Jangan bersedih jika anda antara lelaki yang jodoh lambat. Member lain dah ada anak berderet, tapi anda masih tak jumpa jodoh.

Percayalah setiap apa yang berlaku itu pasti ada hikmahnya. Mungkin rezeki jodoh anda lambat tapi Allah permudahkan rezeki anda pada benda yang lain.

Malah dengan jodoh lambat ini juga, anda berpeluang untuk berbakti pada ibu bapa dan adik-beradik. Malah boleh baiki diri anda sebelum bertemu jodoh dan berumah tangga.

Perkongsian Amir Syahir di laman Facebooknya menyingkap hikmah di sebalik jodoh lambat. Oleh itu banyakkan berdoa semoga Allah permudahkan jodoh anda.

BACA: Jangan Sedih Jika Jodoh Lambat Sebab Kahwin Di Usia 30-an Pun Banyak Untungnya!

Allah nak kau baiki diri dulu

Adakalanya jodoh tak sampai lagi sebab Tuhan nak kau baiki diri sendiri dulu. Kalau kau asyik komplain itu ini, maki sana sini, orang pun takut nak dekat. Nak buat suami lagi lah takut.

Contohnya, lepas kahwin isteri lambat masak, isteri kena marah kaw-kaw. Tak sempat dia nak masak kau dah start enjin pergi kedai makan. Padahal isteri kau tengah sakit kepala.

IKLAN

Kesian isteri nanti. Ada je salah dia. Kau nampak kau je betul. Tu la kau duk maki orang je sebab kau tak nak faham situasi orang.

Kalau isteri tanya sikit mula nak tengking. Bila isteri mengadu kau rasa nak marah-marah. Kalau bukan kau yang jadi pendengar untuk isteri, siapa lagi? Kalau isteri kuat membebel itu perkara biasa. Kalau dia tak membebel kau patut risau. Mesti ada yang tak kena.

Jadi, jangan mudah nak marah-marah, maki-maki bagai. Perangai tu kasi elok sikit. Kesian anak orang. Ayah dia pun tak pernah marah dia. Dapat kat kau, salah sikit pun nak marah.

BACA: Buat 13 Tip Ini Kalau Nak Kahwin Tapi Duit Masih Tak Nampak ‘Bayang’. No 3 Sah Lelaki Suka!

Dah kahwin, kena jaga hati isteri

Dah kahwin nanti, kau kena jaga hati isteri kau. Kau kena lebih sensitif terhadap dia. Kalau kau asyik marah dia je, emosi dia akan terjejas. Banyak air mata dia mengalir sebab kau. Mana kebahagiaan yang kau janjikan saat kau bercinta dengan dia?

IKLAN

Yang perempuan pun, baikilah diri sendiri. Ubahlah sikap tu. Jangan mudah nak emo bagai. Pakwe bluetick WhatsApp sikit pun nak bising. Bangun pun dekat pukul 11 pagi, pinggan sendiri pun malas nak basuh pun payah jugak.

***

Peluang untuk berbakti pada mak ayah

Ada hikmahnya Allah belum temukan jodoh kau. Allah nak bagi kau peluang berbakti untuk mak dan ayah. Peluang untuk kau baiki diri supaya bila kahwin nanti kau telah bersedia sepenuhnya. Mungkin juga hakikatnya kau belum bersedia meskipun kau rasa kau dah cukup bersedia. Hanya Allah tahu segala-galanya. Kau kena fikir secara positif.

Jangan duk susah hati, sedih fikir kenapa kau belum kahwin. Sedangkan kawan-kawan yang sebaya dengan kau dah anak empat. Jalan cerita hidup kita tidak pernah sama.

IKLAN

Jalanilah hidup seperti sedia kala. Hargai dan bersyukurlah dengan apa yang kau ada saat ini. Teruskan usaha dan berdoa. InshaAllah suatu hari nanti kau pasti akan bertemu dengan jodoh yang kau nantikan selama ini. Sesungguhnya kita merancang dan Allah juga merancang. Tetapi perancangan Allah itu yang terbaik.

BACA: Rupanya Suami Yang Pakai Cincin Kahwin Buat Isteri Rasa Bahagia, Pahala Pun Dapat!

Biar lambat asalkan tak tersalah pilih

Jangan malu kahwin lambat asalkan tidak tersalah pilih pasangan hidup. Lambat atau cepat bukan urusan kita. Itu urusan Allah. Sabar dan rilek je. Masanya akan tiba. Yakin dan percaya.

Kesimpulannya, buka mata, buka hati. Tengok diri kita sendiri. Muhasabah diri. Berubahlah ke arah kebaikan. Baikilah mana yang kurang. Takde manusia yang sempurna. Nak kahwin ni banyak tanggungjawab yang kau perlu galas. Kah!

[ASY]

#AmirSyahir

Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.

KLIK DI SEENI