sado Bercakap Dengan Ikan

IKLAN

EASTER EGG

6 Sebab Marvel Cinematic Universe Lebih Baik Berbanding DC Extended Universe

Filem-filem MCU memang sangat penuh dengan easter egg yang sentiasa membuat peminat setia mereka berasa teruja ketika menonton. Dengan ‘saiz’ MCU yang sangat besar dan karakter yang ramai ia memberi ruang kepada pengarah untuk bermain dengan easter egg. Secara tidak langsung perkara seperti ini membuatkan peminat mereka akan jadi lebih teliti dan menghargai setiap karakter. Ia seakan ‘habuan kecil’ yang dinantikan oleh mereka.

IKLAN

SIRI TV

6 Sebab Marvel Cinematic Universe Lebih Baik Berbanding DC Extended Universe

Seperti yang MASKULIN katakan di atas, MCU mempunyai rangkaian yang cukup besar merangkumi beberapa siri TV. Kejayaan beberapa siri TV di Netflix menggunakan karakter Marvel yang berlaku dalam universe yang sama ternyata berhasil. ‘Daredevil’ menjadi siri TV pertama di Netflix melakar konsep ini dan ia diikuti dengan ‘Jessica Jones’, ‘Luke Cage’ dan banyak lagi. Berbeza pula dengan drama TV karakter DC yang tiada kaitan langsung dengan filem-filemnya.

PENAMPILAN STAN LEE

Dia adalah ikon Marvel yang paling terkenal. Mendiang Stan Lee yang menjadi antara nadi utama Marvel telah muncul di dalam semua filem MCU setakat ini. Selain filem MCU dia juga muncul dalam siri TV dan filem Marvel terbitan Sony dan juga 20th Fox Century. Di setiap filem MCU pasti peminat tertunggu-tunggu bilakah dia akan muncul dan apakah watak istimewa yang dipegang olehnya. Seluruh dunia berdukacita dengan pemergian Stan Lee pada 12 November 2018 yang lalu.

BABAK POST CREDIT

Tidak keterlaluan dikatakan bahawa filem-filem MCU yang telah mempopularkan post credit. Sebelum ini ada pernah kita tengok orang sanggup tunggu hingga senarai kredit berkahir semata-mata menunggu babak istimewa yang kadangkala tidak lebih seminit? Itulah yang telah berjaya dilakukan oleh MCU. Ia mencipta satu budaya menonton baru di mana peminat tertanya-tanya apakah hint terhadap kesinambungan filem mereka akan datang.

Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.

KLIK DI SEENI