Membeli rumah pertama merupakan idaman bagi ramai lelaki muda yang mula mempunyai kerjaya. Tapi ramai juga yang berpandangan bahawa memiliki rumah sendiri bukanlah satu keperluan apatah lagi kerana usia yang masih muda.

Bak kata orang, ramai yag ingin merasa dulu untuk enjoy dengan pendapatan yang diraih sekarang.

Sebenarnya ia terpulang kepada individu masing-masing. Namun ada beberapa sebab mengapa ramai terhalang cita-cita mereka memiliki rumah pertama.

Jom ikuti apakah puncanya mengapa ia boleh jadi penghalang.

TAK KAWAL PERBELANJAAN

Pernah tak bila dapat gaji tak lama selepas itu, anda sendiri tak tahu duit pergi ke mana. Tiga minggu lepas gaji, tengok dompet serupa sudah macam gurun Sahara. Anda harus bijak kawal aliran wang dan perbelanjaan. Jika nak tahu kemana wang itu pergi, buatlah bajet bulanan. Sekarang banyak aplikasi yang boleh bentu anda track perbelanjaan harian.

IKLAN

LOAN PERIBADI

Paling banyak yang buat benda ni adalah mereka yang baru melangkah ke alam pekerjaan terutamanya sektor awam. Bila sudah ada slip gaji makan lagi senanglah nak buat pinjaman. Tapi tak fikir dah kesannya dalam masa yang panjang. Antara sebab popular buat pinjaman peribadi ini ialah nak biaya kahwin. Sebenarnya kalau nak kahwin sekalipun biarlah ikut bajet anda sendiri. Jangan nak bergaya sanggup berhutang sampai menyusahkan diri.

7 Sebab Utama Yang Menghalang Orang Muda Miliki Rumah Pertama

BACA: Ingin Beli Kereta Terpakai? Ikuti 11 Tip Ini Sebelum Anda Membelinya

IKLAN

HUTANG KAD KREDIT

Kad kredit adalah pembunuh senyap pengurusan kewangan. Jika anda tak pandai kawal dan main swipe je, bayar pun separuh-separuh memang anda akan merana serta menderita. Anda juga harus ingat ada kadar faedah kad kredit merupakan kadar faedah yang paling tinggi. Tak salah nak guna kad kredit tapi biarlah pandai untuk mengawalnya.

7 Sebab Utama Yang Menghalang Orang Muda Miliki Rumah Pertama

DAHULUKAN KERETA IDAMAN

Tak salah mempunyai impian untuk memiliki kereta mewah. Yang salahnya apabila anda beli kereta di luar kemampuan sendiri. Sudah tahu gaji sebulan pun RM2000 tapi masih meneruskan impian membeli kereta Honda City. Alasannya tu lah kereta idaman, kereta impian sejak zaman belajar lagi. Kos petrol, servis, tol, kena ambil kira juga.
Takkan setiap bulan nak bayar ansuran kereta Honda City tapi malam-malam makan megi je. Agak-agaklah kan. Hold dulu impian tu. Kumpul duit dulu. Biar stabil. Nanti dah stabil belilah kereta impian tu. Tak lari gunung dikejar.

IKLAN

GAYA HIDUP MEWAH

Baru dapat gaji sendiri, dah mula rasa kaya. Lepak kedai mewah dan hipster je. Tidak salah mencuba sekali dua tetapi janganlah sampai setiap minggu nak makan di luar. Pakaian pula nak yang berjenama je. Telefon pintar kena up to date. Beli secara hutang pun tak jadi masalah.

7 Sebab Utama Yang Menghalang Orang Muda Miliki Rumah Pertama

TAK MENABUNG 

Jangan yusia asudah meningkat lanjut baru terhegeh nak menabung. Jika mula dari awal hasilnya juga akan nampak dalam masa singkat. Cuba mulakan menyimpan 10% daripada pendapatan sejak mula bekerja. Jika tak mampu simpan sebanyak 10%, mulakan dengan menyimpan 2% dari gaji. Selepas itu naikkan sedikit kepada 5% daripada pendapatan.

KAKI TRAVEL

Jauh perjalanan, luas pengalaman. Ya, pergi travel bagus. Kau boleh jumpa ramai orang. Pemikiran jadi hebat. Tapi kalau pergi travel sampai tak bayar PTPTN, duit kutu, duit member pun tak habis bayar lagi, baik tak payah. Hutang dah keliling pinggang. Janganlah jadi macam ni ya.

Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.

KLIK DI SEENI