Mungkin bagi ramai orang ia satu proses yang cukup melecehkan. Selain terpaksa beratur anda juga harus menanggalkan apa yang perlu untuk lepasi pemeriksaan di lapangan terbang sebelum masuk ke ruangan pelepasan.

Tapi tahukah anda proses ini sebenarnya sangat penting bagi menjamin keselamatan penumpang dan juga keselamatan negara?

Hal keselamatan di dalam pesawat merupakan bukan perkara yang boleh kita main-main. Malah kita harus memberikan kerjasama dengan sepenuhnya kepada petugas keselamatan yang menjalankan tugas mereka.

Tapi jika anda mengikuti beberapa langkah di bawah anda bukan sahaja menyenangkan proses ini untuk adan tetapi juga menyenangkan kerja petugas keselamatan di lapangan terbang.

Ikuti 7 tip mudah di bawah untuk perjalanan anda yang lebih lancar.

IKLAN

Jangan bawa cecair melebihi 100ml

7 Tip Mudah Lepasi Pemeriksaan Keselamatan Lapangan Terbang Dengan Lancar

Ini antara perkara yang ramai orang lupa. Apabila menaiki pesawat kita tidak dibenarkan memebawa apa-apa bentuk cecair melebihi 100ml. Kalau anda perhatikan di bahagian pemeriksaan terdapat banyak lambakan minuman dan produk cecair lain yang dirampas. Jadi ingat, jangan bawa cecair seperti perfume, gel rambut, sabun dan sebagainya melebihi 100ml.

Simpan cecair dalam ruangan sulit beg handcarry

Sudahlah bawa cecair melebihi had dibenarkan malah anda menyimpannya jauh terperosok di sudut sukar dalam beg. Ia pastinya menyusahkan anda dan terperangkap di situ untuk selesaikan masalah mencarinya. Jadi pastikan anda menyimpan semua barang mengikut jenis. Barang-barang yang kecil haruslah di simpan di tempat yang mudah dicari.

IKLAN

Buka sebelum disuruh

7 Tip Mudah Lepasi Pemeriksaan Keselamatan Lapangan Terbang Dengan Lancar

Kalau anda sudah biasa dan sering menggunakan pesawat pasti sudah masak dengan proses ini. Untuk anda yang pertama kali naik pesawat ketahuilah bahawa anda harus membuka tali pinggang, beg duit, jam dan apa sahaja barang dalam poket seluar sebelum melalui mesin pengimbas. Ini akan mempercepatkan dan melancarkan proses anda sendiri. Dan apabila selesai sila beredar dari checkpoint pemeriksaan dan pakai semula semua barang anda ditempat jauh dari kaunter pemeriksaan. Ini agar tak menggangu orang lain pula.

Jangan keluarkan barang yang tidak perlu

Salah satu kesilapan yang biasa dilakukan oleh ramai traveller ialah mengeluarkan semua peranti elektronik untuk diperiksa secara berasingan. Tidak perlu pun sebenarnya. Hanya peranti elektronik yang mempunyai saiz seperti standard laptop atau lebih seperti playstation atau X-box atau video camera yang menggunakan casing perlu dikeluarkan untuk diperiksa secara berasingan.

IKLAN

Elak barisan yang ada keluarga & kanak-kanak

7 Tip Mudah Lepasi Pemeriksaan Keselamatan Lapangan Terbang Dengan Lancar

Sebelum nak masuk barisan tu perhatikan duhulu siapa yang ada dalam barisan. Jika terdapat keluarga atau kanak-kanak di dalam barisan tersebut, kalau boleh elakkan. Bukan apa kebiasaannya mereka akan mengambil masa yang sedikit lama berbanding orang yang terbang secara solo atau berdua.

Ikut arahan dengan baik

Proses pemeriksaan anda pasti akan lancar jika anda ikut segala arahan yang diberikan oleh petugas keselamatan. Ingat jangan menyusahkan atau bertekak dengan pegawai keselamatan di kaunter pemeriksaan. Ditakuti anda tidak akan diberi pelepasan semasa pemeriksaan. Tambah parah lagi jika pihak berkuasa seperti polis sudah campur tangan. Apa kata, ikutlah undang-undang penerbangan yang telah ditetapkan.

Jangan bergurau atau buat lawak bodoh

Kadnagkala apabila mengembara secara berdua atau dalam grup, suasana pasti akan sangat excited. Lebih-lebih lagi jika ia destinasi yang diidamkan. Bila excited pasti akan ada gurauan antara sesama sendiri. Akan tetapi bergurau juga ada batasannya! Ingat jangan sesekali anda bergurau tentang perkara sensitif seperti menyebut apa-apa yang berkaitan dengan keselamtan negara. Contohnya ada bergurau tentang bom. Itu adalah perkara yang bukan boleh dibawa untuk main-main. Malah anda juga boleh ditahan pihak berkuasa dan berdepan tindakan undang-undang.

Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.

KLIK DI SEENI