Foto: Instagram @rickymotret

Bercakap tentang kahwin sebenarnya penerimaan setiap orang itu sangat berbeza-beza. Ada yang menjadi semakin okay dan tak kurang juga menjadi huru-hara hidup mereka.

Bahagia atau tidak setiap pasangan yang baru lepas kahwin bergantung kepada banyak faktor. Ya, memang banyak faktor yang mainkan peranan.

Namun bagi kebanyakan lelaki perubahan besar yang mereka alami ialah bagaimana untuk menggalas tanggungawab sebagai suami. Jadi tak hairanlah ada lelaki yang di zaman bujangnya sangat nakal dan tak terurus hidunya boleh bertukar menjadi seorang manusia yang bertanggungjawab serta mampu menjaga keluarganya.

7 Perubahan Besar Berlaku Selepas Lelaki Single Kahwin, Antara Ready Atau Tak Saja
Foto hiasan

BACA: Tip Manjakan Isteri Agar Sayangnya Makin Melekat, Salah Satunya Dengan Makanan

Kepada lelaki single sekalian yang tertanya-tanya di sini MASKULIN kongsikan 7 perubahan besar yang positif mungkin berlaku kepada anda selepas berkahwin nanti.

IKLAN

Adakah anda bersetuju dengan ciri-ciri MASKULIN nyatakan di bawah?

LEBIH BERTANGGUNGJAWAB

Selepas berkahwin biasanya lelaki akan jadi lebih matang. Malah dia juga bersikap lebih bertanggungjawab dalam setiap perkara yang dilakukannya. Ini mungkin berbeza semasa bujang dahulu di mana semuanya mengikut mood dan keselasaan sendiri sahaja. Sesetengah orang mungkin tak berubah dengan drastik tetapi secara tak langsung ia akan terbentuk seperti itu.

IKLAN
7 Perubahan Besar Berlaku Selepas Lelaki Single Kahwin, Antara Ready Atau Tak Saja
Foto hiasan

SIKAP MELINDUNGI

Lumrah sifat seorang lelaki ialah perasaan ingin mrlindungi. Semasa bujang tak ada siapa yang perlu dilindungi terutamanya bila tinggal seorang diri. Namun bila sudah berkahwin tanggungjawab keselamatan istreri jatuh pada bahu suami. Maka tak hairanlah sikap protektif itu semakin menebal.

PRIHATIN & PENYAYANG

Zaman single it is all about me, me and me. Namun segalanya berubah selepas bergelar sebagai suami. Secara automtik sifat prihatin dan penyayang akan muncul. Dan setiap orang ada cara berbeza menunjukkan rasa kasihnya.

IKLAN

BERKARISMA & ADA AURA

Nak tahu kenapa ‘saham’ lelaki yang sudah berkahwin dianggap tinggi oleh sesetengah wanita? Ini kerana lelaki yang bergelar suami mempunyai aura tersendiri. Keyakinan dirinya juga akan bertambah dan sudah tidak kisah akan pandangan wanita lain kerana di hatinya hanya ada seorang permaisuri yang bertakhta.

7 Perubahan Besar Berlaku Selepas Lelaki Single Kahwin, Antara Ready Atau Tak Saja
Foto hiasan

LEBIH BERDIKARI

Mungkin sebelum kahwin lelaki akan lebih bermanja dengan ibunya. Segala keperluan disediakan lengkap oleh ibu tersayang. Namun bila sudah kahwin segalanya berubah. Mahu tak mahu terpaksa belajar menguruskan diri dengan pelbagai kerja rumah. Dan bila sudah berkahwin pastinya banyak perkara perlu dilakukan di rumah.

7 Perubahan Besar Berlaku Selepas Lelaki Single Kahwin, Antara Ready Atau Tak Saja
Foto hiasan

LEBIH SERIUS

Lelaki bergerlar suami akan mempunyai banyak pengalaman dalam menguruskan segala masalah berbeza. Dia akan menjadi lebih serius dalam mengendalikan sesuatu berbanding lelaki bujang yang kadangkala suka main-mainkan perasaan orang lain.

RELA BERKORBAN APA SAJA

Selepas sahaja berkahwin lelaki akan sentiasa berusaha membahagiakan setiap orang yang disayanginya. Malah lelaki juga akan melakukan apa sahaja untuk membahagiakan atau melindungi keluarganya. Oleh itu mereka sanggup berkorban apa saja.

Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.

KLIK DI SEENI