Bercakap tentang dunia gaming ia bukan lagi terarah kepada generasi lebih muda. Malah, pada masa kini populariti gaming telah melebarkan sayapnya meliputi segenap lapisan umur dan latar belakang. Jadi tidak hairanlah industri ini sedang berkembang pesat du seluruh dunia.

Sebagai pengeluar peranti seperti komputer yang mengkhususkan prestasi gaming, Acer sentiasa tampil ke hadapan memperkenalkan inovasi dan pembaharuan terkini. Terbaru, Acer Malaysia melancarkan komputer riba Predator Helios, Helios 16 dan Helios 18 yang bakal melonjakkan pengalaman gaming ke tahap seterusnya.

Dengan dukungan dari cip pemproses Intel Core generasi ke-13 dan GPU NVIDIA GeForce siri RTX 40 Series, ia ternyata berada di kelas tersendiri. Selain itu, Acer Malaysia turut memperkenalkan Acer Aspire 7 yang baharu dengan lengkap dengan cip pemproses Intel Core siri-H generasi ke-12 dan sedia digunakan untuk gaming.

Predator Helios 16 & Helios 18

Predator Helios 16 dan Helios 18 terbaharu membolehkan ‘multitasking’ yang ultra-efisien dan permainan yang mengasyikkan tanpa gangguan.

Dengan rekaan serba baharu dan sistem penyejukkan yang dinaik taraf, kedua-dua komputer riba gaming dikuasakan oleh cip Intel Core™ i9 ke-13 dan dipadankan dengan NVIDIA GeForce RTX 4080 (MGP sehingga 175W), memanfaatkan rekaan NVIDIA Ada Lovelace yang menawarkan lonjakan prestasi dan keupayaan grafik yang ditunjangi kecerdasan buatan (AI).

Acer Tampilkan Komputer Riba Gaming Dengan Lonjakan Prestasi Mengagumkan
Predator Helios 18

Lengkap dengan RAM DDR5-5600 Mhz sehingga 32 GB dan SSD PCIe Gen4 NVMe sehingga 2 TB dalam RAID O, komputer riba Predator Helios adalah peranti mudah alih yang berkuasa dan ideal untuk permainan video tahap AAA.

IKLAN

Predator Helios 16 dan Helios 18 masing-masing dilengkapi dengan paparan 16 inci dan 18 inci dengan aspek ratio 16:10. Kedua-duanya hadir dengan paparan beresolusi WQXGA (2560×1600) dengan kadar segar semula sehingga 240 Hz, untuk imej yang lancar di atas paparan dengan ‘ghosting’ atau ‘tearing’ minimum.

Tampil dengan tahap kecerahan sehingga 500 nits dengan 100% liputan gamut warna lebar DCI-P3, paparan ini memastikan setiap perincian imej dihasilkan semula dengan jelas dan warna seakan hidup. Sebagai tambahan, panel 18 inci membolehkan tahap imersi yang lebih tinggi dan ideal untuk digunakan dengan beberapa monitor pada masa yang sama.

Acer Tampilkan Komputer Riba Gaming Dengan Lonjakan Prestasi Mengagumkan
Predator Helios 16

Papan kekunci dengan pencahayaan mini-LED mempunyai jarak tekan sehingga 1.8mm dan rollover Nkey anti-ghosting. Pencahayaan RGB setiap kekunci dengan kesan dinamik yang lancar ini menjimatkan tenaga dan membantu melepaskan haba dengan berkesan menerusi modul pencahayaan latar belakang yang direka khas.

IKLAN

Kekunci Mod khusus yang baharu membolehkan penukaran mod dengan segera untuk menambah prestasi permainan manakala kekunci PredatorSense memudahkan pembukaan aplikasi PredatorSense dengan satu kekunci.

Untuk mengoptimumkan tetapan sistem dan pemantauan, PredatorSense 4 baharu hadir dengan ciri Scenario Manager untuk penciptaan profil peribadi bagi tetapan permainan yang berlainan.

Tambahan lagi, NVIDIA Advance Optimus boleh memanjangkan jangka hayat bateri dengan pertukaran penggunaan antara grafik bersepadu dan GPU diskret.

IKLAN

Tersedia pada Mei 2023 di eStor Acer dan stor rasmi di Shopee dan Lazada, Predator Helios 16 dan Helios 18 berharga dari RM8,999. Pra-tempahan yang dibuat sebelum 30 April 2023 di kedai rasmi Acer dan kedai konsep yang tersenarai di Jadual 1 akan menerima hadiah percuma bernilai lebih RM1,600, termasuk monitor XV272, beg Predator Urban Gaming, patung Predator R6 Chibi dan Acer SuperCare 2 yang menyediakan jaminan ‘on-site’ yang melindungi daripada kerosakan yang tidak sengaja dan kes kecurian selama tiga tahun.

Acer Aspire 7

Acer Aspire 7 kini dilengkapi dengan cip pemproses Intel Core i5 siri-H generasi ke-12 dan kad grafik NVIDIA GeForce GTX1650, menjadikan ia penjana kuasa serba boleh untuk tugasan harian, permainan dan hiburan.

Acer Tampilkan Komputer Riba Gaming Dengan Lonjakan Prestasi Mengagumkan
Aspire 7

Ia hadir dengan paparan FHD IPS 15.6 inci dan kadar segar semula sehingga 144Hz untuk pengalaman permainan yang lancar. Acer Aspire 7 dipadankan dengan RAM DDR4 8GB dan storan SSD 512GB untuk mempertingkatkan pengalaman pengkomputeran manakala slot tambahan RAM dan SSD membolehkan peranti dinaiktaraf berdasarkan keperluan pelanggan pada masa depan.

Acer Aspire 7 yang bertunjangkan prestasi dan sedia untuk permainan itu dijual pada harga RM3,199 dan tersedia pada akhir April 2023 di eStor Acer dan stor-stor rasmi di Acer Shopee dan Lazada.

Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.

KLIK DI SEENI