7 Kesalahan Elbow Plank Yang Biasa Dilakukan, Boleh Sebabkan Cedera Serius!

Share

Ya, kita semua tahu bahawa senaman plank merupakan bentuk workout yang cukup simple dan boleh dilakukan hampir di mana sahaja.

Malah senaman yang memerlukan hanya sedikit pergerakan seperti plank ini sangat popular bukan sahaja di kalangan atlet tetapi penggiat aktiviti sihat.

Namun ia adalah satu perkara yang sangat mustahil dan sukar dilakukan terutamanya buat individu yang mempunyai masalah sakit pergelangan tangan atau bahu. Disebabkan itulah pilihan yang mereka ada ialah melakukan elbow plank.

Akan tetapi terdapat beberapa kesilapan yang sering dilakukan oleh ramai orang ketika melakukan elbow plank. Di bawah MASKULIN senaraikan 7 kesilapan biasa yang dilakukan.

PUNGGUNG TERLALU TINGGI

Ramai orang cenderung meletakkan punggu mereka tinggi semasa melakukan elbow plank. Ini mungkin untuk dapatkan masa lebih lama. Namun ia hanya memberikan lebih tekanan di bahagian bahu.

TERLALU MEMBONGKOK

Bila badan terlalu membongkok anda membuatkan kondisi tulang belakang berada pada kedudukan yang tidak baik. Betulkan bahagian pelvis agar bahagian belakang lebih rata.

PINGGANG TERLALU RENDAH

Sesetengah orang yang berbadan kecil cenderung meletakkan punggung mereka agak rendah. Ini menyebabkan berat anda ditampung oleh bahagian otot punggung sahaja.

BACA: Kekalkan Bentuk Badan Mantap Dengan 5 Teknik Plank Berimpak Tinggi

LEHER TAK SELARI

Bila melakukan elbow plank kedudukan leher perlulah selari dengan badan. Usah terlalu menunduk atau mendongak kerana ia boleh sebabkan kecederaan otot leher.

BAHAGIAN BELAKANG CONDONG

Ada juga sesetengah orang akan melakukan bentuk bulat pada bahagian belakang semasa melakukan plank ini. Ia disebabkan kekuatan yang tak mencukupi tapi masih degil melakukan juga senaman. Ia hanya menyebabkan anda sakit belakang serta bahu.

KEDUDUKAN BAHU SALAH

Kedudukan bahu merupakan antara faktor paling penting semasa melakukan elbow plank. Oleh sebab itu anda harus pastikan kedudukan bahu selari dalam garisan lurus.

MEMBUKA TANGAN

Bila anda membuka tangan ke lantai ia akan mengurangkan kesan senaman. Ini disebabkan bila tangan dibuka otot perut akan kurang tegang dan hasilnya tidak seperti anda harapkan.

IKLAN