Kandungan lemak yang berlebihan di dalam tubuh nyata menjadi punca utama kepada masalah kegemukkan. Selain daripada rutin senaman dan kardio yang diamalkan untuk membakar lemak ia harus seiring dengan rutin diet seimbang dengan penjadualan beberapa jenis makanan yang boleh menyahkan lemak dari dalam tubuh.

7 Makanan Terbaik Membakar Lemak

1. Oat

Tidak hanya mengenyangkan, oat juga nyata punya khasiat dan kebaikan tersendiri dalam membantu mengurangkan kadar kolestrol dalam tubuh. Kandungan zat yang tinggi di dalam oat juga ternyata cukup efektif dalam rutin diet seharian. Pengambilan oat pada waktu pagi dan malam berkesan untuk membantu rutin diet anda.

IKLAN

2. Telur

Sebiji telur mengandungi 75 kalori dan 7 gram protein serta beberapa nutrisi lain yang terkandung di dalamnya. Tubuh memerlukan lebih banyak kalori untuk mencerna telur jika dibandingan dengan makanan yang lain terutama daripada sumber karbohidrat. Sekiranya anda mempunyai kandungan kolesterol yang tinggi, sebaiknya hanya mengambil telur putih yang bebas daripada kolestrol. Kandungan protein yang tinggi membantu dalam proses pembentukan otot.

3. Teh hijau

Menstimulasikan tubuh dengan pembakaran lemak dalam kadar yang cepat, teh hijau nyata paling efektif dalam menurunkan berat badan. Teh hijau mengandungi sejumlah katekin iaitu sejenis fitokimia yang nyata cukup efektif dalam merangsang metablisme dan merangsang kadarnya. Minum teh hijau beberapa kali sehari untuk memperlihatkan kesannya terhadap tubuh.

IKLAN

4. Epal

Diperkayakan sebagai sumber antioksida, ia juga mempunyai pectin yang berfungsi mengurangkan lemak dalam sel badan. Kandungan buah epal yang sarat dengan air nyata memberi impak kekenyangan yang lebih lama. Makan buah epal dengan mengunyah kerana aktiviti mengunyah akan meningkatkan kadar pembakaran kalori berbanding dengan meminum jus epal. Kandungan serat yang tinggi mampu untuk mempermudahkan percernaan selain mengelakkan masalah sembelit.

5. Cili

Mengandungi Capsaicin yang nyata membantu membakar kalori dalam tubuh dengan kadar yang cepat. Pengambilan cili di dalam makanan mampu mempertingkatkan kadar metabolisme dalam jagka masa yang singkat.

IKLAN

6. Coklat hitam

Flavonoid merupakan kandungan yang terdapat di dalam coklat hitam ternyata mampu mengurangkan kandungan kolesterol dalam tubuh selain dapat membakar lemak degil. Kandungan kafein dan antioksidan yang turut terdapat di dalam coklat hitam ternyata berperanan utama di dalam proses pembakaran lemak di dalam tubuh. Ia juga mampu untuk memberikan rasa kekenyangan jika diambil sebelum waktu makan.

7. Almond

Selain rasanya yang lazat, menikmati segengam kacang almond juga mampu untuk membakar lemak sebanyak 18% berbanding mereka yang mengurangkan kuantiti makanan dalam menu harian. Antara kacang lain yang turut menyumbang kepada penurunan berat badan adalah kacang Brazil, buah berangan, hazelnut, walnut serta kacang tanah.

Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.

KLIK DI SEENI