Ada Sebab Kenapa Digalakkan Tidur Cepat Agar Dapat Bangun Lebih Awal!

Share

Ada sebab kenapa anda digalakkan untuk tidur cepat dan bangun pada awal pagi. Selain mengurangkan rasa mengantuk, anda akan rasa lebih bersemangat.

Tidur pukul 10 malam

Pakar kesihatan mencadangkan waktu sesuai untuk anda tidur adalah di antara pukul 10 hingga 11 malam.

Dan setelah mendapat tidur yang lena sekurang-kurangnya 7 hingga 8 jam, anda digalakkan untuk bangun sekitar pukul 6 pagi.

Rahsia bangun awal

Dalam masa sama, ini antara kelebihan yang akan anda terima :

  • Kecergasan mental dan fizikal anda terjamin.
  • Badan akan berasa lebih segar dan cergas.
  • Dapat menguruskan masa dengan lebih baik kerana sumber penggiat minda lebih terbuka dan membolehkan anda berfikir serta merancang dengan lebih baik.
  • Menjadi kunci kejayaan kepada mereka yang berjaya sehingga ke hari ini.

Kesemua ini akan terhasil jika anda pandai menguruskan waktu harian anda dan seimbangkannya sebaik mungkin.

IKLAN