Sering kali kita dengar si suami akan meluahkan perasaannya tentang pasangan masing-masing. Biarpun wanita itu sering dipujanya, lelaki tetap tidak akan berkompromi jika perkara remeh temeh turut dibebel pasangan. Maskulin mendalami isi hati wanita untuk mengetahui sebab mereka suka membebel.

 

 FAHAMI JIWA DAN PERASAAN

90% Lelaki Akan Rindu Leteran Isteri Bila Mereka Sudah Tiada

1-Jangan buat tidak tahu sahaja

Perkara yang paling geram ialah apabila si dia membebel, si lelaki boleh pula buat tidak tahu sahaja. Lebih teruk ada yang terus pakai earphone atau pasang radio kuat-kuat supaya suara si isteri tenggelam dalam bunyi radio. Perlu diingat, wanita tidak akan membebel sembarangan jika pinggan mangkuk dibiarkan bertimbun di dalam sinki sedangkan si isteri tidak menang tangan menguruskan anak-anak yang nakal. Cuba fahami jiwanya.

 

2-Berdiam diri jangan menjawab

Ada wanita yang membebel tetapi lelaki boleh pula mengeluarkan kata-kata kesat seperti

“ Awak ni tidak ada kerja ke membebel sahaja! Atau paling teruk, “ Janganlah membebel sahaja, naik pening kepala saya ni!.

Seboleh-bolehnya janganlah mengharapkan si isteri yang  hanya berdiam diri ketika anda balik lewat, ketika anda bangun lewat atau ketika anda terlalu sibuk dengan  urusan kerja sehingga tidak membalas setiap pesanan ringkasnya. Gunakan peranan “senyap” sebagai reverse psychology. Fikirlah positif mungkin dia bimbang keadaan anda pada ketika itu.

   90% Lelaki Akan Rindu Leteran Isteri Bila Mereka Sudah Tiada

3-Belajarlah memujuk

Biasanya wanita akan membebel jika ada sahaja perkara yang menyakitkan hatinya. Sikap dan tingkah laku seseorang lelaki juga boleh menyebabkan si dia membebel tanpa sebab. Jadi janganlah biarkan wanita merajuk sepanjang hari. Kalau boleh pujuklah dia dengan kata-kata manis yang boleh mengubat hatinya. Wanita akan berasa dirinya dihargai setelah seharian penat menguruskan anak-anak dan keperluan rumah.

 

IKLAN

4-Jangan pandang  remeh dengan perkataan ‘ Maaf’

Ucapan maaf tidak hanya tertumpu ketika Hari Raya sahaja. Kadang-kadang tingkah laku yang tidak disedari boleh menguris hati dan perasaan pasangan. Biarpun anda merasakan tidak melakukan sebarang kesalahan,  jangan pula ego untuk meminta maaf.

Kalau boleh elakkan bergaduh besar sebelum tibanya waktu tidur. Lelaki akan setia dengan egonya dan wanita pula janganlah turut ego. Sama-samalah  bertolak ansur dan ‘cool’ demi sesebuah perhubungan yang baik dan bahagia.

 

5-Cuba tanya apa masalahnya

Pekalah dengan setiap perubahan yang berlaku kepada pasangan. Kalau muka si isteri berkerut seribu atau pertanyaan anda tidak berjawab, cubalah selidik apa masalah yang dihadapi. Mungkin anda mengabaikannya atau lebih mementingkan anak-anak daripada dirinya atau perkataan anda menguris hatinya. Biarkan kemarahan itu reda dan jangan sesekali menyampuk atau memarahinya kerana membebel.

 

90% Lelaki Akan Rindu Leteran Isteri Bila Mereka Sudah Tiada

 KENAPA PASANGAN SUKA MEMBEBEL? 

IKLAN

-Pasangan memang suka bercakap

-Akan menegur sesuatu yang dirasakan perlu

-Inginkan suatu kepastian

-Berasa diri tidak dihargai

-Berasa sunyi

-Berasa tertekan kerana penat

-Menganggap lelaki (pasangan) tidak memahami dirinya

-Tempat untuk meluahkan rasa marah dan geram

IKLAN

-Sebagai tanda amaran

 

-Lumrah semula jadi perempuan yang memiliki paras hormon estrogen berlebihan gemar meluahkan perasaan dan pendapat seolah-olah seperti sedang membebel.

 

-Telah terbukti perempuan boleh melontarkan 30,000 kuota simbol dan kata-kata dalam sehari sedangkan lelaki hanya mampu melontarkan sebabnya 7,000 kuota simbol sahaja.

 

-Lelaki akan membebel jika dirasakan wanita suka dipengaruhi sahaja.

 

-Lelaki pula jarang membebel, tetapi jika dia membebel akan disusuli dengan sikap tegas dan ada kalanya sedikit marah.

 

-Pakar Motivasi, Datuk Dr. Mohd Fadzilah Kamsah memberitahu tujuan utama wanita terutama isteri berleter ialah untuk membuktikan kasih dan sayang kepada pasangan.

 

 

 

Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.

KLIK DI SEENI