1. Lemak Penuh Bahagian Atas Badan

Punca: Lemak ini terkumpul apabila anda mengambil banyak kalori tapi kurang melakukan aktiviti untuk membakarnya. Jadi, punca utama adalah korang terlebih makan tapi tak bersenam atau kurang aktif.

Cara untuk hilangkan.

  • Lakukan senaman aerobik, berjalan, berlari atau berenang sekurang-kurangnya 30 minit setiap hari.
  • Berhenti mengambil gula.

2. Lemak Pada Bahagian Bawah Abdomen

Antara punca lemak berkumpul pada bahagian bawah abadomen adalah kerana tekanan, depresi dan juga kerisauan yang melampau (bahasa saintifiknya anxiety).

6 Tempat Lemak Berkumpul Lelaki Mudah Singkirkan

Cara nak hilangkan.

  • Elakkan rasa stres dan belajar untuk relaks. Hormon stres membuatkan lemak terkumpul pada bahagian perut, jadi adalah lebih baik kalau korang buat medisasi atau buat senaman pernafasan.
  • Minum teh hijau. Tapi bukan teh hijau yang bercampur susu. Teh hijau herba adalah cara terbaik untuk bertenang apabila korang memerlukannya.

3. Lemak Badan Rendah (Paha dan ke bawah)

Punca: Salah satu punca kenapa paha anda besar adalah disebabkan lebihan gluten didalam diet.

IKLAN

Cara nak hilangkan:

  • Berjalan turun naik tangga. Aktiviti tersebut boleh membakar lemak yang terkumpul pada bahagian paha anda.
  • Jangan skip sarapan pagi. Kalau anda tidak mengambil sarapan pagi, anda akan rasa sangat lapar apabila sampai waktu tengahari atau petang anda akan makan lebih banyak.

 

  • 6 Tempat Lemak Berkumpul Lelaki Mudah Singkirkan

4. Perut Buncit

Punca: Pengambilan alkohol/ minuman berkarbonat melebih boleh membuatkan perut anda membesar.

Cara nak hilangkan:

IKLAN
  • Kurangkan pengambilan alkohol/ minuman berkarbonat dan lebih baik berhenti terus.

 

5. Lemak Badan Rendah (termasuk kaki)

Punca: Masalah ini sering dihadapi oleh perempuan yang mempunyai masalah urat atau sewaktu mengandung, apabila ketika itu kaki mereka membengkak.

Cara untuk hilangkan:

IKLAN
  • Kurangkan makanan masin kerana makanan masin boleh menyebabkan pengumpulan cecair dalam badan.
  • Jangan duduk tanpa sebarang gerakan untuk lebih 30 minit. Cuba untuk berdiri dan berjalan secara kerap.

6 Tempat Lemak Berkumpul Lelaki Mudah Singkirkan

6. Perut Besar dengan Lemak Pada Bahagian Atas/Belakang Badan

Punca: Lemak ini terjadi disebabkan korang kurang aktif. Jadi, tiada cara lain melainkan korang kena start bersenam segera sekiranya perut dan lemak tersebut mengganggu korang.

Cara untuk hilangkan:

  • Dapatkan tidur yang cukup. Kekurangan waktu tidur boleh menyebabkan perubahan pada hormon dan meningkatkan selera makan dan menyebabkan berat badan korang bertambah.
  • Makan makanan yang kaya dengan fiber.

 

OLAHAN : BUKANAKU.COM

Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.

KLIK DI SEENI