Niat di hati nak kahwin tapi apakan daya duit simpanan belum mencukupi maka membujanglah sampai tabungan menjadi penuh. Tambahan pula kos perkahwinan yang tak masuk akal.

Lebih merumitkan jika pasangan anda jenis ‘high maintenance’. Tapi jika tidak bertindak dan hanya memberi alasan yang menggunung tinggi, tiada gunanya jua.

Harith Faisal berkongsi 13 panduan untuk anda yang ingin berkahwin tapi masih tidak cukup duit. Mana tahu ia boleh memberi manfaat buat anda dan pasangan dalam merancang untuk mendirikan rumah tangga.

Bagi yang masih merancang dan mungkin tak nampak ‘bayangan’ lagi siapa jodoh korang, teruskan bacaan ini. Bukan dah jumpa calon baru nak menyimpan, sudahnya pinjaman peribadi juga jadi pilihan.

Buat 13 Tip Ini Kalau Nak Kahwin Tapi Duit Masih Tak Nampak ‘Bayang’. No 3 Sah Lelaki Suka!

NAK KAHWIN TAHUN DEPAN. TAPI TAK CUKUP DUIT LAGI? JOM BACA NI. LELAKI PALING SUKA POIN NOMBOR 3.

1. Buatlah tabung kahwin walaupun belum ada calonnya. Dengan harapan, bila muncul saja putera idaman atau puteri kayangan, boleh terus kahwin selepas berkenalan.

2. Terlalu ramai yang menyesal sebab tak buat tabung kahwin awal-awal. Ambil iktibar, jangan ulangi kesilapan mereka. Pelik sungguh kalau couple sampai 10 tahun, tapi tabung kahwin RM5,000 pun tak pernah wujud. Contoh.

3. Lelaki atau perempuan, dua-dua kena mulakannya sekarang. Kalau majlis yang anda rancang perlukan RM20,000, setiap seorang kena sediakan RM10,000. Berani? Ajak pasangan baca posting ni sama-sama. Lagi seronok, ajak mertua sekali.

Buat 13 Tip Ini Kalau Nak Kahwin Tapi Duit Masih Tak Nampak ‘Bayang’. No 3 Sah Lelaki Suka!

IKLAN

4. Barulah adil, saksama dan sekufu. Dua-dua bijak merancang kewangan. Yang lelaki kumpul duit kahwin untuk membuktikan yang dia mampu dan kuat berusaha. Lepas kahwin nak jadi ketua keluarga kan.
Lupakan pembiayaan peribadi

5. Yang perempuan, untuk buktikan yang dia sudi susah senang bersama lelaki tu. Ini kalau sebelum kahwin pun sanggup tengok lelaki bergolok gadai seorang diri, macam mana pula selepas kahwin nanti.

6. Kalau kita terpaksa ambil pembiayaan peribadi untuk beli sesuatu, sebenarnya kita belum mampu memilikinya. Apatah lagi tujuannya untuk berkahwin. Berkahwinlah guna mana-mana duit yang ada saja.

7. Sebelum kahwin kita dah kata yang komitmen kita tinggi, dan tak mampu buat simpanan. Jangan ingat lepas kahwin hidup akan jadi lebih mudah. Baru sebulan kahwin, isteri dah start morning sickness. Faham-fahamlah.

8. Jika sebelum kahwin tak mampu menyimpan RM500 sebulan, jangan pula ambil pembiayaan peribadi dengan ansuran bulanan RM500. Senak nak bayar nanti. Lupakanlah pembiayaan peribadi tu.
Kurangkan kos

9. Jenis yang lepas kahwin baru sedar nak beli rumah, jenuhlah nak kumpul deposit. Hutang kahwin tak habis-habis, bayangan rumah sendiri langsung tak kelihatan. Jauh dan semakin menjauh.

IKLAN

10. Orang kahwin, murah rezekinya InsyaAllah. Tapi kita tetap perlu merancang dengan baik. Sama ada yang kita rancang tu menjadi atau tidak, itu rahsia Allah. Kita merancang, Allah jua sebaik-baik perancang.

11. Jom bantu Cik NH. Lagi 7 bulan nak kahwin, tapi belum cukup duit. Cadangan saya, nak tak nak, buatlah simpanan RM1,000 setiap bulan bersama pasangan. Atau kurangkan kos lain yang tak wajib dan tak perlu.

Buat 13 Tip Ini Kalau Nak Kahwin Tapi Duit Masih Tak Nampak ‘Bayang’. No 3 Sah Lelaki Suka!

12. Jangan bergantung kepada satu pendapatan yang sedia ada. Buat jualan online yang memerlukan modal kecil atau yang tanpa modal, dropship, affiliate, Uber, Grabcar dan lain lain.

13. Pelamin DIY, kurangkan jenis lauk, tapis jemputan, fotografer tak perlu sampai 3 orang, kalau tak mampu buat 2 majlis asing, buat 1 majlis sekali pun boleh, jimat 50% belanja. Bridesmaid tak payah wujud langsung kalau kita yang kena tanggung.

14. Ada cadangan lain? Saya juga sudah buntu. Saya bukanlah pakar sangat bab kahwin ni. Kalau ikut pengalaman sendiri, baru sekali saja pernah kahwin. Haha. – HF

IKLAN

#harithfaisal

????????????

Assalamualaikum En. Harith Faisal. Maaf mengganggu dengan mesej saya ni. Kalau ada masa bolehlah reply. Saya sekarang tengah buntu. Sebenarnya saya dan pasangan bakal berkahwin. InshaAllah tahun depan.

Pasangan sekarang tengah kumpul duit untuk majlis dan hantaran. Masalahnya kitorang tak rasa duit simpnan boleh cukup sampai tarikh majlis nanti. So, dia ada cakap nak buat pinjaman bank untuk persediaan nanti.

Kami memang kurang ilmu nak buat pinjaman peribadi ni. Pendapat Encik HF macam mana? Maksudnya boleh ke kalau kami teruskn rancangan ni atau kami cuba alternatif lain. Sebab memang dah dekat sangat ni dengan majlisnya iaitu bulan Februari tahun depan.

Kami perlukan RM20,000 untuk majlis nanti. Sekarang kami hanya ada RM5,000. Saya boleh saving RM500 sebulan. Bakal suami saya ada juga saving setiap bulan. Tapi sikitlah. Sebab komitmen dia tinggi.

Kami pun silap juga sebab tak rancang kewangan awal-awal lagi. Itu sahaja soalan saya. Just minta pendapat En HF. Terima kasih banyak. Semoga Allah merahmati En HF sekeluarga. – Cik NH

SHARE jika bermanfaat.
TAG pasangan dan mertua anda.

Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.

KLIK DI SEENI