Untuk dapatkan bentuk tubuh badan yang sado yang seksi bersixpack bukanlah satu perkara yang mudah. Bagaimanapun, bagi sesetengah lelaki, obses mereka lebih daripada membina badan sasa apabila ada yang berusaha memiliki otot six pack pada bahagian perut.
Khas buat anda, kami singkap rahsia cara selebriti Hollywood ini mendapatkan six pack mereka.
Zac Efron
Lelaki idaman ramai ini akhirnya berotot tanpa lemak seberat 25 paun setelah mengamalkan campuran senaman deadlifts, squats, overhead presses dan weighted pull-ups selama 5 hari seminggu untuk kelihatan lebih buff di dalam filem The Lucky One.
Joe Jonas
Walaupun badannya tidaklah segagah selebriti yang lain, dia menjaga badannya agar sentiasa berotot. Joe mengamalkan senaman kardio yang berat dan cross training untuk menjaga bentuk badannya.
Ads
Marc Jacobs
Sekiranya anda rasakan diri sudah terlambat untuk mendapatkan perut yang kempis, anda silap. Pereka fesyen terkenal Marc Jacobs mula mengamalkan gaya hidup sihat dengan mula pergi ke gimnasium setelah umurnya mencecah 49 tahun dan itulah rutin hariannya untuk mendapatkan badan dan perut yang kekal cantik. Jadikan dia inspirasi anda okey?
Ads
Adrien Brody
Ada juga lelaki yang tidak mahukan 6-pack tetapi mahukan abdomen yang terbentuk seperti Adrien Brody. Dia bukan sahaja kerap mengangkat berat tetapi menjaga pemakanannya. Dia mengamalkan diet yang tidak berlemak, mengurangkan pengambilan gula dan alkohol untuk mengekalkan perut yang terbentuk sebegitu.
Ads
Mario Lopez
Siapa yang tidak mengidamkan badan seperti Mario Lopez. Caranya untuk mengekalkan bentuk badannya dengan berbasikal setiap hari yang sememangnya merupakan senaman yang terbaik untuk perut dan mempelbagaikan senaman papan yang diamalkannya.
Hugh Jackman
Pelakon watak Wolverine ini mengambil serius tentang penjagaan badannya. Dia mengamalkan senaman kardio untuk membakar lemak dan untuk membentuk otot, dia akan berbasikal, melompat tali dan berlari pantas sebanyak 6 sehingga selang 30 saat setiap kali bersenam.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Trend merakam gambar sendiri atau lebih dikenali sebagai ‘Selfie’ kini menjadi ikutan ramai di kalangan masyarakat kita. Trend ini kian popular terutamanya pada pengguna telefon pintar yang mempunyai kemudahan Internet. Malah, golongan lelaki juga tidak ketinggalan tergolong dalam trend ini. Golongan ini selalunya gemar memuat naik gambar mereka di laman sosial seperti Facebook, Twitter, Instagram dan banyak lagi.
Ada juga golongan selfie ini yang sanggup mempertaruhkan dan gadai nyawa. Apa pun gila selfie tidaklah jadi kesalahan, asal trend ini jangan sampai makan diri.
Satu kajian dijalankan di United Kingdom dan India terhadap 225 golongan muda melalui selfitis behaviour skill bagi melihat tahap keseriusan mereka berselfie
Baru-baru ini pakar Perunding Psikiatri dari Universiti Malaya (UM), Prof Madya Dr Rusdi Abd Rashid berkata, penyelidikan berkenaan perbuatan itu di negara ini tidak banyak dilakukan dan ia masih perlukan kajian ilmiah sebelum diklasifikasikan penyakit kerana dibimbangi rakyat di negara ini terjebak amalan itu secara berlebihan hingga boleh mendatangkan kemudaratan sama ada kepada kesan fizikal ataupun mental seseorang.
Namun begitu trend berselfie atau berswafoto di Malaysia belum diklasifikasikan sebagai penyakit mental kronik bagaimanapun tahap obses masyarakat kita terhadap aktiviti trend itu semakin membimbangkan. Beliau yang juga Pengarah Universiti Malaya Specialist Centre (UMSC) berkata, melalui kajian itu, lebih 65 peratus daripada 225 orang berkenaan mengalami masalah selfitis behaviour scale (SBS) yang dikategorikan sebagai selfitis borderline, selfitis akut dan selfitis kronik.
“Selfitis borderline bermaksud mereka yang berselfie sekurang-kurangnya tiga kali sehari dan tidak memuat naik gambar dalam media sosial. Manakala selfitis akut dikategorikan mereka yang berswafoto sekurang-kurangnya tiga kali sehari dan memuat naik gambar dalam media sosial, selfitis kronik pula mereka yang berswafoto lebih daripada enam kali sehari dan memuat naik gambar dalam media sosial,” katanya.
“Mengikut kajian dibuat juga mendapati mereka yang berumur belasan hingga 20 tahun sering terlibat dengan gejala itu, bagaimanapun semakin meningkat usia dorongan ke arah perbuatan swafoto semakin berkurangan. Dalam pada itu, beliau menyifatkan berswafoto juga mempunyai kaitan dengan ‘narsisistik personaliti’ bagi mereka yang mempunyai penyakit-penyakit psikiatri seperti anxiety disorder, dan ketagihan.
“Kita tidak pasti sama ada hubung kait ini berkaitan punca atau akibat berswafoto itu sendiri. Bagaimanapun jika dilihat perbuatan berswafoto itu kemungkinan seseorang itu sudah ada penyakit atau kesan daripada sibuk berselfie akan menyebabkan komplikasi penyakit mental.
Konsep sederhana, harmoni berselfie . Hari ini semua peringkat umur suka berselfie. Namun golongan remaja dan awal dewasa adalah antara yang sangat aktif dan kreatif sewaktu berselfie. Saya berpandangan hukum berselfie pada asalnya adalah harus namun ia terikat dengan syarat-syarat tertentu seperti:
1. Niat atau tujuan, sekiranya bertujuan menunjuk-nunjuk, bangga diri, takabbur maka ia adalah dilarang. 2. Mestilah menutup aurat yang sempurna, haram mendedahkan aurat walaupun dalam gambar tanpa alasan syarie adalah dilihat dari sudut niat dan keadaan diri seseorang. 3. Sopan dan bermaruah, sekiranya berselfie dengan bercampur lelaki dan perempuan tanpa batasan atau berlatarbelakangkan aktiviti yang dilarang maka berselfie adalah dilarang. 4. Tidak menimbulkan ketidakselesaan atau gangguan terhadap orang lain, khususnya latar belakang atau orang lain yang terambil gambarnya tanpa kerelaannya.
Tabiat berselfie secara sihat tiada masalah, tetapi tabiat berselfie yang tidak sihat itu yang dilarang. Justeru, niat dan tujuan sangat penting dalam melakukan suatu perkara, takwa dan jati diri menjadi asas perlakuan baik dan bermoral. Keterlaluan tanpa panduan dan batasan dalam aktiviti berselfie boleh membawa kepada kemudaratan, justeru tabiat berselfie mesti ada garis panduan dan batasan dari sudut hukum-hakam agama dan nilai moral.
Islam menekankan konsep kesederhanaan dan keharmonian. Jika ingin berselfie pastikan ia suatu yang baik dan tidak melanggar batas agama. Kita perlu ingat gambar yang dihantar dalam media sosial seperti Facebook, Twitter dan Instagram ia akan menjadi tatapan jutaan manusia di alam maya.
Sekiranya yang dihantar adalah yang baik, insya-ALLAH kita akan dapat pahala berganda, namun sekiranya yang dihantar itu adalah yang tidak bermoral dan bertentangan dengan batasan agama, pastinya ia akan mengundang kemarahan orang lain. Apa yang lebih bahaya adalah membawa kemarahan dan kemurkaan ALLAH yang akan menjerumuskan kita ke dalam neraka kerana dosanya juga berganda.
– Isfadiah Mohd Dasuki
Penasihat Shariah, Brainy Bunch
International Islamic Montessori
Sumber : Sinar harian online
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Jadi anda nak tahu apa khasiat jus timun ini? Jom baca entri di bawah yang MASKULIN sediakan untuk para pembaca :
Kajian menunjukkan timun mengandungi polifenol dipanggil lignan yang membantu tubuh untuk merendahkan risiko kanser. Penelitian yang dijalankan penyelidik di Pusat Kanser Amerika Syarikat, Robert H. Lurie menyatakan timun juga boleh membunuh berbagai jenis sel kanser, mengecilkan tumor dan merangsang sistem kekebalan tubuh.
Timun adalah sejenis sayur-sayuran yang banyak air, kaya serat dan boleh dimakan begitu saja untuk menambah kandungan air dalam badan termasuk dengan menjadikannya jus timun yang enak serta rendah kalori. Kandungan seratnya akan membuatkan anda rasa cepat kenyang dan lambat lapar sekali gus membantu untuk menurunkan berat badan.
Bagi penderita hipertensi, biasanya dalam tubuh mereka mempunyai kandungan sodium (garam) yang tinggi. Pengambilan garam berlebihan tidak elok untuk kesihatan kerana ia boleh meningkatkan tekanan darah meningkat. Timun mengandungi kalium yang membantu menyeimbangkan kadar sodium dalam badan dan menstabilkan tekanan darah.
Timun kaya antioksidan yang mampu mencegah kerosakan sel dalam tubuh disebabkan oleh radikal bebas. Selain itu, kandungan beta karoten, vitamin C dan mineral dapat mencegah proses penuaan semula jadi. Semoga bermanfaat!
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Bukan senang nak miliki badan idaman. Kalau tak disertakan dengan diet dan senaman yang konsisten, mana mungkin badan anda boleh cantik, tegap dan mantap. Tidak perlu berhabis duit dengan ambil pelbagai produk, cara ini juga boleh membantu anda miliki badan cantik.
Cara yang disertakan ini pastinya menjimatkan. Jika konsisten mengamalkannya, pasti misi anda mendapatkan badan yang cantik akan tercapai. Ini 10 cara yang boleh anda ikuti.
Minum air dalam kuantiti yang banyak boleh menurunkan selera makan anda secara semula jadi. Oleh itu, sebelum anda ambil makanan berat, minumlah air terlebih dahulu. Dengan berbuat demikian, perut anda akan brada kenyang lantas mengelakkan anda daripada makan dengan kuantiti yang banyak.
Pengambilan garam dalam kuantiti yang tinggi boleh menggalakkan penakungan air dalam badan. Apabila anda mengurangkan mengambil garam, ini sekali gus menyebabkan badan tidak menakung air dengan banyak. Seterusnya, tiada lagi masalah gemuk air.
Penulis yakin, anda pasti tahu bahawa minuman berkarbonat mengandungi 7-8 sudu gula. Banyak bukan? Dengan kandungan gula sebanyak itu, terang-terangan ia mampu memberi kemudaratan kepada tubuh badan jika diambil selalu. Malah minuman manis seperti ini boleh mengganggu pelan diet anda.
Teknik pemakanan di sini merujuk kepada teknik anda mengunyah makanan. Semasa makan, kunyahlah makanan secara perlahan-lahan dan jangan tergopoh-gapah. Cuba kunyah makanan yang disuap menjadi cebisan yang kecil sebelum menetelan agar ia mudah dihadam kelak. Malah cara ini juga membuatkan perut anda kenyang.
Elakkan menggunakan piring yang cekung dan berdiameter besar. Dengan memilih pinggan yang kecil dan rata, secara tidak langsung anda akan mengambil makanan dalam kuantiti yang sedikit serta mengelakkan anda mengambil makanan secara berlebihan.
Dalam amalan mendapatkan badan yang cantik dan mantap, kerap kita dengar pelbagai mitos diet. Antaranya, elak makan sarapan kalau nak kurus, jangan minum air masak nanti perut kembung dan banyak lagi. Sedangkan, mitos-mitos diet itu sebenarnya salah dan tidak sepatutnya anda ikuti.
Paling terbaik, amalkan pelan diet yang sempurna dengan mengambil sarapan pagi sihat sebagaimana yang disarankan. Malah banyak minum air juga sangat penting dalam proses untuk miliki badan cantik dan mantap.
Anda harus meletakkan sasaran dalam tempoh anda ingin menurunkan berat badan. Contohnya, minggu ini anda menyasarkan untuk turun berat badan sebanyak 0.5 kg. Manakala untuk minggu-minggu seterusnya, tingkatkan kepada 1-2 kg bagi mencapai berat badan impian. Dengan adanya sasaran ini akan memudahkan rancangan diet anda.
Alasannya? Jika anda berbuat demikian, ia boleh membuatkan anda berputus asa kerana anda tidak dapat melihat perubahan. Anda dicadangakan untuk menimbang berat badan pada setiap minggu atau dua kali sebulan.
Untuk tips ini, disarankan agar anda memiliki sebuah buku catatan atau diari diet. Dalam diari tersebut, anda perlu merekodkan setiap hari berapa kali dan berapa banyak yang anda makan, tahap kelaparan dan perasaan anda ketika makan.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Kanser prostat di Malaysia semakin membimbangkan dengan majoriti kes dikesan lewat. Ketahui pendekatan inovatif Novartis, teknologi PSMA PET dan kepentingan saringan awal untuk rawatan lebih berkesan.