Antara amalan yang sering kita lakukan pada musim perayaan adalah kunjung-mengunjung ke rumah saudara mara dan sahabat handai.

Selain itu bagi yang masih bujang biasanya, akan ikut sahaja ke mana ibu dan bapa bawa kita jika tiada perancangan untuk ke mana-mana pada hari itu.

Namun begitu untuk memastikan hari raya dapat disambut dengan penuh harmoni, tolong elakkan diri anda daripada melakukan 10 perkara ini :

1. Perabis kuih raya

Memanglah tuan rumah akan hidangkan pelbagai makanan sebagai hidangan termasuk kuih-kuih raya. Kalau anda berkunjung pada hari pertama, tak perlulah ‘bedal’ semua kuih raya dalam balang tu. Ingat sikit orang belakang.

IKLAN

2. Jadikan rumah tetamu toilet transit

Dek setiap rumah yang dikunjungi anda minum air, maka dari perut hingga ke pundi kencing anda pun penuh dengan air. Akibatnya, singgah setiap rumah mesti nak terkucil. Ibaratnya macam anda tengah buat ‘tanda’ la pulak.

3. Usha barang dalam rumah lain macam

Tahulah tuan rumah ada beli perabot baharu. Tapi janganlah usha lain macam. Siap buat perbandingan dengan rumah orang lain. Tuan rumah tu beli ikut kemampuan dia. Bukan macam anda, rumah pun belum ada lagi. Keh keh keh.. gurau!

IKLAN

4. Sakitkan hati tuan rumah

Ya, anda memang seseorang yang kuat membahan tetapi kalau hari raya ni, tak perlulah melebih-lebih sampai sakit hati tuan rumah. Elakkan dari tuan rumah sudi dan bermaaf-maafan jadi benci-bencian.

5. Kurangkan gadjet

Kalau pergi beraya rumah orang tapi tangan tak lepas nak main gadjet seperti phone misalnya, baik duduk rumah. Tahulah sekarang tengah ada trend main game dekat phone tapi fikirkan semula kenapa anda berkunjung ke rumah orang!

IKLAN

6. Jangan complaint

Tak semua rumah orang sama. Ada yang sejuk, ada yang panas. Jadi jangan complaint dengan ayat-ayat, “Panas betul rumah kau ni,” Terasa beb hati tuan rumah tu. Bukannya dia tak sediakan kipas, dah memang itu suasana persekitaran dia.

7. Suruh anak minta duit raya

Jangan ajar anak-anak untuk minta duit raya. Kalau tuan rumah nak bagi duit raya, barulah diterima dengan ikhlas. Kalau dapat tetapi sedikit, haipp..!! Itu adalah rezeki, ajar anak-anak bersyukur.

8. Jaga adab dan batas

Dalam Islam, ditegaskan lelaki dan wanita yang bukan muhrim tidak boleh bersentuhan. Namun sejak dunia akhir zaman ini semakin dekat, penegasan dalam agama ramai yang campak tepi. Asalkan dapat raya dan bersalam dengan awek yang memang kita dah lama usha. Salah tetap salah tau!

Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.

KLIK DI SEENI