Makan dan terus tidur adalah satu tindakan yang kurang bijak. Bayangkan tubuh anda sedang melakukan proses penghadaman tetapi anda sudah memberi isyarat istirehat, tidakkah tubuh badan keliru dan menggangu proses penghadaman?

Tambah pula kandungan kalori dan gula yang terlalu tinggi akan memberi kesan pada kesihatan anda. Ini dia 7 makanan yang tidak boleh dimakan sebelum tidur jika anda tidak mahu ada masalah kesihatan.

#1: Kopi

Elakkan meminum secawan kopi sebelum tidur kerana kafein yang ada pada kopi akan menganggu waktu tidur anda. Malah ia juga akan mempengaruhi kualiti tidur anda.

#2: Makan coklat atau makanan bercoklat

Coklat juga ada kandungan kafein yang tinggi selain kopi yang memberi efek menghilangkan rasa mengantuk. Jadi memakan coklat atau makanan yang mengandungi coklat atau koko seperti kek, muffin, brownies akan menyebabkan anda berjaga malam dan sukar tidur.

IKLAN

#3: Makanan pedas

Makan pedas sebelum tidur ternyata sesuatu yang tidak digalakan kerana ia akan menyebabkan badan heartburn, ia akan menganggu proses metabolisme dan membuatkan tubuh badan bekerja lebih kuat walaupun badan sudah memberi isyarat beristirehat. Malah meningkatkan suhu badan

#4: Keju

IKLAN

Elakkan mengambil keju sebelum tidur kerana keju memberikan gangguan pada perut. Selain itu, keju juga adalah makanan yang tinggi lemak, kalori tidak bagus untuk kesihatan dan boleh membuatkan badan anda semakin berisi.

#5: Soda

Jangan ambil minuman soda sebelum tidur kerana kandungan gula yang ada di dalamnya agak tinggi dan akan menyebabkan anda terkena serangan jatung atau akan menghidapi diabetes.

IKLAN

#6: Manisan

Ia sama dengan soda, kandungan gula yang ada padanya terlalu tinggi hingga akan menyebabkan gula dalam darah meningkat. Jika anda kerap memakan manisan sebelum tidur, bimbang anda akan terkena kencing manis.

#7: Burger

Burger memang sedap untuk dimakan, tetapi jika kerap diamalkan bimbang jika salur darah jantung menjadi sempit dan akhirnya akan menyebabkan anda terkena serangan jatung kerana ia mengandungi lemak dan kalori yang terlampau tinggi.