8 Keadah Tangani Stress Dalam Islam, Salah Satunya Jangan Tinggal Solat

Share

Tiap-tiap manusia pasti pernah dan memiliki stress masing-masing. Ada banyak hal dalam kehidupan ini yang bisa menyebabkan manusia menjadi stres, misal; kehilangan benda kesayangan, ditinggal pergi sanak saudara, mendapat dugaan yang berat, memiliki hutang,  bebanan pekerjaan,dan macam-macam masalah lagi. Nah cuba 8 keadah tangani stress  yang boleh kita cuba sebagai umat islam. 

1.Terima apa-apa perkabaran tidak baik saya akan duduk,pejam mata. Terus ucap Inna lillahi wa inna ilayhi raji’un.

2. DEEP BREATHING.

Tarik nafas dalam dan lepas perlahan-lahan. Lakukan beberapa kali. Ketika ini kita akan mula rasa fokus apa next step. Bayangkan dapat pihak hospital call anak tidak dapat diselamatkan. Anak meninggal bukan dipangkuan kita. Ketika ini saya perlu tenang,deep breathing bagi emosi stabil.

3. Berzikir

Dapat perkabaran tidak baik ucap Inna lillahi wa inna ilayhi raji’un  إِنَّا لِلّهِ وَإِنَّـا إِلَيْهِ رَاجِعونَ‎‎) Zikir sebanyakkan mungkin terutama Istiqfar dan baca 
‎حَسْبِيَ اللَّهُ لَا إِلَٰهَ إِلَّا هُوَ ۖ عَلَيْهِ تَوَكَّلْتُ ۖ وَهُوَ رَبُّ الْعَرْشِ الْعَظِيمِ
Sebanyak mungkin sehinggakan kita rasa الله segalanya dan الله sangat hampir dengan kita saat ini.

Redha diatas kehilangan anak. Redha bukan bermakna kita tidak berusaha untuk memperbetulkan keadaan. Redha sini bermakna kita menerima Qada dan Qadar dari Allah s.w.t. Kita perlu yakin ini ujian dan kasih sayang Allah kepada kita. Perniagaan rugi,anak meninggal,rumahtangga bermasalah,suami meninggal,isteri sakit ini semua kita kena REDHA.

4. Jangan marah,Jangan dendam.

Marah,dendam buatkan kita stress berpanjangan,hormon cortisol meningkat,apabila hormon cortisol secara tidak teratur dalam badan akan ‘membakar’ gula dengan banyak dan menyebabkan seseorang letih,pening,mual dan lapar sehingga makan tanpa henti atau ketagihan gula. Rentak jantung tidak teratur.stres mengundang pelbagai penyakit.

Muka mula berjerawat,haid tidak teratur. So jangan marah,jangan dendam kepada sesiapa yang aniaya kita. Maafkan mereka kerana kita mahu redha Allah. Sekarang kita mulai faham hanya kita ada Allah.

5. Sabar dengan solat.

Bila stress menyerang kita tidak boleh tidur. Ganggu melatonin hormon. bangun ambil wuduk dan solat. Rukuk dan sujud lama-lama. Ketika rukuk rasakan dalam hati yang kita sedang berhadapan dengan Raja segala raja,Rob yang mencipta Alam ini,Rob yang mencipta kita,Rob yang dapat menyelesaikan masalah kita. Tidak perlu cerita kepada sesiapa sebelum Allah. cerita,luahkan,mengadu kepada Allah.

6. Cari Ketenangan Dengan Jauhkan Diri  Dari Orang.

Saya angkat tangan doa kuat-kuat. Doa kepada sang pencipta laut ini. Saya sebut nama الله sekuat hati. Saya lepaskan segalanya.

Dan terakhir. Berdampinglah dengan orang yang soleh. Dengan isteri/suami,dengan ahli keluarga,minta nasihat,semangat dari isteri,dengar dengan teliti apa isteri cakap. Hadir majlis ilmu,bersama jemaah yang baik.

Apabila bersama jemaah mereka tidak ada masa nak cerita tentang duit,harta,wanita,pekerjaan. Mereka akan banyak cerita tentang Allah. Allah tuhan kita,Allah rob kita. Mudhorat,manfaat semuanya dari Allah. Jika kita bersama jemaah atau berkumpulan sukar untuk syaitan merosakkan kita. Jadi kepada yang stress,depression jangan berseorangan anda perlu bersama jemaah jumpa kawan atau keluarga.

Moga bermanfaat.

Sumber : https://www.facebook.com/encik.matt.5/posts/380182942416280

IKLAN