Ayuh mulakan rutin sihat di waktu pagi kalau anda nak berat mudah turun. Ini kerana pada waktu pagi banyak aktiviti sihat yang boleh anda lakukan untuk mengeluarkan peluh dan kekal bertenaga sepanjang hari.
Kajian yang diambil dari livestrong.com menemukan jika anda lakukan beberapa perkara di waktu pagi, boleh membuatkan berat badan anda mudah turun sedikit demi sedikit.
Ini 7 perkara wajib anda buat di waktu pagi kalau nak berat badan mudah turun.
1. Bangun awal pagi
Sebuah kajian yang diterbitkan dalam Journal of Obesity mengatakan orang yang bangun awal pagi ada kecenderungan untuk mudah kurus kerana memiliki pola makan yang baik. Malah jika anda bangun awal dan jumlah tidur mencukupi, anda akan makan sedikit di pagi hari. Jika jumlah tidur anda kurang, anda akan makan lebih banyak kalori, gula dan lemak berbanding orang yang bangun lebih awal. Satu kajian lain dari University of Toronto juga menemukan bahawa orang yang bangun awal pagi memiliki peluang untuk lebih bahagia dan bertenaga sepanjang hari. Orang yang bangun sebelum jam 7 pagi memiliki tenaga positif sekitar 19-25% lebih banyak berbanding orang yang bangun lambat.
2. Minum air putih
Ads
Selepas bangun tidur, jadikan amalan minum dua gelas air putih sebagai rutin. Selain membantu untuk menghidrasi tubuh setelah anda tidur semalaman, minum air putih juga membantu untuk mengawal nafsu makan. Beberapa kajian menunjukkan, orang yang rajin minum air putih di pagi hari memiliki BMI yang lebih rendah dari waktu ke waktu. Selain itu, jurnal Obesity juga mengatakan bahawa berat badan mampu turun sebanyak 44% jika anda minum dua gelas air sekitar 30 minit setiap kali anda makan menu berat.
3. Dapatkan cahaya pagi
Cahaya matahari penting untuk tubuh badan. Terdedah kepada cahaya matahari di waktu pagi dapat memperbaiki ritme sirkadian dalam tubuh badan anda. Ia berkaitan dengan kemampuan tubuh untuk mengawal rasa lapar atau mengaktifkan sistem metabolisme. Bahkan jika anda keluar ketika matahari pagi selama lebih kurang 20 minit dalam sehari, akan mengaktifkan hormon pembakar lemak serta mengecilkan hormon yang merangsang rasa lapar dan nafsu makan anda.
Ads
4. Gerakkan tubuh badan
Setelah bangun pagi, cuba gerakkan tubuh anda melakukan aktiviti seperti berjalan cepat, bersenam atau beryoga. Kajian yang diterbitkan dalam jurnal Medicine & Science in Sports & Exercise mengatakan bahawa orang yang rajin berjalan-jalan di waktu pagi sekurang-kurangnya selama 45 minit mempunyai berat badan yang lebih terkawal. Bukan sahaja untuk kesihatan, malah melakukan aktiviti bersenam di waktu pagi juga dapat memperbaiki emosi anda.
5. Sarapan dengan telur
Ads
Jangan sesekali mengabaikan atau melewatkan sarapan pagi kerana ia membantu dalam menyediakan tenaga yang anda perlukan sepanjang hari. Jika anda ingin berat badan terjaga, sarapanlah dengan telur atau menu lain yang tinggi protein. Ini kerana sumber makanan yang kaya dengan protein akan membuatkan anda rasa lebih kenyang, menyekat hormon penyebab anda rasa lapar dan meningkatkan sistem metabolisme dalam tubuh badan.
6. Minum teh hijau
Minum teh hijau menjanjikan gaya hidup sihat. Ia adalah antioksidan yang hebat untuk membantu membakar lemak, mencegah nafas berbau, melindungi penyakit jantung dan mempunyai sifat anti-penuaan. Untuk mendapatkan kesan antioksidan yang optimum, teh hijau sebaiknya diminum 30-45 selepas makan. Elak minum teh hijau ketika perut masih kosong kerana kafein yang terkandung di dalamnya mampu menyebabkan anda dehidrasi.
7. Menimbang berat badan
Menimbang berat badan pada waktu pagi hari merupakan perkara penting jika anda ingin menjaga tubuh. Kajian yang diterbitkan oleh Journal of Academy of Nutrition and Dietetics melaporkan bahawa orang yang rutinnya menimbang berat badan di waktu pagi cenderung kehilangan berat badan 3 kali lebih banyak berbanding orang yang jarang menimbang badan. Waktu terbaik untuk menimbang berat badan anda adalah sejurus selepas anda bangun tidur.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Selalu dengan tentang bangkit tubi? Pasti ramai yang menjawab ‘Ya’ tetapi apakah anda tahu rahsia dan keistimewaannya?
Selain boleh kempiskan perut, latihan bangkit tubi memberikan beberapa manfaat kepada diri kita seperti:
1. Bakar lemak secara komprehensif
2. Bentukkan six-pack
3. Tegangkan otot perut
4. Nampakkan badan lebih fit
Sehubungan itu, menjadi satu kerugian jika seseorang lelaki itu tidak pernah mahu mencuba untuk melakukan senaman bangikit tubi ini.
Menerusi entri ini, apa kata pembaca ambil kesempatan untuk buat bangkit tubi berlandaskan kaedah-kaedah ini :
Cara melakukan bangkit tubi
1. Posisi
Mulakan gerakkan dalam posisi baring di atas lantai sambil kedua-dua belah kaki dibengkokkan pada lutut
2. Tangan
Letakkan tangan di belakang kepala atau disilangkan dan dirapatkan ke dada.
3. Gerakan badan
Perlahan-lahan tolak atau bawa tubuh ke hadapan menghampiri lutut.
4. Arah
Selang-selikan dengan gerakkan membawa tubuh ke belakang semula dan berhenti mengikut kemampuan. Pastikan kaki kekal dalam keadaan membengkok.
5. Rasa tegang
Rasakan kontraksi pada otot perut ketika melakukan gerakkan ini.
6. Tahan
Setelah serasi dan mahir, cuba bawa tubuh kebelakang dan bertahan selama 10 hingga 20 saat, bermaksud turunkan badan dalam posisi baring dengan cara pelahan-lahan selepas membawa tubuh ke hadapan menghampiri lutut. Pastikan tidak biarkan tubuh mencecah lantai.
7. Ulang semula
Ulang gerak senaman ini sebanyak 8 kali atau lebih.
Sekiranya anda sudah mulai selesa dengan cara ini, sebaik-baiknya pastikan postur tubuh badan dalam keadaan tegak dan tidak terlalu membongkok.
Apa-apa pun, MASKULIN ingin ucapkan selamat mencuba dan semoga anda berjaya dapatkan bentuk badan yang fit.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Tak dapat dinafikan antara bahagian badan yang sering menjadi sasaran buat anda yang aktif bersenam ialah di bahagian abdomen.
Bagi lelaki inilah bahagian yang dianggap agak kritikal apatah lagi jika semakin bertambah usia perut pun turut meningkat saiz diameternya.
Terdapat pelbagai jenis senaman yang melibatkan abdomen. Namun apakah senaman yang paling baik dan memberikan kesan berimpak tinggi terhadap abdomen?
Satu kajian yang dilakukan oleh San Diego University Biocmechanic Lab mengkaji keputusan EMG beberapa jenis senaman. Dan hasilnya mereka mendapat terdapat 5 senaman yang paling berkesan.
PLANK
Senaman plank mampu memberi stimulasi yang lebih tinggi di bahagian abdomen berbanding senaman lain. Ia juga melibatkan otot belakang badan.
BYCYCLE CRUNCH
Dalam kajian mereka senaman ini memberikan impak kedua paling tinggi dalam aspek menguatkan otot serta membakar lemak di perut. Ia juga memberikan stimulasi aktiviti lebih tinggi berbanding teknik crunch biasa.
Teknik ini bukan sahaja memberikan regangan bentuk badan yang baik. Malah ia juga merangsang serta memperbaiki glutes, quads, hamstring dan juga menguatkan bahagian peha dan atas badan.
VERTICAL LEG CRUNCH
Tahukah anda dengan melakukan senaman vertical leg crunch mampu merangsang 116 peratus lebih aktiviti di bahagian abdomen berbanding melakukan crucnh biasa!
REVERSE CRUNCH
Senaman ini memberikan penekanan dan impak yang baik di bahagian bawah abdomen serta memberikan regangan otot sangat baik kepada badan.
Selamat mencuba!
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Anda pelik kenapa badan anda tidak seperti yang diinginkan walaupun anda sudah penat melakukan workout. Sedarkah anda, mungkin ada beberapa perkara yang anda telah lakukan sebelum workout termasuk mengambil pemakanan yang salah. Kesalahan ini pastinya akan memberi kesan yang buruk pada tubuh, seterusnya merencatkan aktiviti kecergasan yang anda lakukan.
Jadi adakah anda benar-benar yakin dengan apa yang telah anda makan sebelum sesi workout? Cuba renung-renungkan. Jika tak mahu workout yang anda lakukan tak berkesan, elak mengambil 5 jenis makanan ini.
1. GULA + MINYAK
Memang nampak menyelerakan, namun pastikan anda elak memgambil makanan yang mengandungi kandungan gula dan minyak yang tinggi seperti donut atau kuih-muih tradisional sebelum workout.
Walaupun ia mampu memberi tenaga semasa sesi awal workout, ketahuilah badan akan mula lemah secara drastik semasa pertengahan workout, sekali gus mengundang rasa pening kepala.
2. MAKANAN SEGERA
‘Makanan segera’ bukan sahaja mengundang penyakit, malah ia juga sukar untuk dihadam. Ini kerana darah lebih tertumpu untuk mengalir ke organ perut untuk membantu proses pencernaan.
Seterusnya, ia akan menyebabkan darah kurang mengalir ke otot-otot utama yang diperlukan semasa anda melakukan sesi workout.
3. PERUT KOSONG
Membawa fikiran bahawa ‘bersenam dengan perut kosong bakal mempercepatkan sesi pembakaran lemak’ ia adalah satu mitos yang salah semata-mata.
Bersenam secara ini bukan sahaja meningkatkan daya lapar perut, malah ia juga menyah-singkir glycogen iaitu sel dari glukosa yang menyimpan tenaga pada otot. Penyingkiran sel ini akan membuatkan otot anda mudah penat dan lemah.
4. MINUMAN TENAGA
Minuman tenaga sebenarnya mengandungi kandungan gula dan kafein yang tinggi. Pengambilan minuman tenaga lebih daripada satu tin bakal membuatkan pola tidur anda menjadi tidak sekata.
Apabila tidur anda tidak mencukupi dan terganggu, maka rutin workout dan pemakanan anda juga bakal terganggu seterusnya merosakkan impian anda untuk miliki bentuk badan yang diidamkan.
5. TELUR MENTAH
Bukanlah menjadi satu kesalahan untuk anda makan telur mentah sebagai makanan sebelum workout. Namun ada risiko lebih-lebih lagi jika anda miliki perut yang tidak tahan/ lasak iaitu mengalami keracunan bakteria Salmonella.
Keracunan makanan ini bakal mengundang diarhea atau cirit-birit. Sebaiknya makanlah susu masam atau protein shake, 45 minit sebelum anda melakukan workut.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Kemsite memperkenalkan konsep “Outdoor Inside” di The Gardens Mall, membawa gaya hidup outdoor ke ruang urban dengan jenama premium dan pengalaman eksklusif yang menggabungkan alam, rekaan dan keselesaan moden.