“Saya tidak berani. Saya tidak yakin. Saya takut dengan kata-kata orang sekeliling.” Ini keluhan yang sentiasa menjadi sebutan golongan-golongan yang gagal hari demi hari dalam kehidupan mereka.Membiarkan diri dalam hidup kemiskinan adalah satu perbuatan yang merugikan. Hidup ini hanya sekali. Maka nikmati ia dengan cara yang terbaik. Satu daripada cara untuk menikmati adalah hidup dengan penuh keberanian. Terdapat 7 prinsip keramat yang boleh kita amalkan, supaya hidup lebih berani. Seterusnya mencetuskan suasana kehidupan yang lebih kaya, berjaya dan bahagia.

7 Prinsip Untuk Jadi Kaya Selepas Usia 30-an

Prinsip #1 – Berani Berimpian

Hidup adalah kosong tanpa impian. Orang yang hidup tanpa impian adalah orang yang hidup atas impian orang lain. Terdapat satu persamaan ketara yang terdapat dalam diri setiap orang yang berjaya, iaitu mempunyai impian yang jelas dan menghairahkan.Ramai juga orang yang mempunyai impian. Tetapi impian itu cuma berpusing-pusing dalam fikiran. Untuk merealisasikan impian menjadi nyata, perkara pertama adalah menggunakan pendekatan, “Write your dreams.”

Kaedah ini digunakan secara turun temurun oleh individu berjaya, seperti Tony Robbins, Bob Proctor dan ramai lagi. Apa yang mereka lakukan adalah menulis setiap satu impian yang mahu dikecapi.Tulis di atas kertas kosong. Tulis impian dengan spesifik. Bila tarikh kita mahukannya dan kenapa kita mahukannya. Lebih kuat sebab kita mahukan impian, lebih hebat impak yang Tuhan akan berikan.

7 Prinsip Untuk Jadi Kaya Selepas Usia 30-an

Prinsip #2 – Berani Berguru

Sesat manusia kerana sesat gurunya. Berhati-hati apabila mendengar nasihat orang. Contoh yang boleh kita lihat hari ini, ramai yang kononnya bijak memberikan nasihat berkenaan kejayaan dan kekayaan.Khususnya berkaitan dengan perniagaan. Golongan destruktif ini berkata, “Tidak perlu berniaga. Kekayaan itu bukan boleh dibawa mati.” Objektif si penyebut dialog ini hanya satu, yakni memusnahkan impian dan harapan orang yang mahu berjaya dalam hidupnya.

Untuk mengatasi masalah ini, maka pergi kepada orang yang sudah berilmu. Orang itu namanya guru. Mereka ini yang akan berikan maklumat-maklumat sebenar, terhadap apa yang ingin kita kecapi di masa akan datang. Seorang guru yang baik bukan sekadar berkongsi. Mereka menasihati seperti ayah yang mahu lihat anaknya cemerlang dunia akhirat. Mereka berkongsi pengalaman yang tidak ternilai harganya.

Untuk hidup dengan lebih berani, cari guru yang berani untuk memberikan kita landasan kekayaan dan kejayaan.

Prinsip #3 – Berani Berilmu

“Untuk berjaya di dunia, maka terangi hidup dengan ilmu. Begitu juga kejayaan di akhirat.” Ilmu adalah kuasa. Ilmu yang membezakan di antara manusia dungu dan manusia yang berjaya. Dengan ilmu, kita boleh kuasai segala-galanya. Dengan ilmu, kita melangkah dengan lebih berani dan berkuasa. Ilmu adalah perisai diri yang dapat melindungi kita daripada terjerumus daripada lembah kegagalan dan kesesatan.

Orang yang berjaya, mereka mempunyai ilmu yang luar biasa. Mereka juga tidak takut untuk melabur wang, masa dan tenaga untuk menuntut ilmu. Bagi mereka, nilai ilmu terlalu bernilai. Ia tidak boleh diukur dengan jumlah wang yang dilaburkan. Jika tidak, mengapa para alim ulama kita sanggup menjelajah ke serata dunia, demi  tujuan yang satu, iaitu menuntut ilmu.

IKLAN

7 Prinsip Untuk Jadi Kaya Selepas Usia 30-an

Prinsip #4 – Berani Bertindak

Napoleon Hill mempunyai satu penerangan keramat terhadap kuasa tindakan. Katanya, “Jangan tunggu. Masa yang sesuai tidak akan tiba. Melainkan kita bertindak, bertindak, dan bertindak.”

Mesti ada sebab yang konkrit beliau menyebut perkataan, “Bertindak” lebih dari sekali. Satu daripadanya adalah impak tindakan itu sendiri. Orang yang pernah bertindak dalam membangunkan sebuah perniagaan sahaja yang tahu, betapa ghairah nikmatnya memperoleh 9 daripada 10 sumber rezeki di muka bumi.

Sehingga hari ini, tindakan menguasai kejayaan dan keberanian yang keramat. Tidak ada tindakan, maka berhenti sahaja perjuangkan impian. Seperti kata pepatah, “Dare to dream. Dare to act.”

‘Pertaruhkan diri mulai saat ini untuk menebus kembali kegagalan kita di masa lalu’. Ini skrip-skrip yang digunakan oleh individu yang berjaya. Mereka tidak menyalahkan takdir. Mereka tidak menyalahkan kegagalan.

Apabila gagal, mereka belajar dan memahami semula kenapa kegagalan itu boleh berlaku. Prinsip ini namanya, “Try and adjust.” Gagal sekali bukan bermaksud gagal selamanya. Gagal sekali tidak bermaksud kita terus mati. Kejayaan itu adalah hak milik insan yang komited berusaha. Janji Allah itu pasti. Iaitu orang yang berusaha, pasti diberikan nikmat dan ganjaran terhadap segala usaha yang diterjemahkan.

Prinsip pertama sehingga prinsip keempat kejayaan sudah berada di tangan saudara, para pembaca yang budiman lagi disayang Tuhan. Kali ini, kita sambung dengan tiga lagi prinsip keramat untuk mencapai lebih banyak kejayaan. Bukan itu sahaja, malah mentransformasikan diri supaya menjadi lebih berani, pada tahun 2013 dan tahun-tahun seterusnya.

IKLAN

7 Prinsip Untuk Jadi Kaya Selepas Usia 30-an

 

5 Berani Bertarung

Memetik daripada kata-kata orang Melayu berpengalaman, “Bertarung biar sampai berjaya. Selagi belum, selagi itu bertarung.” Petikan ini mencerminkan sikap masyarakat kita yang suka bertindak, tetapi akhirnya berhenti di separuh jalan.

Dalam program-program anjuran Richworks, semua yang berjaya memaparkan tingkah laku yang sama. Mereka bukan sekadar berimpian. Mereka bukan sekadar bertindak.

Mereka juga ikat perut, ikat nafsu, dan ikat pendirian untuk selesaikan perjuangan sehingga peroleh hasilnya. Orang yang berjaya dan berani, sentiasa habiskan apa yang sudah dimulakan.

 

IKLAN

6 Berani Dominasi

 

Brendon Burchard berkata, “Walaupun perniagaan kita masih kecil. Namun jangan samakan ia dengan potensi minda.” Laman sosial milik Zuckerberg mengambil masa lebih 10 tahun sebelum mempunyai komuniti pengguna melebihi 1 bilion.

Bukan itu sahaja. Facebook bermula dengan satu laman web yang tidak mendatangkan sebarang keuntungan di awal pembabitannya. Pada tahun 2011, Facebook mencatatkan keuntungan sekitar USD3.71 bilion.

Pentingnya untuk masyarakat negara kita mempunyai skrip kehidupan untuk mendominasi sesuatu pasaran. Alang-alang berniaga burger jalanan, biar satu hari nanti kita menjadi pembekal burger untuk seluruh pengusaha burger di Malaysia.

Jangan kecilkan fikiran. Mantapkan diri dengan skrip-skrip kejayaan yang luar biasa. Hidup mesti berani dominasi.

 

7 Berani Bertuhan

Semua yang kita lakukan adalah sia-sia, jika ia tidak diselaraskan untuk memperoleh restu Tuhan yang satu. Allah adalah segala-galanya. Niatkan segala perbuatan kita untuk memperoleh redha Allah.

Kenapa? kerana ketika para manusia sedang mencaci, Allah juga sentiasa berada di sini. Tiada apa yang boleh melawan kuasa dan kemampuan Tuhan. Jadikan setiap kejayaan dan keberanian yang kita kecapi hari ini, sebagai landasan untuk mencium bau syurga.

Kejayaan dunia adalah untuk dihimpunkan supaya kejayaan akhirat dipermudahkan. Semoga terus sukses dan berani!

 

Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.

KLIK DI SEENI