Tentu anda rasa rugi bila makanan yang tak habis dijamah telah tamat tempoh. Bila berdepan dengan situasi ini, pasti makanan yang telah tamat tempoh itu anda buang ke dalam tong sampah.

Namun tahukah anda, tidak semua makanan yang telah tamat tempoh perlu dibuang dan tidak boleh dimakan?

Ini diperjelaskan dalam satu temubual antara Paul VanLandingham, Ketua Fakulti dari Pusat Pengurusan Makanan dan Minuman, Universiti Johnson & Wales dengan wakil WebMD. Menurut Paul, tarikh tamat tempoh merupakan hari akhir sesuatu barang itu berada pada tahap tertinggi kualitinya, tetapi ia masih boleh dimakan untuk beberapa waktu selepas itu.

Oleh itu, jom tengok senarai 9 makanan yang anda masih boleh makan walaupun telah tamat tempoh.

1. Pasta Kering

9 Jenis Makanan Yang Boleh Dimakan Walaupun Dah Tamat Tempoh!

Pasta kering boleh disimpan satu hingga dua tahun daripada tarikh yang dicetak. Untuk pasta yang telah dimasak sama ada kering atau segar, ia boleh disimpan selama tujuh hari di dalam peti sejuk. Manakala jika anda menyimpannya di ruang sejuk beku, ia boleh bertahan selama enam hingga lapan bulan.

2. Bijirin

9 Jenis Makanan Yang Boleh Dimakan Walaupun Dah Tamat Tempoh!

Bijirin yang tidak dibuka boleh bertahan selama enam hingga lapan bulan melebihi tarikh pada kotak. Namun jika ia telah dibuka, bijirin akan kekal segar antara empat dan enam bulan. Bagi bijirin yang telah dimasak, ia mampu bertahan selama empat hingga lima hari dalam peti sejuk.

3. Daging atau ayam mentah

9 Jenis Makanan Yang Boleh Dimakan Walaupun Dah Tamat Tempoh!

IKLAN

Mesti anda takut nak simpan daging atau ayam mentah dalam tempoh yang lama di peti sejuk kan? Sebenarnya barang-barang ini boleh disimpan melewati tarikh jualan mereka dengan syarat anda membekukannya.

4. Ikan mentah

9 Jenis Makanan Yang Boleh Dimakan Walaupun Dah Tamat Tempoh!

Sama seperti daging dan ayam mentah, ikan mentah juga boleh bertahan lebih lama iaitu antara enam dan sembilan bulan dari tarikh tertera jika anda membekukannya.

5. Keju

9 Jenis Makanan Yang Boleh Dimakan Walaupun Dah Tamat Tempoh!

Secara umumnya, keju selamat dimakan walaupun melebihi tarikh tamat tempoh. Seperti kebanyakan barang makanan, rupa dan bau akan memberitahu anda lebih lanjut sama ada keju tersebut selamat untuk dimakan atau tidak.

6. Sayur dan buah sejuk beku

9 Jenis Makanan Yang Boleh Dimakan Walaupun Dah Tamat Tempoh!

IKLAN

Eat By Date memberitahu bahawa sayur-sayuran dan buah-buahan sejuk beku yang tidak dibuka boleh disimpan selama lapan hingga sepuluh bulan selepas tarikh tamat tempoh.

7. Susu

9 Jenis Makanan Yang Boleh Dimakan Walaupun Dah Tamat Tempoh!

Anda boleh mengekalkan susu tenusu lima hari atau lebih lewat dari tarikh tamat tempoh. Walaupun susu tanpa lemak boleh bertahan antara tujuh dan 10 hari, anda boleh menyimpan susu lima hingga tujuh dari tarih luput. Jika susu rosak, ia akan kelihatan berwarna dengan tekstur yang kental dan berbau masam.

8. Makanan dalam tin

9 Jenis Makanan Yang Boleh Dimakan Walaupun Dah Tamat Tempoh!

Walaupun tidak semua makanan dalam tin boleh bertahan lama, tetapi ada sesetengahnya yang masih boleh digunakan walaupun melepasi tarikh luput dan ia telah terbukti oleh sains.

IKLAN

Satu kajian yang diterbitkan pada tahun 1983 dalam Journal of Food Science mendapati bahawa barang-barang dalam tin dari tahun 1930-an dan 1860-an (jagung manis dan sihat) masing-masing mengekalkan nutriennya dan tidak rosak.

Selagi tinnya masih elok (tak berkarat, tak bocor, tiada gas terperangkap di dalamnya) dan disimpan dalam suhu bilik di ruang yang gelap, anda  boleh menyimpannya selepas tarikh ‘baik sebelum’. Namun, rasa dan teksturnya mungkin tidak berapa sedap.

9. Roti

9 Jenis Makanan Yang Boleh Dimakan Walaupun Dah Tamat Tempoh!

Sama seperti keju, roti juga boleh dimakan walaupun selepas tamat tarikh luput. Semuanya bergantung kepada rupa dan bau roti tersebut, jika sudah naik cendawan sebaiknya buang sahaja. Roti yang dibungkus dan disimpan dengan betul boleh disimpan selama lima hingga tujuh hari pada suhu bilik. Setelah didinginkan, ia akan mengekalkan kesegarannya selama tiga hingga empat hari sebelum menjadi basi. Jika anda ingin melanjutkan hayatnya, roti yang dibungkus akan tetap segar sekurang-kurangnya tiga bulan dalam peti sejuk.

Fakta:

Semua produk makanan yang mempunyai tempoh luput kurang dua tahun kena diletakkan tarikh tamat tempoh pada bungkusannya. Tetapi apakah bezanya ‘baik sebelum’ dengan ‘gunakan sebelum’? Dan apa akan terjadi jika anda termakan produk yang sudah terlepas tarikh luput? Boleh bawa mautkah? Okey, di sini ada panduan untuk anda tahu sebelum makan kerepek berusia setahun yang anda beli di kedai runcit itu ke dalam mulut!

Baik Sebelum vs Gunakan Sebelum

Rupa-rupanya ada perbezaan! Dalam ayat mudah, ‘baik sebelum’ ada kaitan dengan kualiti makanan, sementara ‘gunakan sebelum’ berkaitan dengan keselamatan produk. Makanan dalam tin, makanan beku dan coklat menggunakan ‘baik sebelum’ dan bukannya ‘guna sebelum’ – bermakna ia secara umumnya selamat dimakan selepas tarikh tertera – selagi ia tak berbau pelik atau nampak semacam (gunakan judgement sendiri juga ya). Ia mungkin tak lagi rasa enak, tapi anda boleh buat keputusan untuk memakannya atau tidak. ‘Guna sebelum’ pula berkaitan dengan keselamatan makanan dan biasanya dilihat pada daging dan produk tenusu. Makanan sebegini memang perlu dibuang pada tarikh itu kerana ia berbahaya untuk dimakan.

Selamat beramal!

Sumber: Insider

Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.

KLIK DI SEENI