Lagu Raya sudah mulai berkumandang. Dan kemeriahan sambutan Hari Raya Aidil Fitri tahun ini juga mula dirasai. Pergi sahaja ke mana-mana gedung beli-belah pasti ramai dikunjungi.
Dalam kemeriahaan menantikan hari kemenangan itu, ramai juga yang seakan leka dengan faktor keselamatan diri. Sama ada dari segi pemakanan, penjagaan kesihatan atau keselamatan jalan raya.
Jadi tak hairanlah bila musim perayaan semakin dekat makin menjadi-jadi pula kes kecemasan di hospital. Sebenarnya banyak perkara anda boleh elak daripada menjadi salah seorang ‘tetamu istimewa’ di Jabatan Kecemasan mana-mana hospital.
Seorang doktor telah melakukan perkongsian menarik menerusi Twitter tentang beberapa perkara yang anda boleh elak dari mengunjungi Jabatan Kecemasan pada musim perayaan. Dr Ahmad Zakimiyang merupakan salah seorang doktor aktif bersama #MedTweetMY berkongsi 8 perkara.
Jom kita ikuti perkongsiannya!
Ads
JANGAN LUPA UBAT
KESELAMATAN JALAN RAYA
KEMALANGAN DALAM RUMAH
BAHANA MERCUN
Ads
KAWAL DARAH TINGGI & KENCING MANIS
MASALAH KERACUNAN MAKANAN
‘KAKI MC’
Ads
PENYAKIT BERJANGKIT
Jelas Dr Ahmad Zakimi lagi terdapat beberapa tip yang anda boleh amalkan sepanjang musim perayaan agar bebas daripada penyakit mudah berjangkit.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Semua orang mempunyai goal mereka yang tersendiri. Ada diantara anda hanya mahu kurus dalam proses diet anda, ada juga antara anda yang sukakan bentuk badan berketul-ketul. Harus anda ingat, setiap senaman, setiap besi yang anda angkat itu, anda perlu tahu kepentingan dan cara yang betul. Pastikan minda anda terkawal dengan nafsu-nafsu makan dan bisikan-bisikan ‘give up’ anda tu. Jika anda berjaya harungi perkara ini, anda pasti akan mendapat tubuh badan yang sangat cun!
2.Dapatkan kelulusan
Walaupun anda bukan mahu menjadi personal trainer, tapi anda boleh mengambil sijil dalam bidang fitness. Ini kerana, anda hanya mendapat bantuan atau tunjuk ajar dari video, bahan bacaan dan pendapat orang sekeliling. Namun, anda masih lagi kurang faham tentang fitness yang sebenar. Bayangkan jika anda mempunyai kelulusan dalam bidang fitness? Anda bukan saja boleh mengajar orang lain, malah anda juga boleh membuat experiment terhadap diri anda untuk penambahbaikan. Bukan untuk orang lain, untuk kepuasan diri anda juga.
3.5×5
Apa yang 5×5 ni? Sentiasa beri diri anda 5 kali 5 dimana setiap kali anda bersenam, pastikan anda membuat 5 rap x 5 set. Sebagai contoh, anda melakukan deadlift, bench press atau squat, pilih berat anda dan lakukan 5×5 agar anda mendapat keputusan yang lumayan. Petang ni, pergi gym cuba!
4.Rakam detik-detik anda
Bawalah telefon pintar anda ketika sedang bermain besi di dalam gym. Rakam setiap detik anda mengangkat berat. Walaupun anda dapat melihat diri anda di cermin yang disediakan, tapi perasaan anda merakam itu sangat berbeza. Anda boleh tengok balik rakaman anda berulang kali, bandingkan setiap hari. Jika masih sama, dan tiada perubahan, tukar rutin harian anda. Tunjukkan kepada rakan-rakan anda, ataupun muat naik di laman sosial. Ambil terguran setiap komen. Sedikit sebanyak ia dapat membakar semangat anda untuk terus mara kehadapan.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
AB wheel dan dumbbell merupakan antara dua alat senaman yang cukup popular digunakan sama ada gi gimnasium atau di rumah.
Selain mampu memberi impak maksima terhadap senaman fizikal ia juga memberi dimensi berbeza kepada anda yang ingin mendapat hasil memuaskan.
D sini MASKULIN ingin kongsikan beberapa kelebihan menggunakan AB wheel dan dubbell dalam senaman anda.
KELEBIHAN MENGGUNAKAN AB WHEEL
Kenali satu lagi senaman untuk membina otot abdomen menggunakan AB Wheel yang bukan sahaja mudah, namun mampu memberi impak yang maksima kepada abdomen anda.
Bukan sahaja mampu menguatkan otot pada abdomen, malah ia juga mampu memberikan kekuatan pada keseluruhan tubuh badan anda.
Kekuatan teras bermaksud kekuatan pada bahagian otot-otot tengah anda. Dengan senaman ini juga, ia mampu menstabilkan teras sekaligus menambah baik postur tubuh badan anda.
Senaman AB Wheel juga mampu menguatkan otot anda supaya ia dapat menjaga tulang belakang dan menjauhi daripada risko kecederaan.
Dengan kekuatan teras yang anda perolehi daripada senaman ini, ia juga mampu menguatkan daya ketahanan fizikal anda untuk melakukan pelbagai jenis sukan seperti berlari, melompat, menendang, menumbuk dan pelbagai lagi.
Tidak seperti ‘crunches’ dan ‘sit-up’, senaman AB Wheel menggunakan pelbagai otot dan sendi yang bergerak secara sinergi untuk meningkatkan penyelarasan intermuskular dan intramuskular. Dengan senaman ini juga, anda harus melakukan pergerakan yang besar yang mana, ia mampu meningkatkan kadar fleksibiliti dan mobiliti anda.
KEBAIKAN MENGGUNAKAN DUMBELL DALAM LATIHAN
Salah satu cara terbaik dan banyak impaknya dalam latihan membina otot adalah dengan menggunakan bebanan sama ada menggunakan berat badan sendiri ataupun dengan alatan senaman seperti dumbell.
Tidak cepat letih dalam melakukan tugas tugas seharian.
Dengan memiliki daya tahan otot yang baik, anda boleh menaiki tangga dengan keadaan selesa dibandingkan dengan orang lain.
Dengan bentuk badan yang menarik, ia akan membina keyakinan individu dalam menghadapi kehidupan seharian dan secara langsung berpikiran positif dalam menangani masalah.
Mengangkat/ mengalihkan pasu bunga atau mengangkat baldi yang berisi air dengan mudah tanpa merasa letih dan sakit otot.
Bila mana otot kaki menjadi kuat, kebarangkalian untuk jatuh adalah tipis begitu juga jika otot bahagian atas badan kuat, anda akan mempunyai postur yang baik dan boleh mengelakkan daripada sakit pinggang dan menghindarkan sakit arthritis.
Masalah utama bila usia semakin meningkat ialah tulang akan menjadi rapuh. Dengan melakukan latihan bebanan menggunakan dumbell, tulang akan menjadi lebih padat. Ini akan mengurangkan risiko penyakit osteoporosis.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Menjalani ibadah berpuasa menuntut kita untuk menghayati maksud sebenar mahahan lapar dan dahaga. Serta mengelakkan diri daripada melakukan perkara-perkara tidak baik yang boleh membatalkan puasa.
Bagi kita yang bekerja sepanjang hari berpuasa pastinya mahu badan yang mampu kekal cergas. Kita tidak mahu jadikan puasa itu sebagai alasan untuk tidak jadi produktif dan bertenaga untuk melakukan tanggungjawab kerja.
MASKULIN tertarik dengan perkongsian yang dilakukan oleh Coach Syai Aizat bersama kami. Coach Syai Aizat menyenaraikan 5 tip untuk kekal cergas sepanjang bulan Ramadan.
Paling menarik tip ini boleh dilakukan oleh sesiapa sahaja tanpa mengira jantina dan peringkat umur. Ikuti perkongsian Coach Syai Aizat di bawah.
Sepanjang bulan Ramadan kita perlu tidur awal dan jangan amal tidur terlalu lewat. Ini kerana kita perlu bangun awal untuk bersahur. Keesokan harinya pula perlu guna banyak tenaga untuk melakukan pelbagai aktviti. Jadi tidurlah awal sekurang-kurangnya jam 11 malam.
Pada bulan puasa tidak bermakna kita tak boleh lakukan senaman. Untuk kekal cergas, anda boleh lakukan senaman dengan rutin selama 30 minit hingga satu jam setiap hari. Tapi pada siang hari, lakukanlah senaman yang tidak terlalu ekstrem. Manakala sebelah malam dan selepas berbuka pula bolehlah lakukan senaman yang lebih advance. Melakukan senaman dapat membantu badan kita menjadi lebih cergas sepanjang bulan berpuasa
Berbuka puasa bukanlah lesen untuk kita makan secara berlebihan. Jadi elak makan terlalu banyak ketika berbuka. Bila makan terlalu banyak badan boleh menjadi penat kerana perlu menghadamkan makanan yang banyak. Jadi rancanglah diet pemakanan untuk berbuka puasa dengan sebaiknya.
Antara faktor penting memastikan badan sentiasa cergas di bulan puasa. Minumlah air kosong dengan mencukupi. Paling penting jangan minum terlalu banyak air manis sebaliknya gantikan dengan air kosong. Bila berpuasa badan akan alami kekurangan air namun jika kita minum mencukupi sewaktu bersahur dan pada waktu malam, ia boleh membantu meningkatkan kecergasan badan.
Pada waktu siang, ambillah masa selama satu atau dua jam untuk berehat atau ‘power nap’ buat seketika. Tidur yang sekejap ini boleh memberikan badan rehat yang baik. Bila bangun badan akan jadi lebih cergas.
Semoga perkongsian dari Coach Syai Aizat kali ini boleh memberikan manfaat kepada anda. Jangan lupa subscribe YouTube MASKULIN untuk update tekniki gaya hidup lelaki!
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Mohamed Salah menggemparkan dunia bola sepak terutamanya di kalangan penyokong Liverpool selepas mengumumkan musim ini sebagai musim terkahirnya bersama pasukan tersebut.