JANGAN RISAU BILA TERLEBIH MAKAN SEPANJANG SYAWAL INI, CUBA PERLAHAN-LAHAN KEMBALI KE TRACK DAN KUATKAN SEMANGAT UNTUK TERUS SIHAT. TIDAK MENGAPA, SYAWAL HANYA SEKALI, RAIKAN SECARA SIHAT BARULAH TUBUH ANDA TAHAN LEBIH LAMA.
MINUM AIR KOSONG 3 LITER SEHARI
Minum air kosong 3 liter ke atas sehari. Ya, ini penting untuk pastikan tubuh cukup air dan proses untuk singkirkan lemak lebih mudah. Kalau nak mudah, beli terus 1 botol air 1.5 liter, pastikan minum 2 botol setiap hari.
ELAK MAKAN MALAM
Saya elakkan dari makan malam. Kalau nak makan pun, saya makan pada jam 6 petang. Malam hanya makan buah-buahan dan minum air sahaja. Lagipun tidur awal supaya tak adalah lapar sangat.
BANGUN AWAL
Ads
Bangun tidur awal pagi. Sebolehnya solat tahajud. Solat pun boleh bakar lemak di badan.
BERSENAM
Awal pagi atau petang. Ikut nasihat doktor pakar, kalau tubuh tak biasa bersukan, mulakan dengan berjalan kaki dahulu. Berjalan 30 minit setiap hari supaya keluar peluh. Naikkan target selepas itu bila dah selepas. Contohnya jogging 5 minit, jalan 25 minit. Hari berikutnya jogging 10 minit jalan 20 minit dan seterusnya. Jangan terlalu mendadak takut nanti badan tak boleh handle.
CARI KAWAN UNTUK BERDIET
Ads
Cari kawan yang nak diet bersama. Ia lebih mudah. Setiap hari, masing-masing boleh bagi semangat dan sokongan. Jika suami isteri, lebih bagus anda compete each other.
REWARD DIRI
Sediakan hadiah jika berjaya turun 1kg. – Hadiah mungkin pergi shopping baju atau berjalan-jalan. Elakkan hadiah berunsur makanan ya.
TONTON VIDEO MOTIVASI
Ads
Setiap hari beri masa 5-10 minit untuk tonton video motivasi di youtube untuk kuruskan badan. Teknik ini sangat berkesan kerana secara tidak langsung ia membakar semangat dan kepercayaan untuk kurus.
MAKAN OAT
Makan oat setiap hari. Ya.. ini sangat penting. Resepi mudah, ambil oat, masukkan susu, kismis, kacang, siap! Yum.. yum.. yum..
CERIA SELALU
Hidup dengan riang dan ceria. Jangan terlalu stress dengan perkara yang terjadi dalam hidup. Releks, lambat laun masalah akan selesai juga. Cuba fikir ia sebagai mimpi aja. Kalau nak marahkan seseorang, lihat muka mereka, dan bayangkan muka mereka seperti perkara yang melucukan. Jika anda banyak senyum, anda happy, berat badan akan turun lebih cepat. Kalau anda ‘bad mood’, anda cenderung untuk makan dan makan untuk ‘menipu’ minda anda.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Sebelum dimasak nasi, beras pasti dicuci sampai bersih menggunakan air. Kebanyakan orang akan terus membuang air bekas cucian beras tersebut. Betul tak?
Tahukah anda khasiat air beras ini boleh memberi pelbagai manfaat buat anda. Beras mempunyai banyak khasiatnya yang tersendiri ianya kaya dengan vitamin dan mineral seperti niacin, vitamin D, kalsium, fiber, iron, thiamine dan riboflavin. Selain itu juga, beras kaya dengan karbohidrat dan tidak mengandungi kolestrol, lemak tepu yang boleh memudaratkan.
Khasiat beras bukan sahaja boleh di makan, malahan bagus untuk penjagaan kulit muka dan juga tubuh badan. Ya, Air bekas cucian beras memiliki kandungan khasiat yang sangat bagus untuk kulit wajah, jerawat, dan masker rambut. Silakan mencuba 6 langkah berikut untuk mangetahui khasiatnya. Lagi elok ambil air basuhan pertama kerana terdapat banyak khasiat
1. Kulit lembut dan halus
Rendam kapas di dalam bekas air cucian beras dan lapkan ke kulit muka Anda. Ini dapat menghapus kotoran dan sebum berlebihan pada kulit wajah. Jika diamalkan rutin ini wajah jadi halus dan lembut.
2. Segarkan wajah
Air bekas cucian beras ini juga boleh dijadikan sebagai masker untuk menyegarkan wajah. Ambil kapas muka dan rendam ke dalam air beras selama lebih kurang 10 minit.
Kemudian tekap kapas muka mengandungi air beras itu pada wajah. Biarkan selama 15 minit sebelum menanggalkannya dan anda akan dapat rasa wajah makin segar.
3. Wajah lebih cerah
Sentiasa simpan air basuhan beras dan gunakan setiap kali mahu mencuci muka. Jadikan amalan setiap kali selepas mencuci wajah. Khasiatnya adalah untuk mencerahkan kulit. Jadi anda tidak perlu terus bergantung kepada produk-produk kosmetik yang mahal dan berisiko tinggi. Cukup menggunakan air bekas cucian beras saja.
4. Mengecilkan pori-pori
Celupkan kapas muka ke dalam air beras dan oles terus pada wajah. Usap dan tekan secara perlahan pada bahagian wajah yang pori-porinya terbuka. Cara ini akan mengecilkan liang pori-pori sekali gus membuat wajah tampak licin.
5. Penyembuh jerawat
Disahkan oleh pakar kulit, pakar kecantikan dan doktor kosmetik bahawa air cucian beras dapat mengatasi masalah jerawat di wajah. Air ini akan dapat menyembuhkan secara alami dan lebih cepat. Sila cuba kalau tak percaya.
6. Atasi kulit wajah minyak
Setiap kali membasuh beras, simpan sedikit airnya untuk kegunaan selepas mencuci wajah dengan buih pembersih. Setiap kali selesai mencuci wajah, bilas dengan air beras pula. Bukan saja dapat mengurangkan minyak malah mencerahkan kulit wajah juga. Inilah dia bahan pemutih kulit semula jadi yang paling selamat.
Mudah bukan! Tak rugi untuk mencuba kerana rawatan ini adalah percuma.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Pengambilan makanan harian boleh dibahagikan kepada beberapa hidangan dalam sehari termasuk makan malam.
Makan malam yang sihat dan tidak melebihi keperluan kalori harian tidak akan menyumbang kepada obesiti.
FAKTOR MAKAN MALAM DIKAITKAN DENGAN MASALAH KEGEMUKAN TERMASUK:
Makan malam beramai-ramai terutama keluarga akan mempengaruhi saiz hidangan dan seseorang makan lebih banyak berbanding makan sendirian.
Sikap melangkau waktu makan pada siang hari menyebabkan kelaparan tidak terkawal sekali gus membuatkan seseorang makan berlebihan ketika malam.
Tindakan menjadikan makan malam sebagai satu cara melepaskan tekanan turut mendorong masalah obesiti.
Kecenderungan mengambil makanan tinggi lemak dan kalori seperti ais krim, coklat, kerepek ketika menonton televisyen waktu malam turut dikaitkan dengan masalah kegemukan.
PANDUAN MAKAN MALAM YANG SIHAT:
Utamakan makanan seimbang mengikut saranan Piramid Makanan Malaysia.
Hadkan pengambilan makanan bergoreng, berlemak dan berminyak.
Ketahui saiz hidangan makan malam seharusnya membekalkan anda 400 hingga 500 kalori.
Waktu makan malam paling sesuai 6.30 petang hingga 8.30 malam. Sekiranya berasa lapar dan tidur lewat, pilih buahan, roti, biskut atau susu suam sebagai snek.
Tidak digalakkan ambil makanan lewat malam.
Elak makan malam sambil menonton televisyen.
Elakkan teh atau kopi selepas makan malam kerana ia boleh mengakibatkan gangguan tidur.
Jika menghadiri jamuan makan malam, makan secara sederhana dengan saiz hidangan kecil, pilihan makanan sihat, utamakan buah-buahan dan air kosong.
TOKSIN TERDIRI DARIPADA DUA JENIS
1.TOKSIN DARI LUAR (EKSOTOKSIN)
Disebabkan oleh makanan yang diproses seperti burger,makanan yang mengandungi pengawet, makanan yang dipanggang dan racun kimia atau racun serangga. Selain itu, penggunaan kosmetik juga turut menyumbang kepada toksin luaran ini, selain bahan kimia untuk penggunaan domestik seperti sabun basuh, bahan peluntur, bahan pewarna dan sebagainya.
2.TOKSIN DALAMAN (ENDOTOKSIN)
Berpunca daripada gangguan emosi, stres, dan kotoran yang tersumbat dalam usus.
Secara umumnya masalah- masalah seperti jerawat, alahan, selesema, bau badan, mulut bau dan banyak lagi terjadi kerana fungsi pembuangan toksin yang sepatutnya berlaku terjadi sebaliknya. Jadi, toksin itu tetap keluar namun dalam bentuk cela pada kulit manusia.
Simptom di atas hanya yang boleh dilihat pada wajah, sedangkan, di dalam organ tubuh yang tidak pernah dibuang toksin akan menyebabkan kesan yang lebih teruk.
Kepentingan membuang toksin dalam badan
Kajian menunjukkan kandungan toksin yang banyak dalam badan akan mengurangkan kemampuan untuk mengimbangkan gula dan metabolisme kolesterol. Ini adalah perkara yang serius apabila ingin mengurangkan berat badan dan kesihatan badan secara menyeluruh yang tidak diambil penting oleh ramai orang. Jika anda ingin membakar lebih lemak dan mengurangkan risiko mendapat diabetes, adalah lebih baik untuk anda membuang toksin di dalam badan terlebih dahulu.
Dalam dunia moden yang penuh dengan toksin kini, adalah sangat mustahil untuk bebas toksin sepenuhnya.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
“Penyakit show off” demikian tulis seorang pengguna Twitter juga memuat naik tweet Hafiz Hamidun berkata penyakit suka menunjuk-nunjuk semakin membarah dalam masyarakat kita.
Malah, Pinot (@_miyaarsad) juga menyertakan beberapa gambar yang dipernah dimuat naik oleh Hafiz bersama dengan ‘harta kemewahan’.
Tweet Pinot yang dimuat naik sejak jam 5.31 petang Rabu telah dikicau 11,155 kali dan disukai 4,593 pengguna laman berkenaan yang juga memberikan pelbagai reaksi terhadap tweet tersebut.
Tidak kurang juga, ada yang mengecam Pinot kerana menimbulkan fitnah dan memalukan dirinya sendiri.
“Maaf cik atau puan, fikir dulu sebelum tweet. Sekarang awak sendiri dah memalukan diri awak sendiri,” kata Dham (@nordhamira).
“Yang aku tak faham sekarang ni, individu yang post ini tak dengki pun. Hahaha! Dia just nak tunjuk balik ciri-ciri orang munafik ini apabila dia berkata dia berdusta. Hahaha! Rata-rata pekomen sekarang cakap individu ini hasad jeles apa semua. Hahaha! Meleis sangat,” kata Fxdz.lie (@jxmbonix).
Bagaimanapun, tampil seorang individu menjelaskan dua gambar yang dikongsikan Pinot itu merupakan gambar ELshape di Melaka, bukannya harta Hafiz seperti yang didakwa.
Sementara itu dalam tweet balas Hafiz berkata, “Alhamdulillah. Semoga hidup awak bahagia dan jiwa awak senang.
“Kalau posting itu buat awak puas hati, I hope you juga sedia tanggung benda fitnah yang orang mengata pasal saya. Assalamualaikum,” katanya.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Kemsite memperkenalkan konsep “Outdoor Inside” di The Gardens Mall, membawa gaya hidup outdoor ke ruang urban dengan jenama premium dan pengalaman eksklusif yang menggabungkan alam, rekaan dan keselesaan moden.