Pemakaian seluar dalam sering kali dipandang remeh oleh sesetengah lelaki. Bagi mereka, asal ada yang boleh dipakai, cukuplah. Nampak memang remeh tapi amat penting untuk lelaki mengekalkan tahap kebersihan dan keselesaan ketika menggunakan seluar dalam.

Pakar kesihatan ada menyebut, lelaki lebih cenderung bersifat malas untuk menjaga tubuh mereka khususnya dalam menjaga kebersihan seluar dalam. Dari sebuah tinjauan yang dibuat oleh YouGoy, satu daripada lima lelaki malas untuk membasuh seluar dalam dan boleh memakai seluar dalam atau boxer hingga berhari-hari lamanya.

Cuba anda periksa, jangan-jangan anda juga pernah melakukan kesalahan-kesalahan ini. Jadi, jangan pernah mengambil ringan tentang pemakaian seluar dalam. Ini adalah 8 kesalahan memakai seluar dalam yang sering dilakukan lelaki.

1. Recycle seluar dalam tanpa membasuhnya

8 Kesalahan Lelaki Memakai Seluar Dalam. Cuba Check, Pernah Tak Anda Buat?

Jangan terkejut, ada sesetengah lelaki yang tidak sempat membasuh seluar dalam bertindak menterbalikkan seluar di bahagian dalam ke luar dan memakainya semula. Menurut penelitian oleh Philip Tierno, Director Mikrobiologi di New York University yang juga penulis buku ‘The Secret Life of Germs’, rata-rata seluar dalam yang sudah dipakai mengandungi 1/10 gram bakteria yang dikeluarkan oleh alat sulit.

Ini terjadi kerana ada sesetengah lelaki tidak mencuci alat sulit mereka dengan bersih setelah membuang air. Jadi tukarlah seluar dalam yang baru setiap kali anda ingin memakainya. Ketika hendak membasuh seluar dalam, sebaiknya gunakan air suam pada suhu 65 darjah Celsius.

2. Keringkan seluar dalam dengan cara yang salah

8 Kesalahan Lelaki Memakai Seluar Dalam. Cuba Check, Pernah Tak Anda Buat?

IKLAN

Gara-gara tidak sabar untuk menunggu seluar dalam kering, ada yang mengambil langkah mudah mengeringkan seluar dalam pada suhu yang terlalu tinggi di mesin pengering. Haba di dalam mesin pengering itu boleh menyebabkan bahagian getah seluar dalam anda longgar dan renggang.

Jadi biarkan seluar dalam anda kering dengan sendirinya di bawah cahaya matahari yang kurang terik. Jika anda masih ingin menggunakan mesin pengering, pastikan anda menggunakan kitaran pada suhu yang rendah dan lembut.

3. Memilih warna yang salah

8 Kesalahan Lelaki Memakai Seluar Dalam. Cuba Check, Pernah Tak Anda Buat?

Tidak salah membeli seluar dalam berwarna putih tetapi ia berisiko untuk lebih mudah menampakkan kesan kotoran. Semasa ingin membeli seluar dalam, cuba pilih warna yang lebih gelap seperti hitam, biru tua atau kelabu kerana warna-warna ini mengambil masa yang agak lama untuk pudar, malah anda tidak perlu untuk menggantinya terlalu kerap.

4. Menggunakan material yang tidak sesuai

8 Kesalahan Lelaki Memakai Seluar Dalam. Cuba Check, Pernah Tak Anda Buat?

IKLAN

Sebelum membeli, cuba anda periksa dahulu jenis material yang digunakan pada seluar dalam tersebut. Ingat! Seluar dalam berfungsi untuk melindungi alat sulit, jadi bijaklah memilih material yang tepat dan sesuai seperti kain kapas kerana ia lebih ringan, mudah menyerap peluh dan sesuai untuk pemakaian harian.

5. Menggunakan seluar dalam yang terlalu ketat

8 Kesalahan Lelaki Memakai Seluar Dalam. Cuba Check, Pernah Tak Anda Buat?

Kalau anda rasa memakai seluar dalam ketat membuatkan anda lebih seksi kerana menonjolkan alat sulit, ia satu kesilapan besar. Memakai seluar dalam yang ketat hanya akan ‘melemaskan’ alat sulit dan mudah rasa terselit.

Malah ia juga tidak baik untuk kitaran darah dan boleh mempengaruhi kesuburan anda. Jadi pilihlah seluar dalam jenis boxer kerana ia lebih selesa untuk dipakai.

IKLAN

6. Selitkan hujung baju pada seluar dalam

8 Kesalahan Lelaki Memakai Seluar Dalam. Cuba Check, Pernah Tak Anda Buat?

Jangan sesekali menyelitkan hujung baju anda pada seluar dalam. Penambahan material lain seperti hujung baju pada seluar dalam ini akan membuatkan kulit di bahagian tersebut lembap dan menghasilkan lebih banyak peluh.

7. Tidak menukar seluar dalam ketika basah

8 Kesalahan Lelaki Memakai Seluar Dalam. Cuba Check, Pernah Tak Anda Buat?

Jika seluar dalam anda basah disebabkan peluh kerana anda melakukan aktiviti di luar ataupun terkena hujan, sebaiknya gantikan seluar dalam anda dengan segera. Membiarkannya seluar dalam dalam keadaan basah hanya akan membuatkan alat sulit anda lembap dan rasa tidak selesa.

8. Memakai seluar dalam ketika tidur

8 Kesalahan Lelaki Memakai Seluar Dalam. Cuba Check, Pernah Tak Anda Buat?

Elak memakai seluar dalam ketika tidur kerana ia akan mempengaruhi kualiti kesuburan dan sperma yang anda hasilkan. Biarkan bahagian alat sulit anda bebas bernafas tanpa memakai seluar dalam agar anda boleh menghasilkan sperma yang berkualiti.

Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.

KLIK DI SEENI