Gaya Hidup

8 Jenis Fobia Paling Pelik Di Dunia, Lelaki Pun Tak Terkecuali!

Share

Ramai orang salah anggap antara fobia dan takut yang biasa. Sebenarnya fobia bersifat lebih daripada ketakutan biasa.

Dan ia boleh terjadi kepada sesiapa sahaja termasuk kepada seorang lelaki yang gagah perkasa sekali pun!

Secara definisi yang ringkas fobia membawa maksud katakutan yang tak rasional terhadap sesuatu perkara, objek atau situasi.

Antara fobia yang sering kita dapati berlaku di kalangan masyarakat ialah fobia terhadap ketinggian, tempat gelap, kawasan sempit atau binatang berbisa.

Akan tetapI terdapat beberapa jenis fobia yang kalau difikirkan agak tak masuk akal dan pelik wujud di dunia. Nak tahu apakah jenis fobia tersebut?

Ikuti senarai 8 jenis fobia paling pelik di bawah.

PENTHERAPHOBIA

Ini merupakan sejenis ketakutan yang banyak berlaku dalam masyarakat cuma tahapnya mungkin tidak sekronik fobia seperti ini. Pantherphobia merupakan fobia terhadap ibu mertua. Bunyinya agak merepek tapi itulah yang berlaku kepada sesetengah orang. Banyak menonton filem ‘Ibu Mertuaku’ mungkin?

PELADOPHOBIA

Peladophobia pula merupakan sejenis fobia terhadap orang yang botak. Apa yang mereka takutkan sangat terhadap orang botak pun MASKULIN tak berapa pasti. Mungkin mereka yang ada fobia ini pernah berdepan kejadian menakutkan dengan orang botak.

BACA: 10 Rahsia Lelaki Perlu Tahu Untuk Tawan Hati Wanita

ARACHIBUTYROPHOBIA

Bukan sahaja susah nak eja tetapi ketakutan tak rasional seperti ini agak pelik bunyinya. Kalau anda pernah makan mentega kacang mesti pernah berdepan situasi ia melekat di lelangit bukan. Itulah pengidap fobia ini paling takuti. Mereka ada fobia melampau dan sangat jika mentega kacang melekat di lelangit. Malah ada yang berpura-pura ada alahan terhadapnya.

ANATIDAEPHOBIA

Mempunyai fobia terhadap binatang itu satu perkara yang selalu kita dengar. Tapi dalam kes ini ia sangat pelik kerana bukan sahaja mempunyai ketakutan terhadap perbuatan sejenis binatang yang sangat spesifik. Anatidaephobia ialah ketakutan diperhatikan oleh itik dari belakang. Ia boleh membuat mereka tidak tentu arah bila itik berjalan di belakang mereka.

CALIGYNEPHOBIA

Ramai lelaki terutamanya yang masih single mempunyai fobia ini. Biasanya jenis fobia seperti ini dikaitkan dengan seseorang yang nerd tetapi hakikatnya ia boleh berlaku kepada sesiapa sahaja. Bila berdepan orang cantik mereka tidak senang duduk, berpeluh dan menggeletar.

ABLUTOPHOBIA

Fobia jenis ini bukan sahaja menyusahkan dirinya sendiri tetapi boleh memberi kesan secara langsung kepada orang lain. Ablutophobia ialah fobia kepada mandi. Bayangkan berdepan dengan mereka yang tak mandi. Mesti kurang enak, bukan.

CHOROPHOBIA

Ketakutan jenis ini sebenarnya tidaklah terlalu pelik kerana ramai orang pernah alaminya. Cuma bagi seseorang yang ada chorophobia mereka akan mengalami kegelisahan luar biasa bila disuruh menari. Mungkin disebabkan rasa malu atau sesuatu yang pernah berlaku sebelu itu menyebabkan meraka cukup takut untuk menari.

CATHISOPHOBIA

Cathisophobia pula merupakan sejenis fobia untuk duduk. Biasanya terjadi kepada mereka yang pernah berdepan dengan trauma yang menyebabkan mereka menghidap ketakutan seperti ini. Menurut teori mungkin mereka ada sejarah pernah dibuli untuk duduk di atas objek tajam atau didera secara mentak ketika duduk.

IKLAN